Bicara hati aidilfitri
August 05, 2018🌷Doa Bicarahati Sempena Menyambut Perayaan Aidil Fitri :
🌷 Allahumma Ya Rahman Ya Rahim, rahmati dan restuilah kami semua menjelang Aidil Fitri kali ini. Ya Rahman Ya Rahim, terimalah ibadah puasa ini sebagai ibadah orang2 soleh yang layak dicatit di dalam buku catitan amal dan layak diletak di atas timbangan amal.
🌹 Allahumma Ya Afuw Ya Ghaffar Ya Tawwab Ya Quddus Ya Jalil, maafkanlah, ampuni dan terimalah taubat kami sekiranya ada kesilapan dan kelalaian kami dalam mengingatMu dan beribadah kepadaMu sepanjang Ramadhan ini, maaflah kami sekiranya di bulan yang mulia ini, kami telah cemari dengan perkara2 yang tidak baik disisiMu. Ya Quddus Ya Jalil, jadikan Ramadhan ini bulan penyucian bagi hati2 kami dengan penyucian yang sempurna. Sucikan hati2 kami dari segala penyakit hasad dan dengki, benci dan dendam antara kami, dosa2, berhala dunia dan makhluq, kotoran syirik dan syaitan.
🍁 Ya Mu’id, Ya Quddus, Ya Karim Yang maha mengembalikan dan Maha Mulia, kembalikan kami kepada fitrah kami yang Engkau Ya Khaliq ciptakan roh kami sebelum ini iaitu Fitrah yang suci yang dicelup dengan 99 sifat kemuliaan untuk membolehkan kami menjadi abdi dan khadamMu sebenar2 abdi dan khadam di mukabumi ini.
🌼Ya Majid, Ya Hamid, Ya Latif, Ya Halim, Ya Sobur, Ya Syakur, Ya Wahab, Ya Fatah, Ya Afuw, Alirkan dalam jiwa ini sifat2 Mulia iaitu budi pekerti mulia dan sifat terpuji sepertimana yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
🌴 Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq, Pancarkanlah cahaya kebenaran kepada kami agar kami dapat hidup sebagaimana yang ditunjukkan oleh NabiMu, hidup untuk memberi, hidup untuk berbakti dan berkorban. Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin, kurniakan kami kekuatan untuk menzakatkan fitrah kemuliaan yang telah Engkau masukkan dalam jiwa ini kepada ummat manusia utk membawa manusia mengesakanMu, beriman kepadaMu, sujud kepadaMu dan berbakti demiMu.
💐 Allahumma Ya Baaqi Ya Qoreeb yang Maha Kekal, Yang Maha Dekat, sebagaimana Engkau kurniakan kami kedekatan denganMu sepanjang Ramadhan ini, kekalkanlah kedekatan itu sehingga akhir hayat kami agar dengan kedekatan itu, kami sentiasa dalam petunjuk, redha dan agendaMu.