My Muhasabah Diary.
to Share my Life Reflections

Bendul

Tentang kesantunan 'bendul pintu' di rumah Melayu dan salah faham 'Langkah Bendul':

Pertama: Dari segi kesantunan, bendul di pintu muka (pintu depan) punyai fungsi sebagai 'sempadan' - yakni pemisah antara 'luar' dengan 'dalam' rumah. Dalam ungkapan Melayu lama, disebut 'Pintu Muka menyambut adat' - maka ada yang menyebut bendul muka ini sebagai 'Batas Adat'.

Apabila rumah itu tiada orang laki-laki, maka, tetamu (laki-laki) yang datang ke rumah tidak masuk ke dalam. Sebaliknya, hanya duduk di bendul ini dengan kaki terjuntai di anak tangga. Demikian dapat mengelakkan sangkaan buruk atau fitnah terhadap anggota rumah (wanita) dan tetamu itu. Maka terpeliharalah maruah keduanya.

(Dalam W. Skeat (1900), dicatat petua mengukur bendul seperti berikut: "Ini fasal ukoran bendul rumah ; MAKA AMBIL DEPA PEREMPUAN YANG AMPUNYA RUMAH ITU dua depa di-lipatkan tiga, buang sabhagi ; yang dua bhagi itu, itu lipatkan lipat delapan, buangkan tujoh ambil satu, ukorkan deripada kapala bendul itu sampei ujong bendul itu...")

Kedua: Adat itu banyak kategorinya (Adat yang sebenar adat, adat yang teradat dan seterusnya). Namun, kesemuanya itu berkongsi satu maksud yang sama, iaitu 'satu aturan'. Tentang 'Langkah Bendul' - adik berkahwin dahulu daripada kakak - bukanlah satu pantang larang dalam adat kita.

Langkah Bendul itu maksudnya 'melangkau aturan, atau memotong susunan/giliran' (bendul itu juga lambang bagi aturan). Jadi, mengikut susunan, sepatutnya yang tua berkahwin dulu.

Adik berkahwin dulu adalah sesuatu yang menyentuh perasaan bagi sesetengah kakak. Yalah, terpaksa menjawab soalan bertalu-talu orang lain "Bila nak kahwin? Adik sudah" - dan bermacam lagi yang ditanggung.

Maka diadakan satu bentuk aturan kebiasaan (adat resam), iaitu adik berilah hadiah kepada kakak sebagai TANDA PENGHORMATAN, TANDA KASIH!

Jadi, salah faham terhadap adat langkah bendul, sehingga muncul sangkaan bahawa ini sebagai satu pantang larang adalah tidak benar. Dan kakak pula, jika cemburu, janganlah membebani adik dengan meminta sebuah Ferrari. Para selebriti agama, janganlah pula mendakwa orang Melayu mendahulukan adat, membelakangi agama - sedangkan kedua-duanya jalan seiring:

"Syarak mengata, adat memakai."

Salah faham ini berpunca daripada banyak sebab, antaranya kerana kita hari ini tidak dapat memahami maknawi kebudayaan orang terdahulu.

Yang perlu kita risaukan bukan langkah bendul, tetapi 'Lurus Bendul'. Bendul itu balok kayu yang lurus, tak boleh bengkok dan letaknya melintang. Maka hari ini sesuailah terpakai pada kaum apologetik (naif, baik dan pemaaf tak bertempat) dan yang berfikiran literal (harfiah, tak faham lapis makna lebih dalam, hanya nampak kulit).

