My Muhasabah Diary.
to Share my Life Reflections

Kelebihan berziarah

KELEBIHAN BERZIARAH KERANA ALLAH

... فَحَدَّثْتُهُ عُبَادَةَ بْنَ الصَّامِتِ، فَقَالَ: لَا أُحَدِّثُكَ إِلَّا مَا سَمِعْتُ عَنْ لِسَانِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " حَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلْمُتَحَابِّينَ فِيَّ، وَحَقَتْ مَحَبَّتِي للمتزاورينَ في، ....
مسند أحمد ط الرسالة (36 /327):
Hadith di atas adalah Hadith Qudsi.

Bermaksud : Daripada `Ubadah bin al-Samit daripada Rasulullah s.a.w. (daripada Allah s.w.t.), Berhak mendapat kecintaan-Ku bagi mereka yang berkasih syang pada-Ku, dan berhak mendapat kecintaan-Ku bagi mereka yang ziarah menziarahi pada-Ku …
Maksud “ pada-Ku” ialah kerana-Ku

Di antara kandungan Hadith di atas ialah orang yang ziarah menziarahi sudaranya yang Muslim kerana Allah, dia berhak mendapat kasih sayang dan cinta daripada Allah s.w.t. Orang yang dicintai oleh Allah adalah orang yang soleh. Tempatnya di syuga.

Apabila seseorang itu berziarah kerana Allah maka tujuan ziarah itu adalah semata-mata kerana Allah. Dengan sendirinya dia sentiasa menjaga tanggugjawabnya terhadap Allah, memakai pakaian yang menutup aurat, menjaga adab pergaulannya ketika berziarah dan lain-lain yang ditetapkan oleh syarak. Sungguh untung orang yang berziarah kerana Allah.

Oleh itu marilah sama-sama kita menjadi dari kalangan orang yang berziarah kerana Allah.

Kredit: Us Dr. Udah Mohsin

  •  
cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Mesej

Abu Ad Darda lalu berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa melalui jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahnya jalan ke syurga. Sungguh, para Malaikat merendahkan sayapnya sebagai keredhaan kepada penuntut ilmu. Penduduk langit dan bumi hingga ikan yang ada di dasar laut akan mendoakan keampunan kepada orang yang menuntut ilmu. Kelebihan serang alim dibanding ahli ibadah seperti keutamaan rembulan pada malam purnama atas seluruh bintang. Para ulama adalah pewaris para nabi, dan para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanyalah mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya maka ia telah mengambil bahagian yang banyak." (HR Abu Daud No: 3157) Status: Sahih

Pilihan

Search This Blog

UPSR
Sept 2020


PT3(Geografi)
Julai 2020


PT3(Sejarah)
Mei 2020


PT3(Lisan Tutur)
April 2020

PT3(Lisan BM)
Ogos 2020

PT3(Lisan BI)
Ogos 2020

Ujian Bertulis PT3
Okt 2020


SPM
Dis 2020