Memaafkan ibu bapa
August 05, 2018Assalamualaikum. Kepada insan yang bergelar anak, termasuklah saya. Kadang kala kita mendengar teori2 yg mengatakan sikap kita jadi begitu dan begini kerana faktor persekitaran di rumah ketika kita membesar. Tentulah faktor itu merujuk kepada pelbagai perkara dan salah satunya adalah 'sikap ibuayah' kita. Maka, anak akan cenderung utk 'blame' atau menyalahkan ibubapa di atas kesilapan atau kekurangan mereka semasa membesarkan kita.
Wahai insan yang bergelar anak, sudah2lah kita menyalahkan ibubapa kita. Mereka tidak sempurna, tiada manusia yg sempurna. Manusia sering mencari kesempurnaan drpd manusia lain. Anak mencari kesempurnaan drpd ibubapa. Ibubapa mencari kesempurnaan drpd anak2. Suami mencari kesempurnaan drpd isteri. Isteri mencari kesempurnaan drpd suami.
Tahukah anda bahawa yg sempurna itu hanya Allah Ya Quddus. Allah Maha Sempurna sehinggakan apa yg ditaqdirkan Allah Ya Qodir Ya Muqtadir dalam hidup kita semuanya sempurna. HambaNya lah yang jahil yg seringkali tidak mampu memahami kesempurnaan Allah.
Wahai insan yang bergelar anak, sekiranya masih ada saki baki menyalahkan ibubapa di atas apa yg berlaku kpd anda hari ini, marilah kita memohon energy memaafkan dari Allah swt Ya 'Afuww (Yang Maha Pemaaf dan Maha Memberi Daya Memaafkan)
Bicarahati memaafkan ibubapa:
Allahumma Ya Affuw Yang Maha Pemaaf, kami mohon kepadaMu sebagaimana hebatnya sifat pemaafMu kepada kami yang sangat banyak melakukan kesilapan, tetapi Engkau Ya Affuw terus memaafkan kami dan memberi segala nikmatMu Ya Rahman Ya Rahim tidak putus2, kami mohon daya untuk memaafkan ibubapa kami selama kami berada bersama mereka. Sesungguhnya mereka melakukan kesilapan kepada kami bukan atas kehendak mereka, tetapi kerana mereka tidak mengenalMu Ya Allah, maka maafkanlah mereka dan masukkan dalam jiwa kami rasa untuk memaafkan mereka, dan Ya Quddus Ya Jalil, sucikan hati2 dan fikiran kami dari benci dan dendam kepada kedua ibubapa kami walau sezarahpun kerana Engkau melarang kami membenci dan mendendam apatah lagi kepada ibubapa kami yang banyak berkorban utk kami. Ya Allah Ya Fattah Ya Rozzaq Ya Karim, hadiahkanlah mereka syurgaMu tanpa Engkau hisab mereka. Ya Rahman Ya Rahim Ya Wajid Ya Jami', pertemukan dan satukan kami di syurga dengan ibubapa kami.
******