My Muhasabah Diary.
to Share my Life Reflections

Belajar biologi

https://youtu.be/kHDpRcQhPyM
hairul pelangi hairul pelangi Author

Garis masa kejadian

https://youtu.be/TnbSkPXDEP0
hairul pelangi hairul pelangi Author

Operasi menyelamat

https://youtu.be/SRwM86ENNyY
hairul pelangi hairul pelangi Author

13 pelajar sesat di gua thailand

https://youtu.be/4_HcNlnWhkA
hairul pelangi hairul pelangi Author

Doakan saudaranya yang berjauhan


*Keutamaan Mendoakan Kaum Muslimin*

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ وَلَكَ بِمِثْلٍ

Dari Abu Ad Darda' dia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: " Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan, melainkan malaikat akan mendoakannya pula: 'Dan bagimu kebaikan yang sama.' "

HADIS : MUSLIM(No.4912)
KITAB :Zikir,Doa,Taubat Dan Istighfar
BAB : Keutamaan Mendoakan Kaum Muslimin

Telegram.me/Terapi_AlQuranSunnah

hairul pelangi hairul pelangi Author

Bendul

Tentang kesantunan 'bendul pintu' di rumah Melayu dan salah faham 'Langkah Bendul':

Pertama: Dari segi kesantunan, bendul di pintu muka (pintu depan) punyai fungsi sebagai 'sempadan' - yakni pemisah antara 'luar' dengan 'dalam' rumah. Dalam ungkapan Melayu lama, disebut 'Pintu Muka menyambut adat' - maka ada yang menyebut bendul muka ini sebagai 'Batas Adat'.

Apabila rumah itu tiada orang laki-laki, maka, tetamu (laki-laki) yang datang ke rumah tidak masuk ke dalam. Sebaliknya, hanya duduk di bendul ini dengan kaki terjuntai di anak tangga. Demikian dapat mengelakkan sangkaan buruk atau fitnah terhadap anggota rumah (wanita) dan tetamu itu. Maka terpeliharalah maruah keduanya.

(Dalam W. Skeat (1900), dicatat petua mengukur bendul seperti berikut: "Ini fasal ukoran bendul rumah ; MAKA AMBIL DEPA PEREMPUAN YANG AMPUNYA RUMAH ITU dua depa di-lipatkan tiga, buang sabhagi ; yang dua bhagi itu, itu lipatkan lipat delapan, buangkan tujoh ambil satu, ukorkan deripada kapala bendul itu sampei ujong bendul itu...")

Kedua: Adat itu banyak kategorinya (Adat yang sebenar adat, adat yang teradat dan seterusnya). Namun, kesemuanya itu berkongsi satu maksud yang sama, iaitu 'satu aturan'. Tentang 'Langkah Bendul' - adik berkahwin dahulu daripada kakak - bukanlah satu pantang larang dalam adat kita.

Langkah Bendul itu maksudnya 'melangkau aturan, atau memotong susunan/giliran' (bendul itu juga lambang bagi aturan). Jadi, mengikut susunan, sepatutnya yang tua berkahwin dulu.

Adik berkahwin dulu adalah sesuatu yang menyentuh perasaan bagi sesetengah kakak. Yalah, terpaksa menjawab soalan bertalu-talu orang lain "Bila nak kahwin? Adik sudah" - dan bermacam lagi yang ditanggung.

Maka diadakan satu bentuk aturan kebiasaan (adat resam), iaitu adik berilah hadiah kepada kakak sebagai TANDA PENGHORMATAN, TANDA KASIH!

Jadi, salah faham terhadap adat langkah bendul, sehingga muncul sangkaan bahawa ini sebagai satu pantang larang adalah tidak benar. Dan kakak pula, jika cemburu, janganlah membebani adik dengan meminta sebuah Ferrari. Para selebriti agama, janganlah pula mendakwa orang Melayu mendahulukan adat, membelakangi agama - sedangkan kedua-duanya jalan seiring:

"Syarak mengata, adat memakai."

Salah faham ini berpunca daripada banyak sebab, antaranya kerana kita hari ini tidak dapat memahami maknawi kebudayaan orang terdahulu.

