My Muhasabah Diary.
to Share my Life Reflections
Showing posts with label ASMAUL HUSNA. Show all posts
Showing posts with label ASMAUL HUSNA. Show all posts

risalah doa pelajar





cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Bicara hati aidilfitri

🌷Doa Bicarahati Sempena Menyambut Perayaan Aidil Fitri :

🌷 Allahumma Ya Rahman Ya Rahim, rahmati dan restuilah kami semua menjelang Aidil Fitri kali ini. Ya Rahman Ya Rahim, terimalah ibadah puasa ini sebagai ibadah orang2 soleh yang layak dicatit di dalam buku catitan amal dan layak diletak di atas timbangan amal.

🌹 Allahumma Ya Afuw Ya Ghaffar Ya Tawwab Ya Quddus Ya Jalil, maafkanlah, ampuni dan terimalah taubat kami sekiranya ada kesilapan dan kelalaian kami dalam mengingatMu dan beribadah kepadaMu sepanjang Ramadhan ini, maaflah kami sekiranya di bulan yang mulia ini, kami telah cemari dengan perkara2 yang tidak baik disisiMu. Ya Quddus Ya Jalil, jadikan Ramadhan ini bulan penyucian bagi hati2 kami dengan penyucian yang sempurna. Sucikan hati2 kami dari segala penyakit hasad dan dengki, benci dan dendam antara kami, dosa2, berhala dunia dan makhluq, kotoran syirik dan syaitan.

🍁 Ya Mu’id, Ya Quddus, Ya Karim Yang maha mengembalikan dan Maha Mulia, kembalikan kami kepada fitrah kami yang Engkau Ya Khaliq ciptakan roh kami sebelum ini iaitu Fitrah yang suci yang dicelup dengan 99 sifat kemuliaan untuk membolehkan kami menjadi abdi dan khadamMu sebenar2 abdi dan khadam di mukabumi ini.

🌼Ya Majid, Ya Hamid, Ya Latif, Ya Halim, Ya Sobur, Ya Syakur, Ya Wahab, Ya Fatah, Ya Afuw, Alirkan dalam jiwa ini sifat2 Mulia iaitu budi pekerti mulia dan sifat terpuji sepertimana yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

🌴 Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq, Pancarkanlah cahaya kebenaran kepada kami agar kami dapat hidup sebagaimana yang ditunjukkan oleh NabiMu, hidup untuk memberi, hidup untuk berbakti dan berkorban. Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin, kurniakan kami kekuatan untuk menzakatkan fitrah kemuliaan yang telah Engkau masukkan dalam jiwa ini kepada ummat manusia utk membawa manusia mengesakanMu, beriman kepadaMu, sujud kepadaMu dan berbakti demiMu.

💐 Allahumma Ya Baaqi Ya Qoreeb yang Maha Kekal, Yang Maha Dekat, sebagaimana Engkau kurniakan kami kedekatan denganMu sepanjang Ramadhan ini, kekalkanlah kedekatan itu sehingga akhir hayat kami agar dengan kedekatan itu, kami sentiasa dalam petunjuk, redha dan agendaMu.

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Memaafkan ibu bapa

Assalamualaikum. Kepada insan yang bergelar anak, termasuklah saya. Kadang kala kita mendengar teori2 yg mengatakan sikap kita jadi begitu dan begini kerana faktor persekitaran di rumah ketika kita membesar. Tentulah faktor itu merujuk kepada pelbagai perkara dan salah satunya adalah 'sikap ibuayah' kita. Maka, anak akan cenderung utk 'blame' atau menyalahkan ibubapa di atas kesilapan atau kekurangan mereka semasa membesarkan kita.

Wahai insan yang bergelar anak, sudah2lah kita menyalahkan ibubapa kita. Mereka tidak sempurna, tiada manusia yg sempurna. Manusia sering mencari kesempurnaan drpd manusia lain. Anak mencari kesempurnaan drpd ibubapa. Ibubapa mencari kesempurnaan drpd anak2. Suami mencari kesempurnaan drpd isteri. Isteri mencari kesempurnaan drpd suami.

Tahukah anda bahawa yg sempurna itu hanya Allah Ya Quddus. Allah Maha Sempurna sehinggakan apa yg ditaqdirkan Allah Ya Qodir Ya Muqtadir dalam hidup kita semuanya sempurna. HambaNya lah yang jahil yg seringkali tidak mampu memahami kesempurnaan Allah.

