30 Jun merupakan ‘Asteroid Day’ atau Hari Asteroid
June 30, 2020
30 Jun merupakan ‘Asteroid Day’ atau Hari Asteroid. Ia merupakan satu usaha kerjasama antara saintis, astronaut, ahli fizik, atris dan masyarakat awam yang mahu memberikan satu pendedahan ancaman asteroid terhadap Bumi ini.
Ia juga berusaha untuk mencari satu penyelesaian yang mungkin boleh dipraktikkan andai kata ada ancaman baru asteroid pada masa akan datang.
Tarikh 30 Jun ini pilih bersempena dengan ulang tahun kejadian hentaman asteroid terbesar dalam sejarah, iaitu yang berlaku di Tunguska, Siberia pada tahun 1908.
Kejadian yang dikenali sebagai The Tunguska Impact ini, terhasil daripada sebuah asteroid bersaiz 40 meter yang telah jatuh dan masuk ke dalam atmosfera Bumi dan meletup. Kesan letupannya menyebabkan kawasan hutan seluas 800 batu persegi musnah sama sekali!
Di antara matlamat Hari Asteroid ini ialah untuk cuba mencari dan menjejaki objek-objek yang dikenali sebagai Near-Earth Objects (NEO), iaitu objek kecil dan melintasi kawasan orbit Bumi dan berpotensi untuk berlanggar dengan Bumi.
Apabila kita dapat menjejaki objek ini, amaran lebih awal akan dapat diberi dan memboleh kita buat sebarang persedian (yang mana termampu)
Asteroid merupakan objek-objek bersaiz sederhana yang berada di dalam orbit mengelilingi matahari. Majoriti daripadanya berada di dalam kawasan antara orbit Marikh dan Musytari. Selainnya mempunyai orbit yang bersimpang-siur dan ada di antaranya melintasi orbit Bumi.
Seperti biasa, ada di kalangan orang awam akan mempertikaikan usaha Hari Asteroid ini dan mengatakan ia sebagai gerakan sia-sia. Saya hanya boleh lontarkan soalan analogi sebegini.
“Andai kata kita melintas di jalan raya yang penuh dengan kenderaan yang bergerak. Adakah kita akan terus melintas dengan ‘harapan’ akan selamat sampai ke seberang jalan? Atau adakah kita akan berkira-kira dahulu, buat perancangan dan perhatikan kehadiran kenderaan yang ada? Mestilah kita akan melintas dengan berhati-hati.
Dan jika ada kenderaan yang muncul, kita akan lakukan sesuatu samada berlari lebih laju, atau memberi isyarat supaya berhati-hati. Jaranglah kita main redah je…”
Ini semua adalah sifat naluri manusia untuk berusaha untuk mengelakkan diri daripada terdedah kepada sebarang bencana. Sama ada berjaya atau tidak, itu bukan urusan kita.
Yang penting ialah kita sudah berusaha dahulu. Sebagai umat Islam, usaha dahulu dan kemudian bertawakal-lah kepada Allah SWT. Kedua-duanya penting. Usahlah kita mencampakkan diri ke dalam kebinasaan kejahilan ilmu. Tiba masanya untuk pertingkatkan tahap keintelektualan umat.
Selamat menyambut Hari Asteroid. Mudah-mudahan selepas hari ini, ilmu kita mengenai asteroid akan bertambah dan boleh disampaikan kepada anak cucu kita.
SUMBER: PORTAL FALAK ONLINE
LINK ASAL: http://falakonline.net/semesta/2017/06/30-jun-2017-hari-asteroid/
Asteroids have always nudged our imagination and created curiosity in the world scientific community for years. Globally World Asteroid Day is marked on June 30, every year. It is one the United Nations-designated days to create awareness and educate people about asteroids. Today is the fourth edition of World Asteroid Day.
In December 2016, the UN General Assembly adopted a resolution in order to "observe each year, at the international level, the anniversary of the Tunguska impact over Siberia, on 30 June 1908, and to raise public awareness about the asteroid impact hazard." Tunguska is the largest asteroid, recorded in history, to impact the earth.
Asteroid Day: The founders
An interesting variety of people co-founded the World Asteroid Day; among them are scientist Stephen Hawking, filmmaker Grigorij Richters, B612 Foundation President, Danica Remy, Apollo 9 astronaut Rusty Schweickart and Brian May, guitarist of rock band Queen and astrophysicist.
What is an asteroid?
Asteroids are rocky, small objects orbiting the Sun. There are many asteroids in our solar system and most of them are found in the asteroid belt, between the orbits of Mars and Jupiter, known to be a lonely area.
Asteroids and the Earth
Many lakes in the world have been created as a result of asteroids impacting the earth's surface and creating craters. In India, the Lonar Lake in Maharashtra, which was recently in the news for 'turning pink' overnight is a crater lake created by an asteroid impact. Landsat 8 of NASA captured the 'pink' lake.
Space agencies of most countries like ESA (European Space Agency), JAXA (Japanese Aerospace Exploration Agency), Roscosmos (Russia), ISRO (India) and NASA (USA) organise events on this day. Scientists and astronomers across the world reach out to educate common people on role of asteroids and meteors as there are several myths surrounding these cosmic bodies.
SIARAN LANGSUNG ASTEROID TV:
GERHANA MATAHARI SEPARA 29 SYAWAL 1441
June 20, 2020
InsyaAllah.. 21 Jun 2020M / 29 Syawal 1441H (ahad), kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Separa.
Gerhana Matahari Separa bermaksud hanya sebahagian daripada bentuk piring atau jasad Matahari akan terlindung oleh Bulan.
Bagi lokasi Johor Bahru, Gerhana Matahari Separa akan bermula pada jam 3.03 ptg, kemuncaknya pada jam 4.03 ptg dan berakhir pada jam 4.55 ptg.
Jangka masa keseluruhan gerhana tersebut selama 1 jam 52 minit.
Selepas ini kita perlu menunggu hampir 3 tahun iaitu dijangka pada 20 April 2023 untuk sekali lagi dapat menyaksikannya.
Bagi umat islam kita dituntut melaksanakan Solat Sunat Gerhana Matahari dan diikuti 2 khutbah.
Bagi mereka yang tidak berpeluang untuk melaksanakan secara berjamaah di masjid berhampiran atas sebab Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang masih berkuatkuasa, maka tuan/puan boleh laksanakannya bersama keluarga di rumah masing-masing.
Panduan Solat Sunat Gerhana Matahari serta 2 khutbah boleh di muat turun pada pautan berikut ;
https://bit.ly/GerhanaSepara
https://bit.ly/GerhanaSepara
https://bit.ly/GerhanaSepara
Di bawah adalah simulasi pergerakan bulan di hadapan matahari pada hari kejadian.
1. Record the phase of solar eclipse.