Yang perlu kita risaukan bukan langkah bendul, tetapi 'Lurus Bendul'. Bendul itu balok kayu yang lurus, tak boleh bengkok dan letaknya melintang. Maka hari ini sesuailah terpakai pada kaum apologetik (naif, baik dan pemaaf tak bertempat) dan yang berfikiran literal (harfiah, tak faham lapis makna lebih dalam, hanya nampak kulit).

Pemikiran Lurus Bendul inilah yang mudah menjadikan kita mangsa tipu daya.
________________________
Rujukan:

1) Noor Faizah Aziz, Jamaluddin Md Jahi, Kadir Ariffin & Aziz Ujang, 2014. Pengaruh Adat Resam, Kepercayaan dan Kebudayaan terhadap Pembinaan Rumah Melayu Tradisional. Jurnal IMAN 2(2):105-111. Bangi: UKM.
2) Walter William Skeat, 1900. Malay Magic being an Introduction to the Folklore & Popular Religion of Malay Peninsula. London: McMillan.

hairul pelangi hairul pelangi Author

Kelebihan berziarah

KELEBIHAN BERZIARAH KERANA ALLAH

... فَحَدَّثْتُهُ عُبَادَةَ بْنَ الصَّامِتِ، فَقَالَ: لَا أُحَدِّثُكَ إِلَّا مَا سَمِعْتُ عَنْ لِسَانِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " حَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلْمُتَحَابِّينَ فِيَّ، وَحَقَتْ مَحَبَّتِي للمتزاورينَ في، ....
مسند أحمد ط الرسالة (36 /327):
Hadith di atas adalah Hadith Qudsi.

Bermaksud : Daripada `Ubadah bin al-Samit daripada Rasulullah s.a.w. (daripada Allah s.w.t.), Berhak mendapat kecintaan-Ku bagi mereka yang berkasih syang pada-Ku, dan berhak mendapat kecintaan-Ku bagi mereka yang ziarah menziarahi pada-Ku …
Maksud “ pada-Ku” ialah kerana-Ku

Di antara kandungan Hadith di atas ialah orang yang ziarah menziarahi sudaranya yang Muslim kerana Allah, dia berhak mendapat kasih sayang dan cinta daripada Allah s.w.t. Orang yang dicintai oleh Allah adalah orang yang soleh. Tempatnya di syuga.

Apabila seseorang itu berziarah kerana Allah maka tujuan ziarah itu adalah semata-mata kerana Allah. Dengan sendirinya dia sentiasa menjaga tanggugjawabnya terhadap Allah, memakai pakaian yang menutup aurat, menjaga adab pergaulannya ketika berziarah dan lain-lain yang ditetapkan oleh syarak. Sungguh untung orang yang berziarah kerana Allah.

Oleh itu marilah sama-sama kita menjadi dari kalangan orang yang berziarah kerana Allah.

Kredit: Us Dr. Udah Mohsin

hairul pelangi hairul pelangi Author

Amalan elak dimasuki pencuri

Beringatlah, saat kita balik kampung, perompak tak balik kampung. Dia akan beraya dalam rumah yg dirompaknya.. Jom pakat2 pagarkan rumah kita dgn doa & amalan nie.. 👇👇👇

DOA DAN AMALAN UNTUK MENGELAKKAN RUMAH KEDIAMAN / PEJABAT / KEDAI DARI DIMASUKI PENCURI

1. Ketika rumah, pejabat, kedai anda telah dikunci, letakkan tapak tangan anda ke dinding atau pintu rumah dan baca doa berikut:

i) Mengucap dua kalimah syahadah - 1X

ii) Selawat keatas nabi - 2 X
اللهم صل على محمد وآل محمد

iii) Ayat Kursi - 1 X

اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاو ;َاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَئُودُهُ
حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

"Allahu la ilaha illa huwa Al -Haiyul-Qaiyum
La ta'khudhuhu sinatun wa la nawm
lahu ma fi as-samawati wa ma fil-'ard
Man dhal-ladhi yashfa'u 'indahu illa bi-idhnihi
Ya'lamu ma bayna aydihim wa ma khalfahum
wa la yuhituna bi shai'in min 'ilmihi illa bima sha'a
Wasi'a kursiyuhus-samawati wal ard
wa la ya'uduhu hifdhuhuma
wa Hu wal 'Aliyul-Aziim"

iv) Surah Yasin ( ayat ke-9 ) - 1 X

وَجَعَلْنَا مِن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ

" Wa Ja'alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun "

Bermaksud :

"Dan KAMI adakan dihadapan mereka dinding-dinding dan dibelakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat".