Wahai insan yang bergelar anak, sekiranya masih ada saki baki menyalahkan ibubapa di atas apa yg berlaku kpd anda hari ini, marilah kita memohon energy memaafkan dari Allah swt Ya 'Afuww (Yang Maha Pemaaf dan Maha Memberi Daya Memaafkan)

Bicarahati memaafkan ibubapa:

Allahumma Ya Affuw Yang Maha Pemaaf, kami mohon kepadaMu sebagaimana hebatnya sifat pemaafMu kepada kami yang sangat banyak melakukan kesilapan, tetapi Engkau Ya Affuw terus memaafkan kami dan memberi segala nikmatMu Ya Rahman Ya Rahim tidak putus2, kami mohon daya untuk memaafkan ibubapa kami selama kami berada bersama mereka. Sesungguhnya mereka melakukan kesilapan kepada kami bukan atas kehendak mereka, tetapi kerana mereka tidak mengenalMu Ya Allah, maka maafkanlah mereka dan masukkan dalam jiwa kami rasa untuk memaafkan mereka, dan Ya Quddus Ya Jalil, sucikan hati2 dan fikiran kami dari benci dan dendam kepada kedua ibubapa kami walau sezarahpun kerana Engkau melarang kami membenci dan mendendam apatah lagi kepada ibubapa kami yang banyak berkorban utk kami. Ya Allah Ya Fattah Ya Rozzaq Ya Karim, hadiahkanlah mereka syurgaMu tanpa Engkau hisab mereka. Ya Rahman Ya Rahim Ya Wajid Ya Jami', pertemukan dan satukan kami di syurga dengan ibubapa kami.

******

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Doa orang yang sedang diuji

DOA BICARAHATI KEPADA ORANG YANG SEDANG DIUJI

Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Saami’ sesungguhnya Engkau Maha Pengasih Maha Penyayang lagi Maha mendengar. Dengarkanlah bicarahati kami kepadaMu pada saat ini. Ya Rahman Ya Rahim rahmatilah pesakit dan warisnya ini.Ya Allah Ya Malik Ya Malikul Mulk sesungguhnya Engkau pemilik sekalian alam. Diri kami ini milikMu, tubuh ini milikMu. Engkaulah penguasa sekalian alam. Hatta diri kami berada dalam penguasaanMu. Jantung ini didegupkan olehMu Ya Muhyi setiap saat dan ketika. Darah terus mengalir dalam saliran darah kami dialirkan olehMu Ya Waaliy Ya Wakil Ya Baari' yang Maha Mengurus, Maha Mentadbir dan Maha Mengatur. Udara terus dimasukkan olehMu Ya Fattah Ya Muhyi ke dalam rongga pernafasan dan paru-paru kami agar kami dapat terus menghirup udaraMu.

Ya Allah sesungguhnya tiada sesuatu pun yang berlaku di dunia ini yang tidak diketahui olehMu kerana Engkau Ya 'Alim yang Maha Mengetahui. Engkau mengetahui apa yang sedang berlaku pada keluarga ini pada saat ini. Ya Allah tidak ada sesuatupun yang berlaku di dunia ini yang terlepas daripada pandanganMu kerana Engkau Ya Basir Yang Maha melihat sentiasa melihat makhlukMu.

Sesungguhnya Engkau memandang keluarga ini setiap saat tidak pernah melepaskan pandanganMu daripada mereka. Ya Allah sesungguhnya Engkau Ya Sami' mendengar setiap rintihan hambaMu, apa yang dibisikkan oleh hambaMu, tiada satu pun keluhan yang terlepas daripada pendengaranMu. Maka Ya Allah, dengarilah rintihan keluarga ini pada saat ini. Hanya Engkaulah tempat kami mengadu dan meminta pertolongan Ya Allah Ya Somad. Ya Allah Ya Salaam Ya Fattah kurniakanlah kesejahteraan dan kesihatan buat hambaMu ini dan bukakan jalan penyembuhan buatnya.

Ya Allah Ya Kholiq Ya Rahman Ya Rahim sesungguhnya kami ini dicipta olehMu dengan penuh kasih sayangMu. Engkau mendegup jantung kami Ya Muhyi kerana kasih sayangMu. Engkau mengalirkan darah dalam saliran darah kami kerana kasih sayangMu. Engkau Ya Waaliy Ya Wakil Ya Baari' mengurus setiap organ dalam tubuh kami kerana kasih sayangMu. Kamilah hambaMu yang lalai dan lupa selama ini kerana terhijabnya kami denganMu.

Kami sering membalas pemberianMu, kurniaanMu kepada kami dengan kelalaian, dosa dan maksiat. Kami tidak mampu merasai kasih sayangMu dan kami tidak mampu membalas kasih sayangMu. Maafi kami ampuni kami Ya 'Afuww Ya Ghaffar Ya Tawwab.
Ya Allah Ya Mu'id kami akan kembali kepadaMu. Kehidupan di dunia ini hanyalah sementara, akhirat itulah kehidupan yang kekal abadi.