Pemikiran Lurus Bendul inilah yang mudah menjadikan kita mangsa tipu daya.
________________________
Rujukan:

1) Noor Faizah Aziz, Jamaluddin Md Jahi, Kadir Ariffin & Aziz Ujang, 2014. Pengaruh Adat Resam, Kepercayaan dan Kebudayaan terhadap Pembinaan Rumah Melayu Tradisional. Jurnal IMAN 2(2):105-111. Bangi: UKM.
2) Walter William Skeat, 1900. Malay Magic being an Introduction to the Folklore & Popular Religion of Malay Peninsula. London: McMillan.

hairul pelangi hairul pelangi Author

Kelebihan berziarah

KELEBIHAN BERZIARAH KERANA ALLAH

... فَحَدَّثْتُهُ عُبَادَةَ بْنَ الصَّامِتِ، فَقَالَ: لَا أُحَدِّثُكَ إِلَّا مَا سَمِعْتُ عَنْ لِسَانِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " حَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلْمُتَحَابِّينَ فِيَّ، وَحَقَتْ مَحَبَّتِي للمتزاورينَ في، ....
مسند أحمد ط الرسالة (36 /327):
Hadith di atas adalah Hadith Qudsi.

Bermaksud : Daripada `Ubadah bin al-Samit daripada Rasulullah s.a.w. (daripada Allah s.w.t.), Berhak mendapat kecintaan-Ku bagi mereka yang berkasih syang pada-Ku, dan berhak mendapat kecintaan-Ku bagi mereka yang ziarah menziarahi pada-Ku …
Maksud “ pada-Ku” ialah kerana-Ku

Di antara kandungan Hadith di atas ialah orang yang ziarah menziarahi sudaranya yang Muslim kerana Allah, dia berhak mendapat kasih sayang dan cinta daripada Allah s.w.t. Orang yang dicintai oleh Allah adalah orang yang soleh. Tempatnya di syuga.

Apabila seseorang itu berziarah kerana Allah maka tujuan ziarah itu adalah semata-mata kerana Allah. Dengan sendirinya dia sentiasa menjaga tanggugjawabnya terhadap Allah, memakai pakaian yang menutup aurat, menjaga adab pergaulannya ketika berziarah dan lain-lain yang ditetapkan oleh syarak. Sungguh untung orang yang berziarah kerana Allah.

Oleh itu marilah sama-sama kita menjadi dari kalangan orang yang berziarah kerana Allah.

Kredit: Us Dr. Udah Mohsin

  •  
hairul pelangi hairul pelangi Author

Amalan elak dimasuki pencuri

Beringatlah, saat kita balik kampung, perompak tak balik kampung. Dia akan beraya dalam rumah yg dirompaknya.. Jom pakat2 pagarkan rumah kita dgn doa & amalan nie.. 👇👇👇

DOA DAN AMALAN UNTUK MENGELAKKAN RUMAH KEDIAMAN / PEJABAT / KEDAI DARI DIMASUKI PENCURI

1. Ketika rumah, pejabat, kedai anda telah dikunci, letakkan tapak tangan anda ke dinding atau pintu rumah dan baca doa berikut:

i) Mengucap dua kalimah syahadah - 1X

ii) Selawat keatas nabi - 2 X
اللهم صل على محمد وآل محمد

iii) Ayat Kursi - 1 X

اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاو ;َاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَئُودُهُ
حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

"Allahu la ilaha illa huwa Al -Haiyul-Qaiyum
La ta'khudhuhu sinatun wa la nawm
lahu ma fi as-samawati wa ma fil-'ard
Man dhal-ladhi yashfa'u 'indahu illa bi-idhnihi
Ya'lamu ma bayna aydihim wa ma khalfahum
wa la yuhituna bi shai'in min 'ilmihi illa bima sha'a
Wasi'a kursiyuhus-samawati wal ard
wa la ya'uduhu hifdhuhuma
wa Hu wal 'Aliyul-Aziim"

iv) Surah Yasin ( ayat ke-9 ) - 1 X

وَجَعَلْنَا مِن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ

" Wa Ja'alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun "

Bermaksud :

"Dan KAMI adakan dihadapan mereka dinding-dinding dan dibelakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat".

** Sila share jika bermanfaat

hairul pelangi hairul pelangi Author

Niat niat membaca al Quran

📚33 Niat Penting Ketika Membaca Al-Quran. Oleh itu mari kita membaca sambil niat di hati.