** Sila share jika bermanfaat

hairul pelangi hairul pelangi Author

Niat niat membaca al Quran

📚33 Niat Penting Ketika Membaca Al-Quran. Oleh itu mari kita membaca sambil niat di hati.

Ramai dalam kalangan saudara muslim kita ketika membaca Al-Quran berniat semata-mata untuk pahala dan masing-masing kurang mengetahui tentang kelebihan besar Al-Quran, iaitu seseorang akan mendapat apa saja yang dia niatkan ketika dia membaca Al-Quran. Ini sebagaimana yang disabdakan oleh Sayyidina Rasulullah SAW .

“Sesungguhnya setiap amal yang dilakukan itu diukur atas niatnya dan seseorang akan mendapat (hasil amalnya) apa yang dia niatkan.”

فالقرءان منهج حياة والنية تجارة العلماء فمن هذا المبدأ والمنطلق أردت أن أذكر نفسي وإخواني ببعض النوايا عند القراءة ومنها
Al-Quran itu adalah panduan cara hidup, sehingga niatnya itu adalah perniagaan para ulama untuk mendapatkan keuntungan.

📚Niat-niat ketika membaca Al-Quran, antaranya :

➰1 – Tujuan Belajar Dan Beramal

(اقرأ القرآن لأجل العلم والعمل به)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan belajar dan beramal dengannya.

➰2 – Tujuan Memohon Hidayah

(اقرأ القرآن بقصد الهداية من الله)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan memohon hidayah dari Allah SWT.

➰3 – Tujuan Bermunajat

(اقرأ القرآن بقصد مناجاة الله تعالى)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk bermunajat kepada Allah.

➰4 – Tujuan Menyembuhkan Penyakit

(اقرأ القرآن بقصد الإستشفاء به من الأمراض الظاهرة والباطنة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan menyembuhkan penyakit zhohir dan batin.

➰5 – Tujuan Meminta Dikeluarkan Daripada Kegelapan Kepada Cahaya

(اقرأ القرآن بقصد أن يخرجنى الله من الظلمات إلي النور)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan meminta kepada Allah SWT untuk mengeluarkan saya dari kegelapan (maksiat) kepada cahaya (iman).

➰6 – Niat Untuk Ubat Bagi Hati Yang Keras

(اقرأ القرآن لأنه علاج لقسوة القلب فيه طمأنينة القلب وحياة القلب وعمارة القلب)
Saya niat membaca Al-Quran ini karena ia merupakan ubat bagi hati yang keras, dengan Al-Quran ini hati menjadi tenang, hidup dan makmur (dengan iman).

➰7 – Tujuan Untuk Menikmati Hidangan

(اقرأ القرآن بقصد أن القرآن مأدبة الله تعالى)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan (untuk menikmati) jamuan atau hidangan dari Allah Taala.

➰8 – Tujuan Supaya Tidak Termasuk Dalam Golongan Yang Lalai

(اقرأ القرآن حتى لا أكتب من الغافلين وأكون من الذاكرين)
Saya niat membaca Al-Quran ini supaya saya tidak ditulis termasuk dari golongan orang yang lalai; bahkan saya ingin ditulis sebagai golongan orang yang mengingat Allah.

➰9 – Tujuan Untuk Menambah Keyakinan

(اقرأ القرآن بقصد زيادة اليقين والإيمان بالله)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk menambahkan keyakinan dan keimanan kepada Allah.

➰10 – Niat Mentaati Perintah Allah

(اقرأ القرآن بقصد الإمتثال لأمر الله تعالي بالترتيل)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mentaati perintah Allah SWT yang memerintahkan untuk membaca Al-Quran dengan tartil.

➰11 – Niat Untuk Mendapat Pahala Dan Kebaikan

(اقرأ القرآن للثواب حتى يكون لى بكل حرف ١٠ حسنات والله يضاعف لمن يشاء)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mendapat pahala sehingga dituliskan 10 ganjaran kebaikan bagi saya atas setiap satu huruf yang saya baca, sesungguhnya Allah melipatgandakan ganjaran bagi orang yang Dia kehendaki.

