My Muhasabah Diary.
to Share my Life Reflections
Showing posts with label PERSATUAN. Show all posts
Showing posts with label PERSATUAN. Show all posts

PERSATUAN GURU STEM MALAYSIA

Alhamdulillah, saya telah menyiapkan laman blog untuk persatuan guru stem malaysia.
selaku EXCO digital, ICT dan Multimedia, saya akui bahawa bidang ini masih baru bagi saya. 
segala penambahbaikan amat saya harapkan.





cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

25 Cadangan Hadiah Yang Memang Sesuai Untuk Diberikan Kepada Lelaki Dan Majoriti Mereka Akan ''Happy'' Jika Terima Hadiah Ini






Ramai wanita diluar sana pasti buntu apabila mahu membelikan hadiah untuk teman lelaki atau suami tersayang, mana tidaknya lelaki ini mana boleh beli hadiah 'sweet-sweet' kepada mereka.

Kebanyakkam lelaki ini suka akan barang keperluan dan kena dengan hobi mereka, apa mereka suka? jom kita baca perkongsian Dr. Aen ini. Majoriti lelaki memang suka hadiah ini.

1. Wallet. Belikanlah untuk dia wallet baru. Depa ini banyak yang jenisnya selagi wallet tak hancur, selagi itulah dia pakai.

- Jenama wallet yang aku suka, Kauffman kat House of Leather. Ada yang RM100++.

2. Perfume. Bukan nak kata depa ni busuk, tapi depa ni kekadang tak sedar yang penting gak benda ni. Perempuan suka benda wangi kakaka.

- Setakat aku hidup, ada 2 perfume yang aku suka. Not too strong. BOSS (RED), Gucci Guilty (Eau De Toilette).

3. Tali pinggang. Ini pun sama kes macam wallet. Selagi tak putus dua, kepala tak tercabut, selagi tu dia pakai. Beli jenis yg dia pakai.

4. Stokin. Jangan hekeleh sangat. Kau pi tanya dia, stokin dia semua berpasang-pasangan tak? Kalau dah kahwin kau boleh jaga. Kalau tak?

5. Kemeja kosong. Kalau rasa laki agak buncit, jangan beli slim fit ala-ala kpop. Senak perut dia satgi. Beli regular fit.

6. Baju Melayu. Aku akan terpromote Gene Martino. Tapi tahukah anda, depa ada 100 pilihan warna dan kain yang sedap dipakai?

7. CD/DVD band kesukaannya. Lebih-lebih lagi limited edition punya. Fulamak! Kalau dia dapat, pasti dia rasa nak lambung-lambung awak tau!

8. Earphone. Yang bunyi bassnya superb. Kasihanlah dia, earphone original yang datang dengan phone itu dah nak putus dah atau putih dah jadi kuning.

9. External keyboard dan juga mouse. Pertama, design kena gempak. Kedua, hanya gamers yang memahami benda ini. External keyboard is bae okay!

10. Shaver. Yang paling lawa dalam kedai itu. Percayalah yang shaver sedia ada untuk cukur misai dia dah tumpul tetapi dia dok tonyoh² juga.

11. Boxer. Ini kalau awak jenis berani. Hahaha! Saya dah kahwin tak apa. Sebab? Ah, dah kahwin nanti awak check sendiri.

12. Pisau canggih. Awak tahu tak, tak semua lelaki nak masuk dapur. Tetapi kadang-kadang bila masuk dapur, demand pisau untuk dia guna seorang.

- Aku tak tau la jenis nak berangan duk dalam Hell's Kitchen ke apa. Tapi seems like it. So, hadiah tu boleh jadi warning supaya tak gatal

13. PS4. Kalau duit banyak, nak dia happy macam pergi bulan, PS4 la, apa lagi? Tapi jangan sedih kalau diketepikan, okay? LOL

14. GoPro. Anda akan menukar si dia yang tak suka selfie kepada lelaki yang suka berselfie. Bolehlah awak join sekali nanti. Nak acah-acah adventure pun boleh.

