My Muhasabah Diary.
to Share my Life Reflections

PIDATO : PEMANTAPAN BUDAYA KEUSAHAWANAN

PIDATO : PEMANTAPAN BUDAYA KEUSAHAWANAN Titipan terima kasih buat pengacara majlis, barisan panel hakim yang berpaksikan keadilan, sidang hadirin aspirasi Negara sekalian. Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Tanggal 13 Jun 2011, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan 9 inisiatif baru di bawah Transformasi Ekonomi Negara yang membabitkan pelaburan sebanyak RM2.27 bilion dan memberi impak kepada pendapatan Negara kasar sebanyak RM18.67 bilion serta mewujudkan 36,595 pekerjaan menjelang 2012. Salah satu penyumbang dalam kemajuan ekonomi Negara ialah para usahawan muda yang semakin ramai ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Usahawan terkemuka Negara seperti Tan Sri Lim Goh Tong, Tan Sri Ananda Krishnan dan Tan Sri Azman Hashim memulakan usaha mereka sejak pada usia muda lagi yang berpegang pada prinsip kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Sirat nirwana inilah yang membawa saya dengan penuh iltizam untuk menyampaikan tinta dan wacana para sarjana melalui mauduk pidato “ Pemantapan Budaya Keusahawanan Mampu Meningkatkan Kemajuan Ekonomi Negara “. Sebelum kata terungkai, sebelum madah terucap, definisi frasa saya jelaskan. Menurut kamus dewan edisi ke-4 , pemantapan budaya boleh didefinisikan sebagai satu usaha penstabilan dan pengukuhan tamadun, cara hidup atau pegangan. Manakala, keusahawanan merupakan kebolehan individu mengurus sumber yang ada untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan bagi kemakmuran masyarakat dan memacu pertumbuhan ekonomi Negara. Generasi muda ialah generasi Y yang melangkah kealam dewasa. Meningkatkan kemajuan ekonomi negara bererti mendorong kearah kepesatan pertumbuhan pndapatan negara. Sidang pendengar, penggerak wawasan. Indikator saya yang pertama di bawah lembayung kata, pemantapan budaya keusahawanan akan melahirkan generasi muda yang bersikap inovatif dan kreatif. Hal yang demikian dapat dilihat menerusi aktiviti dan program yang dijalankan di peringkat sekolah sepertimana aktiviti jualan kelab pelaburan bijak atau kelab pembangunan usahawan muda. Para pelajar yang menjadi usahawan muda sentiasa didorong untuk menjual produk baru yang belum ada di pasaran sekolah sama ada di kantin atau koperasi. Menerusi sikap inovatif dan kreatif itu juga usahawan muda ini mampu menghasilkan kelainan dari segi pembungkusan dan pemasaran. Dalam memenuhi citarasa pengguna, usahawan muda perlu mengambil kira 4 elemen penting dalam strategi perniagaan iaitu promosi, harga, tempat dan produk. Dengan itu, usahawan muda berpotensi meningkatkan permintaan agregat dan meluaskan pasaran hingga ke peringkat global. Tuntasnya, pembudayaan keusahawan membolehkan usahawan yang inovatif dan kreatif menggemblengkan idea dan tenaga serta memanfaatkan potensi, reputasi dan sumber yang ada untuk kemajuan ekonomi Negara. Sidang pendengar, pendokong kemajuan. Indikator yang kedua, di bawah nirmala kata pemantapan budaya keusahawanan mendorong generasi muda untuk mengurus semula keuntungan dengan budaya menabung seterusnya melabur kerana budaya keusahawanan itu sendiri menerap nilai berjimat-cermat dan sediakan payung sebelum hujan. Usahawan muda yang berjaya mestilah bijak membuat belanjawan daripada setiap keuntungan yang diperoleh dan memperuntukkan sebahagiannya untuk tabungan. Menurut teori Ekonomi Keynes, kita menggunakan wang untuk tiga tujuan, perbelanjaan terhadap barang-barang dan perkhidmatan, awasan terhadap perkara luar jangka serta spekulasi atau pelaburan iaitu menambah nilai wang yang sedia ada.Ahaaaa….jangan jadikan peluang pelaburan di Permodalan Nasional Berhad sebagai kos lepas. Sidang pendengar,pejuang kecemerlangan. Indikator yang ketiga, dibawah lembayung kata pemantapan budaya keusahawanan membentuk generasi muda yang berfikiran jauh, berani menghadapi risiko serta kuat jati diri. Kata orang, kalau takut dipukul ombak, jangan berumah di tepi pantai. Keberanian golongan muda menceburkan diri dalam bidang keusahawan merupakan sesuatu yang perlu dipuji. Anak pintar merupakan topik yang menarik perhatian ibu bapa, tetapi anak sebagai usahawan muda pintar jarang sekali diketengahkan sebagai landasan asas membina jati diri. Konsep melipatgandakan sumber yang ada perlu dilakukan berterusan oleh generasi muda. Secara tidak langsung, pemantapan budaya keusahawan akan mengatasi masalah pengangguran dan meluaskan peluang pekerjaan seterusnya meningkatkan KDNK dan pendapatan per kapita Negara. Sidang pendengar, harapan Negara. Indikator saya yang keempat, pemantapan budaya keusahawanan mampu mengekang masalah ekonomi seperti mengekang inflasi dan menepati konsep guna tenaga penuh kerana pada yang sama akan memaksimumkan penggunaan sumber. Usahawan muda yang bercita-cita tinggi menganggap persaingan sebagai cabaran dalam menyediakan barangan dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan pengguna. Budaya persaingan mampu meningkatkan kualiti barangan, memberi banyak pilihan serta menurunkan harga. Sebagai contoh, perniagaan menerusi internet yang bersifat interaktif kerana usahawan muda mendengar pendapat dan pandangan pengguna yang boleh diguna pakai dalam penghasilan produk. Sidang pendengar, berpanjikan 1 Malaysia. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di sungai, ayuh kita mantapkan budaya keusahawan sebagai wawasan dan terus majukan diri, kerana yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang. Pemantapan budaya keusahawanan mampu memacu kecemerlangan ekonomi Negara pada marcapada ini. Sekian, Assalamualaikum. http://saifulaswadi.blogspot.my/2012/09/pidato-pemantapan-budaya-keusahawanan_14.html
cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Mesej

Abu Ad Darda lalu berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa melalui jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahnya jalan ke syurga. Sungguh, para Malaikat merendahkan sayapnya sebagai keredhaan kepada penuntut ilmu. Penduduk langit dan bumi hingga ikan yang ada di dasar laut akan mendoakan keampunan kepada orang yang menuntut ilmu. Kelebihan serang alim dibanding ahli ibadah seperti keutamaan rembulan pada malam purnama atas seluruh bintang. Para ulama adalah pewaris para nabi, dan para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanyalah mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya maka ia telah mengambil bahagian yang banyak." (HR Abu Daud No: 3157) Status: Sahih

Pilihan

Search This Blog

UPSR
Sept 2020


PT3(Geografi)
Julai 2020


PT3(Sejarah)
Mei 2020


PT3(Lisan Tutur)
April 2020

PT3(Lisan BM)
Ogos 2020

PT3(Lisan BI)
Ogos 2020

Ujian Bertulis PT3
Okt 2020


SPM
Dis 2020