➰12 – Niat Untuk Mendapat Syafaat

(اقرأ القرآن حتى أن أنال شفاعة القرآن الكريم يوم القيامة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk mendapat syafaat Al-Quran pada hari kiamat kelak.

➰13 – Tujuan Untuk Mengikut Wasiat Nabi

(اقرأ القرآن بقصد إتباع وصية النبى ﷺ)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mengikuti wasiat Nabi SAW.

➰14 – Tujuan Supaya Allah Mengangkat Darjat Diri Dan Umat Islam

(اقرأ القرآن حتى يرفعنى الله به ويرفع به الأمة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan semoga Allah SWT mengangkat derajat saya dengan Al-Quran dan mengangkat darjat umat ini dengan Al-Quran.

➰15 – Tujuan Supaya Allah Mengangkat Darjat Di Syurga

(اقرأ القرآن حتى أرتقي في درجات الجنة وألبس تاج الوقار ويكسي والداى بحلتين لا يقوم لهما الدنيا)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk dinaikkan kedudukan saya di syurga dan dapat dipakaikan mahkota kemuliaan, dan untuk ibu bapa saya semoga dipakaikan juga dengan perhiasan yang tidak diberikan ketika di dunia.

➰16 – Niat Untuk Mendekatkan Diri Kepada Allah

(اقرأ القرآن بقصد التقرب إلي الله بكلامه)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui kalamNya.

➰17 – Niat Agar Dimasukkan Dalam Golongan Ahlillah

(اقرأ القرآن حتى أكون من أهل الله وخاصته)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar dimasukkan kedalam golongan ahlillah dan daripada golongan orang-orang yang khusus.

➰18 – Niat Agar Dimasukkan Dalam Golongan Ahli Yang Mahir Membaca Al-Quran

(اقرأ القرآن بقصد أن الماهر بالقرآن مع السفرة الكرام البررة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan (agar termasuk dalam golongan) orang yang mahir membaca Al-Quran akan bersama para Malaikat yang mulia lagi taat.

➰19 – Niat Agar Diselamatkan Daripada Ahli Neraka

(اقرأ القرآن بقصد النجاة من النار ومن عذاب الله)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar diselamatkan daripada neraka dan azab Allah.

➰20 – Niat Agar Hati Rasa Kebersamaan Dengan Allah

(اقرأ القرآن حتى أكون في معية الله تعالي)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar hati saya dapat merasakan kebersamaan dengan Allah SWT.

➰21 – Niat Supaya Tidak Mensia-siakan Umur

(اقرأ القرآن حتى لا أرد إل أرذل العمر)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar tidak menghinakan atau mensia-siakan umur.

➰22 – Niat Agar Al-Quran Menjadi Saksi Kebaikan

(اقرأ القرآن حتى يكون حجة لى لا علىّ)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar ia menjadi saksi kebaikan bagi saya dan tidak pula menjadi saksi keburukan ke atas saya.

➰23 – Niat Memandang Mushaf Ialah Satu Kebaikan

(اقرأ القرآن بقصد أن النظر في المصحف عبادة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk melihat kepada mushaf yang mana perbuatan itu adalah satu ibadah.

➰24 – Niat Agar Allah Mengurniakan Sakinah

(اقرأ القرآن حتى تنزل علىّ السكينة وتغشانى الرحمة ويذكرنى الله فيمن عنده)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar diturunkan sakinah(ketenangan) ke atas saya, dan diliputi rahmat buat diri saya, dan disebut nama saya oleh Allah SWT kepada makhluk di sisiNya.

➰25 – Tujan Mendapat Kebaikan

(اقرأ القرآن بقصد الحصول على الخيرية والفضل عند الله)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mendapat kebaikan dan kelebihan di sisi Allah.

➰26 – Niat Supaya Aroma Mulut Menjadi Harum

(اقرأ القرآن حتى يكون ريحي طيب)
Saya niat membaca Al-Quran agar aroma (bau mulut) saya menjadi harum (dengan lantunan Quran).

➰27 – Niat Agar Tidak Tersesat Di Dunia

(اقرأ القرآن حتى لا أضل في الدنيا ولا أشقي في الآخرة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar saya tidak tersesat di dunia dan tidak ditimpa celaka di akhirat.