Ramai dalam kalangan saudara muslim kita ketika membaca Al-Quran berniat semata-mata untuk pahala dan masing-masing kurang mengetahui tentang kelebihan besar Al-Quran, iaitu seseorang akan mendapat apa saja yang dia niatkan ketika dia membaca Al-Quran. Ini sebagaimana yang disabdakan oleh Sayyidina Rasulullah SAW .

“Sesungguhnya setiap amal yang dilakukan itu diukur atas niatnya dan seseorang akan mendapat (hasil amalnya) apa yang dia niatkan.”

فالقرءان منهج حياة والنية تجارة العلماء فمن هذا المبدأ والمنطلق أردت أن أذكر نفسي وإخواني ببعض النوايا عند القراءة ومنها
Al-Quran itu adalah panduan cara hidup, sehingga niatnya itu adalah perniagaan para ulama untuk mendapatkan keuntungan.

📚Niat-niat ketika membaca Al-Quran, antaranya :

➰1 – Tujuan Belajar Dan Beramal

(اقرأ القرآن لأجل العلم والعمل به)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan belajar dan beramal dengannya.

➰2 – Tujuan Memohon Hidayah

(اقرأ القرآن بقصد الهداية من الله)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan memohon hidayah dari Allah SWT.

➰3 – Tujuan Bermunajat

(اقرأ القرآن بقصد مناجاة الله تعالى)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk bermunajat kepada Allah.

➰4 – Tujuan Menyembuhkan Penyakit

(اقرأ القرآن بقصد الإستشفاء به من الأمراض الظاهرة والباطنة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan menyembuhkan penyakit zhohir dan batin.

➰5 – Tujuan Meminta Dikeluarkan Daripada Kegelapan Kepada Cahaya

(اقرأ القرآن بقصد أن يخرجنى الله من الظلمات إلي النور)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan meminta kepada Allah SWT untuk mengeluarkan saya dari kegelapan (maksiat) kepada cahaya (iman).

➰6 – Niat Untuk Ubat Bagi Hati Yang Keras

(اقرأ القرآن لأنه علاج لقسوة القلب فيه طمأنينة القلب وحياة القلب وعمارة القلب)
Saya niat membaca Al-Quran ini karena ia merupakan ubat bagi hati yang keras, dengan Al-Quran ini hati menjadi tenang, hidup dan makmur (dengan iman).

➰7 – Tujuan Untuk Menikmati Hidangan

(اقرأ القرآن بقصد أن القرآن مأدبة الله تعالى)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan (untuk menikmati) jamuan atau hidangan dari Allah Taala.

➰8 – Tujuan Supaya Tidak Termasuk Dalam Golongan Yang Lalai

(اقرأ القرآن حتى لا أكتب من الغافلين وأكون من الذاكرين)
Saya niat membaca Al-Quran ini supaya saya tidak ditulis termasuk dari golongan orang yang lalai; bahkan saya ingin ditulis sebagai golongan orang yang mengingat Allah.

➰9 – Tujuan Untuk Menambah Keyakinan

(اقرأ القرآن بقصد زيادة اليقين والإيمان بالله)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk menambahkan keyakinan dan keimanan kepada Allah.

➰10 – Niat Mentaati Perintah Allah

(اقرأ القرآن بقصد الإمتثال لأمر الله تعالي بالترتيل)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mentaati perintah Allah SWT yang memerintahkan untuk membaca Al-Quran dengan tartil.

➰11 – Niat Untuk Mendapat Pahala Dan Kebaikan

(اقرأ القرآن للثواب حتى يكون لى بكل حرف ١٠ حسنات والله يضاعف لمن يشاء)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mendapat pahala sehingga dituliskan 10 ganjaran kebaikan bagi saya atas setiap satu huruf yang saya baca, sesungguhnya Allah melipatgandakan ganjaran bagi orang yang Dia kehendaki.