Jasad ini akan berhenti di sini, akan mati dan bersemadi di dalam tanah, namun roh kami tidak akan mati. Roh kami akan dibawa berjumpa denganMu di alam barzakh dan di hari akhirat. Maka kami mohon kepadaMu Ya Allah Ya Salaam kesejahteraan jasad dan roh kami, sejahterakanlah kehidupan kami di alam barzakh, di mahsyar dan di syurgaMu.
Sesungguhnya ujian sakit ini datang dariMu kerana kasih dan sayangMu ya Rahman Ya Rahim.

Engkau tidak pernah menzalimi hamba2Mu kerana Engkau sangat kasih kepada setiap ciptaanMu, tidak sesekali Engkau akan menyakiti hamba2Mu. Kamilah hambaMu yang jahil yang seringkali tidak mampu memahami taqdir kasih sayangMu. Ketika Kau menguji kami dengan ujian kesakitan, hakikatnya Engkau sedang membentangkan jalan ke syurga buat hamba2 pilihanMu. Ujian ini merupakan penyucian dariMu Ya Quddus Ya Jalil buat roh kami.

Ujian ini juga merupakan tarikan kasih dariMu Ya Mu'id Ya Rahman Ya Rahim. Sesungguhnya Engkau Ya Quddus Ya Karim Maha suci dan Maha Mulia, ketika Engkau ingin menarik hamba pilihanMu dekat denganMu, maka Engkau menyucikan kami agar dpt sentiasa dekat denganMu. Maka Ya Allah Ya Qodir Ya Muqtadir Ya Sobur, kurniakanlah redha dan sabar buat pesakit dan warisnya dalam menghadapi ujian ini.

Sesungguhnya Engkau mengangkat darjat hamba2Mu yang redha dan sabar terhadap ujianMu Ya Rofi’ Ya 'Aliy Ya Muta'aliy dan meletakkan kedudukan mereka sangat istimewa di sisiMu. Ganjaran redha dan sabar ini terlalu mulia dan istimewa sehingga engkau menyediakannya di syurgaMu kelak.

Maka Ya Allah Ya 'Aziz Ya Qowiy Ya Matin, kurniakan mereka kekuatan dan ketabahan jiwa dalam menghadapi saat2 ini. Ya Allah jadikanlah ujian ini sebagai jalan utk mereka lebih mendekatkan diri denganMu Ya Qoreeb dan lebih bergantung penuh kpdMu Ya Ahad Ya Wahid Ya Somad.

Ya Hafiz Ya Muhaimin lindungi kami drpd bersangka buruk terhadapMu sedangkan Engkau Ya Rahman Ya Rahim Ya Rouf Ya Karim kasih sayangMu tidak pernah berhenti dan bertepi buat hamba2 ciptaanMu. Engkau pemilik kasih sayang maka kasihanilah kami di dunia, alam barzakh dan di hari akhirat.

Ya Fattah Ya Barr Ya Karim masukkan sentiasa persangkaan baik kami terhadapMu walau apa jua agendaMu buat kami. Kami yakin Engkau sdg memuliakan seluruh keluarga ini dan sedang mendakap mereka dgn rangkulan kasih sayang dan cintaMu Ya Wadud.

Maka Ya Allah Ya Fattah Ya Razzaq Ya Karim hadiahkanlah insan2 yang Engkau muliakan ini dgn ganjaran keindahan cintaMu dan syurga abadiMu di atas redha dan sabar mereka menghadapi ujian ini. Lindungilah mereka Ya Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin drpd azab api nerakaMu ya Muntaqim.

Ya Allah Ya Fattah permudahkan urusan rawatan yang sedang dijalani pada saat ini. Ya Rahman Ya Rahim Ya Wahhab Ya Karim datangkanlah segala bantuanMu utk rawatan ini dan juga bantuanMu utk jiwa kami. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Wahhab Ya Karim bantulah seluruh keluarga ini dalam urusan ibadah, pekerjaan dan kehidupan mereka.

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Mesej

Abu Ad Darda lalu berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa melalui jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahnya jalan ke syurga. Sungguh, para Malaikat merendahkan sayapnya sebagai keredhaan kepada penuntut ilmu. Penduduk langit dan bumi hingga ikan yang ada di dasar laut akan mendoakan keampunan kepada orang yang menuntut ilmu. Kelebihan serang alim dibanding ahli ibadah seperti keutamaan rembulan pada malam purnama atas seluruh bintang. Para ulama adalah pewaris para nabi, dan para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanyalah mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya maka ia telah mengambil bahagian yang banyak." (HR Abu Daud No: 3157) Status: Sahih

Search This Blog

UPSR
Sept 2020


PT3(Geografi)
Julai 2020


PT3(Sejarah)
Mei 2020


PT3(Lisan Tutur)
April 2020

PT3(Lisan BM)
Ogos 2020

PT3(Lisan BI)
Ogos 2020

Ujian Bertulis PT3
Okt 2020


SPM
Dis 2020