➰28 – Niat Agar Terhindar Dari Kesedihan, Kerisauan Dan Kegusaran

(اقرأ القرآن لأن الله يجلى به الأحزان ويذهب به الهموم والغموم)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar Allah menghindarkan diri saya dengan sebab membaca Al-Quran dari segala kesedihan, serta menghilangkan kerisauan dan kegusaran.

➰29 – Niat Agar Al-Quran Menjadi Teman Di Alam Kubur*

(اقرأ القرآن ليكون أنيسي في قبري ونور لي علي الصراط وهادياً لي في الدنيا وسائقاً لي إلى الجنة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar ia menjadi teman saya di dalam kubur dan cahaya bagi saya ketika melintasi titian Sirath, dan petunjuk saya ketika di dunia, dan pemandu saya untuk ke syurga.

➰30 – Tujuan Agar Allah Mentarbiah Saya

(اقرأ القرآن ليربينى الله ويؤدبنى بالأخلاق التي تحلى بها الرسول ﷺ)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar Allah mentarbiah saya, dan mengajar adab kepada saya dengan akhlak yang dihiaskan akannya kepada Rasulullah SAW

➰31 – Tujuan Agar Dapat Menyibukkan Diri Dengan Yang Haq

(اقرأ القرآن لأشغل نفسي بالحق حتى لا تشغلني بالباطل)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan menyibukkan diri saya dengan Al-Haq, sehingga tidak mampu kebatilan yang menyibukkan saya.

➰32 – Niat Mujahadah Melawan Nafsu

(اقرأ القرآن لمجاهدة النفس والشيطان والهوى)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk mujahadah melawan nafsu, syaitan dan keinginan kepada selain Allah.

➰33 – Niat Agar Allah Memisahkan Diri Dengan Al-Kafirin

(اقرأ القرآن ليجعل الله بينى وبين الكافرين حجاباً مستوراً يوم القيامة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan memohon agar Allah memisahkan saya dengan para kafirin di akhirat kelak.

(فهيا لنكون من أهل القرآن، وهذه هي التجارة مع الله
المضمونة الرابحة والتي يعطى الله عليها من فضله الكريم وعطائه الذي لا ينفد)
Maka marilah kita menjadi ahlil Quran, yang telah dijamin keuntungannya, yang mana keuntungan itu Allah SWT kurniakan atas sifat pemurahNya dan sesungguhnya segala pemberianNya itu tidak akan habis.

KONGSIKAN ARTIKEL INI

Nabi Muhammad s.a.w
berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. In syaa Allah ramai yang akan mendapat manfaat.

hairul pelangi hairul pelangi Author

Rilek lah dulu, esok kan boleh buat



"Rilek lah dulu.. Esok kan boleh buat"
"Kejap lah, takde lari mana pun masjid tu, nanti aku datang lah"
"Takpe, nanti free aku dengar kuliah"
.
.
Kata Ustaz Azam, ini antara starting point untuk kita beralasan dalam menangguh perkara kebaikan.
.
.
Tapi, Allah tempelak golongan ini dalam Surah An Nisa ayat 97. Dan pengakhiran bagi golongan ini adalah neraka Jahannam. Na'uzubillahiminzalik! 
.
.
Sama - sama kita elakkan. Ada je perkara baik dari sudut ibadah secara spesifik atau urusan kerja kita yang baik, terus buat. Jangan beralasan. 😊
.
.
Moga Allah bantu dan pimpin kita. Ameen.