➰12 – Niat Untuk Mendapat Syafaat

(اقرأ القرآن حتى أن أنال شفاعة القرآن الكريم يوم القيامة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk mendapat syafaat Al-Quran pada hari kiamat kelak.

➰13 – Tujuan Untuk Mengikut Wasiat Nabi

(اقرأ القرآن بقصد إتباع وصية النبى ﷺ)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mengikuti wasiat Nabi SAW.

➰14 – Tujuan Supaya Allah Mengangkat Darjat Diri Dan Umat Islam

(اقرأ القرآن حتى يرفعنى الله به ويرفع به الأمة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan semoga Allah SWT mengangkat derajat saya dengan Al-Quran dan mengangkat darjat umat ini dengan Al-Quran.

➰15 – Tujuan Supaya Allah Mengangkat Darjat Di Syurga

(اقرأ القرآن حتى أرتقي في درجات الجنة وألبس تاج الوقار ويكسي والداى بحلتين لا يقوم لهما الدنيا)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk dinaikkan kedudukan saya di syurga dan dapat dipakaikan mahkota kemuliaan, dan untuk ibu bapa saya semoga dipakaikan juga dengan perhiasan yang tidak diberikan ketika di dunia.

➰16 – Niat Untuk Mendekatkan Diri Kepada Allah

(اقرأ القرآن بقصد التقرب إلي الله بكلامه)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui kalamNya.

➰17 – Niat Agar Dimasukkan Dalam Golongan Ahlillah

(اقرأ القرآن حتى أكون من أهل الله وخاصته)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar dimasukkan kedalam golongan ahlillah dan daripada golongan orang-orang yang khusus.

➰18 – Niat Agar Dimasukkan Dalam Golongan Ahli Yang Mahir Membaca Al-Quran

(اقرأ القرآن بقصد أن الماهر بالقرآن مع السفرة الكرام البررة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan (agar termasuk dalam golongan) orang yang mahir membaca Al-Quran akan bersama para Malaikat yang mulia lagi taat.

➰19 – Niat Agar Diselamatkan Daripada Ahli Neraka

(اقرأ القرآن بقصد النجاة من النار ومن عذاب الله)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar diselamatkan daripada neraka dan azab Allah.

➰20 – Niat Agar Hati Rasa Kebersamaan Dengan Allah

(اقرأ القرآن حتى أكون في معية الله تعالي)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar hati saya dapat merasakan kebersamaan dengan Allah SWT.

➰21 – Niat Supaya Tidak Mensia-siakan Umur

(اقرأ القرآن حتى لا أرد إل أرذل العمر)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar tidak menghinakan atau mensia-siakan umur.

➰22 – Niat Agar Al-Quran Menjadi Saksi Kebaikan

(اقرأ القرآن حتى يكون حجة لى لا علىّ)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar ia menjadi saksi kebaikan bagi saya dan tidak pula menjadi saksi keburukan ke atas saya.

➰23 – Niat Memandang Mushaf Ialah Satu Kebaikan

(اقرأ القرآن بقصد أن النظر في المصحف عبادة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk melihat kepada mushaf yang mana perbuatan itu adalah satu ibadah.

➰24 – Niat Agar Allah Mengurniakan Sakinah

(اقرأ القرآن حتى تنزل علىّ السكينة وتغشانى الرحمة ويذكرنى الله فيمن عنده)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar diturunkan sakinah(ketenangan) ke atas saya, dan diliputi rahmat buat diri saya, dan disebut nama saya oleh Allah SWT kepada makhluk di sisiNya.

➰25 – Tujan Mendapat Kebaikan

(اقرأ القرآن بقصد الحصول على الخيرية والفضل عند الله)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mendapat kebaikan dan kelebihan di sisi Allah.

