My Muhasabah Diary.
to Share my Life Reflections

GERHANA MATAHARI SEPARA 29 SYAWAL 1441



GERHANA MATAHARI SEPARA 2020M/1441H

InsyaAllah.. 21 Jun 2020M / 29 Syawal 1441H (ahad), kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Separa.

Gerhana Matahari Separa bermaksud hanya sebahagian daripada bentuk piring atau jasad Matahari akan terlindung oleh Bulan.

Bagi lokasi Johor Bahru, Gerhana Matahari Separa akan bermula pada jam 3.03 ptg, kemuncaknya pada jam 4.03 ptg dan berakhir pada jam 4.55 ptg.

Jangka masa keseluruhan gerhana tersebut selama 1 jam 52 minit.

Selepas ini kita perlu menunggu hampir 3 tahun iaitu dijangka pada 20 April 2023 untuk sekali lagi dapat menyaksikannya.

Bagi umat islam kita dituntut melaksanakan Solat Sunat Gerhana Matahari dan diikuti 2 khutbah.

Bagi mereka yang tidak berpeluang untuk melaksanakan secara berjamaah di masjid berhampiran atas sebab Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang masih berkuatkuasa, maka tuan/puan boleh laksanakannya bersama keluarga di rumah masing-masing.

Panduan Solat Sunat Gerhana Matahari serta 2 khutbah boleh di muat turun pada pautan berikut ;

https://bit.ly/GerhanaSepara
https://bit.ly/GerhanaSepara
https://bit.ly/GerhanaSepara

Di bawah adalah simulasi pergerakan bulan di hadapan matahari pada hari kejadian.


















1. Record the phase of solar eclipse.

2. Make a pinhole camera from a cereal box.
3. Observe the shadows of the leaves under a tree.






cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Mesej

Abu Ad Darda lalu berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa melalui jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahnya jalan ke syurga. Sungguh, para Malaikat merendahkan sayapnya sebagai keredhaan kepada penuntut ilmu. Penduduk langit dan bumi hingga ikan yang ada di dasar laut akan mendoakan keampunan kepada orang yang menuntut ilmu. Kelebihan serang alim dibanding ahli ibadah seperti keutamaan rembulan pada malam purnama atas seluruh bintang. Para ulama adalah pewaris para nabi, dan para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanyalah mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya maka ia telah mengambil bahagian yang banyak." (HR Abu Daud No: 3157) Status: Sahih

Pilihan

Search This Blog

UPSR
Sept 2020


PT3(Geografi)
Julai 2020


PT3(Sejarah)
Mei 2020


PT3(Lisan Tutur)
April 2020

PT3(Lisan BM)
Ogos 2020

PT3(Lisan BI)
Ogos 2020

Ujian Bertulis PT3
Okt 2020


SPM
Dis 2020