#TazkirahTarawih
#BinaKejayaanKeSyurga

قال الله تعالى : إِنَّ ٱلَّذِينَ تَوَفَّىٰهُمُ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ ظَالِمِيٓ أَنفُسِهِمۡ قَالُواْ فِيمَ كُنتُمۡۖ قَالُواْ كُنَّا مُسۡتَضۡعَفِينَ فِي ٱلۡأَرۡضِۚ قَالُوٓاْ أَلَمۡ تَكُنۡ أَرۡضُ ٱللَّهِ وَٰسِعَةٗ فَتُهَاجِرُواْ فِيهَاۚ فَأُوْلَٰٓئِكَ مَأۡوَىٰهُمۡ جَهَنَّمُۖ وَسَآءَتۡ مَصِيرًا ( An-Nisā` - 97 / 176 ) juz 5 التفسير : 97. Sesungguhnya orang-orang yang dicabut nyawanya oleh malaikat dalam keadaan menzalimi sendiri,*(217) mereka (para malaikat) bertanya, “Bagaimana kamu ini?” Mereka menjawab, “Kami orang-orang yang tertindas di bumi (Mekkah).” Mereka (para malaikat) bertanya, “Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah (berpindah-pindah) di bumi itu?” Maka orang-orang itu tempatnya di neraka Jahannam, dan (Jahannam) itu seburuk-buruk tempat kembali.|*217). Muslimin Mekkah yang tidak mau hijrah bersama Nabi -ṣallallāhu 'alaihi wa sallam- sedangkan mereka sanggup. Mereka ditindas dan dipaksa oleh orang kafir untuk ikut bersama mereka pergi ke Perang Badar; akhirnya di antara mereka ada yang terbunuh (terkena panah) dalam peperangan itu. من برنامج #نختم https://goo.gl/T82fBr

http://cikguhairulpelangi.blogspot.com/2018/06/rilek-lah-dulu-esok-kan-boleh-buat.html


hairul pelangi hairul pelangi Author

Jom jadi Jutawan akhirat

URGENT

*KAMI MENCARI HARTAWAN DAN JUTAWAN AKHIRAT*
Assalamualaikum
Bismillahir rahmanir rahiim.

Kami mengajak seluruh dermawan dan orang ramai menyokong serta mendokong perjuangan pendidikan anak anak Islam dengan membantu SMK Taman Pelangi melaksanakan tanggungjawabnya.

Hulurkan sumbangan kepada Tabung Infaq bagi Tujuan Pengubahsuaian Dan Pembesaran Surau Al-Hikmah SMK Taman Pelangi, Johor Bahru sebagai saham Akhirat anda.

Dana tersebut akan digunakan untuk  projek pengubahsuaian dan pembesaran Surau Al-Hikmah SMK Taman Pelangi bagi menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun-akaun berikut:

✅ Akaun Maybank "PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Pelangi", nombor akaun: 551276076352

Sebarang pertanyaan dan butiran rekod transaksi sila maklumkan kepada kami melalui email (hairulpelangi@gmail.com), 07-3330148 (faks) atau telefon ke 07-3327855 (pejabat) atau mana mana wakil sah yang telah dilantik.

Ustaz Mohd Soleh +60197437907
Ustazah Hamidah +60137769804
Hairul Anuar Sobikin +60136607046

http://cikguhairulpelangi.blogspot.com/2018/05/sumbangan-pengubahsuaian-dan-penambahan.html?m=1

http://dermasurauSMKTP.wasap.my

http://dermasurauSMKTP.wasap.my

Terima kasih!
JazakAllah khairan!
SEMOGA ALLAH MENGGANJARINYA DENGAN GANJARAN YANG LEBIH BAIK!

*TABUNG RAMADHAN DANA PEMBESARAN SURAU SMKTP*

#rebutganjaranramadhan
#sedekahmembawabarakah
#hartawanjutawanakhirat
#janganbertangguh
#infaqramadhan

hairul pelangi hairul pelangi Author

Apa perlu buat

Mengikut kiraan hisab (kalender) Hari Raya jatuh pada Jumaat 15 Jun. Maknanya, malam pada hari 13 June adalah malam terakhir Ramadan. Jika dikira kebelakang, maka malam inilah bermulalah 10 malam terakhir Ramadan. Bermulalah malam2 yang dinanti dan dikejarkan mencari Lailatul Qadr. Mulai malam ini, tingkatkan amalan kita agar Ramadan tahun ini tidak pergi dan berlalu dengan sia2.

Apa perlu buat?
1. Tidur awal
2. Bangun sebahagian malam (3 atau 4 pagi)
3. Solat sunat 2 rakaat
4. Solat tahajjud 2, 4, 8 atau seberapa yang diingini.
5. Solat sunat taubat
6. Solat hajat
7. Beriktikaf & zikir, tahmid, tahlil diantara solat2 atau selepas semua solat atau membaca surah2 penting Al Quran spt Al Baqarah, Al Kaafirun, Al Ikhlas, Zalzalah, Yaasin,
8. Solat Witir & berdoa bersungguh2
9. Sahur
10. Akhir sekali Solat Suboh

Semua ni boleh dibuat samada berjemaah di masjid, berjemaah dirumah dan boleh juga dibuat sendirian dgn lebih khusyuk. Beribadat pada setiap malam malam terakhir Ramadan umpama anda beribadat 1000 bulan bersamaan 83.3 tahun. Ganjaran ini hanya dibulan Ramadan sahaja, tiada di malam2 atau bulan2 lain.