➰26 – Niat Supaya Aroma Mulut Menjadi Harum

(اقرأ القرآن حتى يكون ريحي طيب)
Saya niat membaca Al-Quran agar aroma (bau mulut) saya menjadi harum (dengan lantunan Quran).

➰27 – Niat Agar Tidak Tersesat Di Dunia

(اقرأ القرآن حتى لا أضل في الدنيا ولا أشقي في الآخرة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar saya tidak tersesat di dunia dan tidak ditimpa celaka di akhirat.

➰28 – Niat Agar Terhindar Dari Kesedihan, Kerisauan Dan Kegusaran

(اقرأ القرآن لأن الله يجلى به الأحزان ويذهب به الهموم والغموم)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar Allah menghindarkan diri saya dengan sebab membaca Al-Quran dari segala kesedihan, serta menghilangkan kerisauan dan kegusaran.

➰29 – Niat Agar Al-Quran Menjadi Teman Di Alam Kubur*

(اقرأ القرآن ليكون أنيسي في قبري ونور لي علي الصراط وهادياً لي في الدنيا وسائقاً لي إلى الجنة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar ia menjadi teman saya di dalam kubur dan cahaya bagi saya ketika melintasi titian Sirath, dan petunjuk saya ketika di dunia, dan pemandu saya untuk ke syurga.

➰30 – Tujuan Agar Allah Mentarbiah Saya

(اقرأ القرآن ليربينى الله ويؤدبنى بالأخلاق التي تحلى بها الرسول ﷺ)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar Allah mentarbiah saya, dan mengajar adab kepada saya dengan akhlak yang dihiaskan akannya kepada Rasulullah SAW

➰31 – Tujuan Agar Dapat Menyibukkan Diri Dengan Yang Haq

(اقرأ القرآن لأشغل نفسي بالحق حتى لا تشغلني بالباطل)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan menyibukkan diri saya dengan Al-Haq, sehingga tidak mampu kebatilan yang menyibukkan saya.

➰32 – Niat Mujahadah Melawan Nafsu

(اقرأ القرآن لمجاهدة النفس والشيطان والهوى)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk mujahadah melawan nafsu, syaitan dan keinginan kepada selain Allah.

➰33 – Niat Agar Allah Memisahkan Diri Dengan Al-Kafirin

(اقرأ القرآن ليجعل الله بينى وبين الكافرين حجاباً مستوراً يوم القيامة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan memohon agar Allah memisahkan saya dengan para kafirin di akhirat kelak.

(فهيا لنكون من أهل القرآن، وهذه هي التجارة مع الله
المضمونة الرابحة والتي يعطى الله عليها من فضله الكريم وعطائه الذي لا ينفد)
Maka marilah kita menjadi ahlil Quran, yang telah dijamin keuntungannya, yang mana keuntungan itu Allah SWT kurniakan atas sifat pemurahNya dan sesungguhnya segala pemberianNya itu tidak akan habis.

KONGSIKAN ARTIKEL INI

Nabi Muhammad s.a.w
berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. In syaa Allah ramai yang akan mendapat manfaat.

hairul pelangi hairul pelangi Author

Rilek lah dulu, esok kan boleh buat



"Rilek lah dulu.. Esok kan boleh buat"
"Kejap lah, takde lari mana pun masjid tu, nanti aku datang lah"
"Takpe, nanti free aku dengar kuliah"
.
.
Kata Ustaz Azam, ini antara starting point untuk kita beralasan dalam menangguh perkara kebaikan.
.
.
Tapi, Allah tempelak golongan ini dalam Surah An Nisa ayat 97. Dan pengakhiran bagi golongan ini adalah neraka Jahannam. Na'uzubillahiminzalik! 
.
.
Sama - sama kita elakkan. Ada je perkara baik dari sudut ibadah secara spesifik atau urusan kerja kita yang baik, terus buat. Jangan beralasan. ๐Ÿ˜Š
.
.
Moga Allah bantu dan pimpin kita. Ameen.