Kerana semua diatas itu jika berjaya dan mampu diamalkan sepanjang 10 malam terakhir ini dikala manusia lain enak dibuai mimpi,, itulah dia LAILATUL QADR. Anda cari, anda buat, anda akan jumpa. Selamat beribadat!

hairul pelangi hairul pelangi Author

Sumbangan pengubahsuaian dan penambahan bangunan surau SMK Taman Pelangi Johor Bahru


Sumbangan Derma / infaq / saham akhirat
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
JazakAllahKhair di atas kemurahan hati tuan-tuan & puan-puan kerana terus menyumbang ke arah mendapatkan redha Allah. Kami di Surau  Al Hikmah SMK Taman Pelangi, Johor Bahru masih memerlukan sokongan daripada anda semua secara berterusan.
Sila teruskan sokongan anda terhadap projek pengubahsuaian dan penambahbaikan bangunan surau ini bagi menyediakan ruang kepada anak-anak yang dahagakan ilmu ini dalam mengembangkan syiar Islam. Semoga usaha murni tuan-tuan & puan-puan akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah s.w.t.
Kebaikan Bersedekah
Allah berfirman di dalam Al-Quran:
“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan dan mereka meminjamkan kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya) kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” (Surah Al-Hadid:18)
Kaedah Menderma
Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan kewangan kepada/melalui pihak Surau Al Hikmah, SMK Taman Pelangi, anda boleh melakukannya melalui saluran-saluran seperti di bawah:
1. Telefon / Tunai / Cek:
Sila hubungi
Nama : USTAZ MOHD SOLEH BIN HJ MOHD HASHIM
Telefon: 0197437907
2. Bank Transfer:
Sumbangan boleh disalurkan secara langsung ke akaun bank kami.
Bank : MAYBANK
Akaun : PIBG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN PELANGI
No Akaun : 551276076352
Sebarang pertanyaan dan butiran rekod transaksi sila maklumkan kepada kami melalui email (hairulpelangi@gmail.com), 07-3330148 (faks) atau telefon ke 07-3327855 (pejabat) atau mana mana wakil sah yang telah dilantik. Cikgu Hairul 0107060233
Terima kasih!
JazakAllah khairan!
SEMOGA ALLAH MENGGANJARINYA DENGAN GANJARAN YANG LEBIH BAIK!
hairul pelangi hairul pelangi Author

MAJLIS PENUTUP TILAWAH DAN MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA Ke-...

hairul pelangi hairul pelangi Author

TYPES OF POLLINATION

hairul pelangi hairul pelangi Author

How to Focus - Learn How You Can Focus Without Getting Distracted

hairul pelangi hairul pelangi Author

Learning Styles Activity

hairul pelangi hairul pelangi Author

Different types of Learners

hairul pelangi hairul pelangi Author

Classroom Rules

hairul pelangi hairul pelangi Author

Learning Styles

hairul pelangi hairul pelangi Author

50+ GENIUS STEM ACTIVITIES FOR KIDS

https://thestemlaboratory.com/stem-activities-for-kids/


With a name like The STEM Laboratory, it’s no surprise that we’re obsessed about science, technology, engineering and math (STEM) activities for kids. These 50+ STEM projects are sure to keep little scientists engaged, learning and well-prepared for their STEM-filled future.
This post contains Amazon affiliate links.
50 genius STEM activities for kids! So many fun science, technology, engineering and math ideas in one spot. Perfect for preschool, kindergarten, first grade or second grade.

SCIENCE PROJECTS

There are countless science experiments for kids but these 14 projects are our hands-down favorites!
50+ Genius STEM Activities for Kids. So many awesome science, technology, engineering and math activities in one spot.
Make a mini model of the water cycle with just a Ziploc bag!
Find out why the sky is blue. // Rookie Parenting
Test whether objects are magnetic. // The Measured Mom
Pour ice that is warm to the touch but freezes.
Make one orange sink and another one float!
Capture fireworks in a jar using just a few common household supplies. // I Can Teach My Child
50+ awesome STEM activities for kids. So many genius science, technology, engineering and math activities in one spot.
Learn about color mixing when you make water walk! // Parenting Chaos
Catch a cloud in a jar.
Build a sand volcano that really erupts. // Growing a Jeweled Rose
Play with Magnetic Slime. // Frugal Fun 4 Boys

TECHNOLOGY ACTIVITIES

Build robots that really walk, talk and “think”. // Amazon
Teach kids about coding!
Let kids have a little screen time playing 20 teacher-approved apps.
Program a set of kid-friendly robot friends: Dash and Dot. // Amazon
Or build a Kano computer! // Amazon


ENGINEERING PROJECTS

Crazy Cool STEM Activities for Kids. I'm excited to try these engineering projects!
Solve a batch of LEGO challenge cards.
Fold paper into building blocks that really stack. // Babble Dabble Do
Use plastic cups and craft sticks to create four brilliant challenges. // Frugal Fun 4 Boys
Build with straws and tape. // Lemon Lime Adventures
Build structures with marshmallows and pretzels.
Awesome STEM activities for kids. So many fun engineering projects in this roundup!
Design a pom pom drop that guides the pom pom from one paper towel roll to the next. // Coffee Cups and Crayons
Learn about bridges and then build your own. // Carrots are Orange
Make a craft stick catapult that really launches!
Try a classic! Organize an egg drop challenge. Can you build a structure that will keep the egg from breaking?! // Buggy and Buddy
Build a batch of exploding boomerangs. // I Can Teach My Child
Test the strength of a piece of paper. // Creekside Learning
Make a moveable pulley! // Carrots Are Orange
Work as a team to build with pipe cleaners and aluminum foil. // Housing a Forest


MATH ACTIVITIES

Super fun STEM activities for kids! There's a math activity for every age in this roundup.
Practice counting with some truck playdough mats. // Pre Kinders
Teach kids about odd and even numbers with some hands-on activity sheets.
Clip 2-dimensional shapes. // The Measured Mom
And piece together shape puzzles. 
Introduce addition and subtraction with mini activity books. // Liz’s Early Learning Spot
Turn a Ziploc into a math problem solver. // Mrs. T’s First Grade Class
50+ genius STEM activities for kids. So many fun science, technology, engineering and math activities.
Play a fun round of Math Fact Jenga. // The First Grade Parade
Work on coin values and adding. // 123 Homeschool 4 Me
Learn about AM/PM and telling time to the nearest 5-minute interval.
Introduce fractions with one of kids’ favorite things: pizza!
Teach kids a quick trick for solving multiplication problems in a jiffy. // Teach Mama

30 JAW DROPPING SCIENCE EXPERIMENTS

For even more inspiration, grab a copy of our Super Cool Science Kit filled with 30 addictively fun projects and a kid-friendly science journal!
30-jaw-dropping-science-experiments

hairul pelangi hairul pelangi Author

Mesej

Abu Ad Darda lalu berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa melalui jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahnya jalan ke syurga. Sungguh, para Malaikat merendahkan sayapnya sebagai keredhaan kepada penuntut ilmu. Penduduk langit dan bumi hingga ikan yang ada di dasar laut akan mendoakan keampunan kepada orang yang menuntut ilmu. Kelebihan serang alim dibanding ahli ibadah seperti keutamaan rembulan pada malam purnama atas seluruh bintang. Para ulama adalah pewaris para nabi, dan para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanyalah mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya maka ia telah mengambil bahagian yang banyak." (HR Abu Daud No: 3157) Status: Sahih

Search This Blog

UPSR
20 & 24 - 27 Sept 2018

hari lagi
PT3(Geografi)
08 - 27 Julai 2018

hari lagi
PT3(Sejarah)
02 - 25 Mei 2018

hari lagi
PT3(Lisan Tutur)
02 - 30 April 2018

hari lagi
PT3(Lisan BM)
13 Ogos 2018

hari lagi
PT3(Lisan BI)
14 Ogos 2018

hari lagi
Ujian Bertulis PT3
08 - 11 Okt 2018

hari lagi
SPM
13 Nov - 13 Dis 2018

hari lagi

Belajar biologi

https://youtu.be/kHDpRcQhPyM