#TazkirahTarawih
#BinaKejayaanKeSyurga

ู‚ุงู„ ุงู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰ : ุฅِู†َّ ูฑู„َّุฐِูŠู†َ ุชَูˆَูَّู‰ٰู‡ُู…ُ ูฑู„ูۡ…َู„َٰุٓฆِูƒَุฉُ ุธَุงู„ِู…ِูŠٓ ุฃَู†ูُุณِู‡ِู…ۡ ู‚َุงู„ُูˆุงْ ูِูŠู…َ ูƒُู†ุชُู…ۡۖ ู‚َุงู„ُูˆุงْ ูƒُู†َّุง ู…ُุณุۡชَุถุۡนَูِูŠู†َ ูِูŠ ูฑู„ุۡฃَุฑุۡถِۚ ู‚َุงู„ُูˆุٓงْ ุฃَู„َู…ۡ ุชَูƒُู†ۡ ุฃَุฑุۡถُ ูฑู„ู„َّู‡ِ ูˆَٰุณِุนَุฉٗ ูَุชُู‡َุงุฌِุฑُูˆุงْ ูِูŠู‡َุงۚ ูَุฃُูˆْู„َٰุٓฆِูƒَ ู…َุฃูۡˆَู‰ٰู‡ُู…ۡ ุฌَู‡َู†َّู…ُۖ ูˆَุณَุงุٓกَุชۡ ู…َุตِูŠุฑًุง ( An-Nisฤ` - 97 / 176 ) juz 5 ุงู„ุชูุณูŠุฑ : 97. Sesungguhnya orang-orang yang dicabut nyawanya oleh malaikat dalam keadaan menzalimi sendiri,*(217) mereka (para malaikat) bertanya, “Bagaimana kamu ini?” Mereka menjawab, “Kami orang-orang yang tertindas di bumi (Mekkah).” Mereka (para malaikat) bertanya, “Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah (berpindah-pindah) di bumi itu?” Maka orang-orang itu tempatnya di neraka Jahannam, dan (Jahannam) itu seburuk-buruk tempat kembali.|*217). Muslimin Mekkah yang tidak mau hijrah bersama Nabi -แนฃallallฤhu 'alaihi wa sallam- sedangkan mereka sanggup. Mereka ditindas dan dipaksa oleh orang kafir untuk ikut bersama mereka pergi ke Perang Badar; akhirnya di antara mereka ada yang terbunuh (terkena panah) dalam peperangan itu. ู…ู† ุจุฑู†ุงู…ุฌ #ู†ุฎุชู… https://goo.gl/T82fBr

http://cikguhairulpelangi.blogspot.com/2018/06/rilek-lah-dulu-esok-kan-boleh-buat.html


hairul pelangi hairul pelangi Author

Jom jadi Jutawan akhirat

URGENT

*KAMI MENCARI HARTAWAN DAN JUTAWAN AKHIRAT*
Assalamualaikum
Bismillahir rahmanir rahiim.

Kami mengajak seluruh dermawan dan orang ramai menyokong serta mendokong perjuangan pendidikan anak anak Islam dengan membantu SMK Taman Pelangi melaksanakan tanggungjawabnya.

Hulurkan sumbangan kepada Tabung Infaq bagi Tujuan Pengubahsuaian Dan Pembesaran Surau Al-Hikmah SMK Taman Pelangi, Johor Bahru sebagai saham Akhirat anda.

Dana tersebut akan digunakan untuk  projek pengubahsuaian dan pembesaran Surau Al-Hikmah SMK Taman Pelangi bagi menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun-akaun berikut:

✅ Akaun Maybank "PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Pelangi", nombor akaun: 551276076352

Sebarang pertanyaan dan butiran rekod transaksi sila maklumkan kepada kami melalui email (hairulpelangi@gmail.com), 07-3330148 (faks) atau telefon ke 07-3327855 (pejabat) atau mana mana wakil sah yang telah dilantik.

Ustaz Mohd Soleh +60197437907
Ustazah Hamidah +60137769804
Hairul Anuar Sobikin +60136607046

http://cikguhairulpelangi.blogspot.com/2018/05/sumbangan-pengubahsuaian-dan-penambahan.html?m=1

http://dermasurauSMKTP.wasap.my

http://dermasurauSMKTP.wasap.my

Terima kasih!
JazakAllah khairan!
SEMOGA ALLAH MENGGANJARINYA DENGAN GANJARAN YANG LEBIH BAIK!

*TABUNG RAMADHAN DANA PEMBESARAN SURAU SMKTP*

#rebutganjaranramadhan
#sedekahmembawabarakah
#hartawanjutawanakhirat
#janganbertangguh
#infaqramadhan

  •  
  •  
hairul pelangi hairul pelangi Author

Apa perlu buat

Mengikut kiraan hisab (kalender) Hari Raya jatuh pada Jumaat 15 Jun. Maknanya, malam pada hari 13 June adalah malam terakhir Ramadan. Jika dikira kebelakang, maka malam inilah bermulalah 10 malam terakhir Ramadan. Bermulalah malam2 yang dinanti dan dikejarkan mencari Lailatul Qadr. Mulai malam ini, tingkatkan amalan kita agar Ramadan tahun ini tidak pergi dan berlalu dengan sia2.

Apa perlu buat?
1. Tidur awal
2. Bangun sebahagian malam (3 atau 4 pagi)
3. Solat sunat 2 rakaat
4. Solat tahajjud 2, 4, 8 atau seberapa yang diingini.
5. Solat sunat taubat
6. Solat hajat
7. Beriktikaf & zikir, tahmid, tahlil diantara solat2 atau selepas semua solat atau membaca surah2 penting Al Quran spt Al Baqarah, Al Kaafirun, Al Ikhlas, Zalzalah, Yaasin,
8. Solat Witir & berdoa bersungguh2
9. Sahur
10. Akhir sekali Solat Suboh

Semua ni boleh dibuat samada berjemaah di masjid, berjemaah dirumah dan boleh juga dibuat sendirian dgn lebih khusyuk. Beribadat pada setiap malam malam terakhir Ramadan umpama anda beribadat 1000 bulan bersamaan 83.3 tahun. Ganjaran ini hanya dibulan Ramadan sahaja, tiada di malam2 atau bulan2 lain.

Kerana semua diatas itu jika berjaya dan mampu diamalkan sepanjang 10 malam terakhir ini dikala manusia lain enak dibuai mimpi,, itulah dia LAILATUL QADR. Anda cari, anda buat, anda akan jumpa. Selamat beribadat!

hairul pelangi hairul pelangi Author

Mesej

Abu Ad Darda lalu berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa melalui jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahnya jalan ke syurga. Sungguh, para Malaikat merendahkan sayapnya sebagai keredhaan kepada penuntut ilmu. Penduduk langit dan bumi hingga ikan yang ada di dasar laut akan mendoakan keampunan kepada orang yang menuntut ilmu. Kelebihan serang alim dibanding ahli ibadah seperti keutamaan rembulan pada malam purnama atas seluruh bintang. Para ulama adalah pewaris para nabi, dan para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanyalah mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya maka ia telah mengambil bahagian yang banyak." (HR Abu Daud No: 3157) Status: Sahih

Search This Blog

UPSR
20 & 24 - 27 Sept 2018

hari lagi
PT3(Geografi)
08 - 27 Julai 2018

hari lagi
PT3(Sejarah)
02 - 25 Mei 2018

hari lagi
PT3(Lisan Tutur)
02 - 30 April 2018

hari lagi
PT3(Lisan BM)
13 Ogos 2018

hari lagi
PT3(Lisan BI)
14 Ogos 2018

hari lagi
Ujian Bertulis PT3
08 - 11 Okt 2018

hari lagi
SPM
13 Nov - 13 Dis 2018

hari lagi