15. Buku/Novel/Manga. Sesuai untuk ulat buku. Ushar-usharlah dia suka baca apa.

16. Action figure/Collectible items. Diorang nak beli tetapi rasa macam tiada kepentingan. Jadi tugas andalah untuk mengembirakan dia. Well, kids kan.

17. Sapu tangan. Simple tetapi sangat dikira sebagai mengambil berat. Sejuk hati dia bila panas, dapat lap peluh guna sapu tangan yang awak bagi.

18. Lunch Box. Untuk bekal ke tempat kerja. Nak lagi power, masukkan lunch sekali. Jangan bagi Tupperware, ada risiko nak hilang. Hahaha!

19. Jam tangan. Hampir terlupa. Sesungguhnya lelaki amat suka jam tangan (tak semua). Walaupun boleh tengok jam kat phone, feeling tu lain

-Tips nak murah, cari kat Lazada. Laki aku tu, jam tu sebagai tanda dia dah kahwin. Dia mana suka pakai cincin

20. Backpack. Untuk kaki travel/sport. Kat Decathlon ada yang murah dan berkualiti. Siapa suka barang2 sport boleh pi Bandar Sri Damansara
Translate from Indonesian

21. Kasut formal kulit/sukan. Kalau dia pengumpul kasut sukan LE, rajin-rajin la ushar. Dia akan RT la biasanya. Hint la tu haha.

22. Jersey. Team bola sepak yang dia suka. Yang original. Dan yang penting paling latest. Mesti dia pakai taknak cabut haha.

23. Keyholder. Untuk lelaki berkerjaya yang kena keep banyak kunci. Amat sesuai untuk ayah ayah.

24. Tools box. Yang ada screwdriver etc. Kot kot kalau hang tak betul dia nak tolong ketatkan skru kat otak ke haha

25. Topi (optional). Sebabnya kan sedih tau topi dia tak pernah berbasuh. Kalau cicak sesat kat dalam, berbuih mulut dia.

Siakapkeli.my

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

9 Idea Hadiah Untuk Teman Istimewa Anda!

9 Idea Hadiah Untuk Teman Istimewa Anda!

Pecinta makanan, simple dan lakukan sesuatu perkara dengan 100%
9 Idea Hadiah Untuk Teman Istimewa Anda!
Pelbagai cara untuk menghargai orang yang tersayang dan salah satunya dengan memberikan hadiah kepada mereka!
Tetapi mesti anda tidak tahu ingin berikan apa bukan? Jangan gusar, terdapat pelbagai cara dan jenis hadiah untuk anda berikan, sama ada dengan Do It Yourself (DIY) mahupun membelinya.
Faktor utama, jika anda ingin berikan kepada orang tersayang, yang penting adalah ikhlas dalam pemberian itu. Jadi, mari lihat sembilan idea ini untuk berikan anda titik permulaan untuk melakukan sedemikian:
1.  Gambar 
Nan Lawson
Sumber Foto: Nan Lawson
Berikan gambar lama bersama, lukisan karikatur mahupun gambar di luar atau dalam studio, tiada apa yang anda tidak boleh berikan.
  • Gambar lama! Buat atau beli bingkai kecil, ataupun cetak jadi saiz polaroid.
  • Jika untuk karikatur, minta pertolongan rakan seni anda untuk lukiskan gambar kamu berdua.
  • Kalau anda inginkan gambar di luar atau di dalam studio, tidak perlu sebesar bingkai gambar keluarga, ikut kemampuan anda, walaupun kecil (mudah untuk letak dalam dompet), asalkan ia sesuatu yang bermakna buat anda berdua.
2. Kolaj
9baa523969b576c67da3fcdc67e578d6
Gambar Hiasan
Tidak sia-sia kelas seni yang anda belajar masa sekolah rendah! Gunakan teknik kolaj sama ada menggunakan gambar, tiket wayang anda tonton bersama, resit dan lain-lain. Digalakkan mula secara kecil-kecilan, tetapi jika target anda untuk lakukan kolaj yang besar, kumpul dan lekatkan ia dengan kemas dan lawa.
3. Permainan Buatan Sendiri
Gambar Hiasan
Gambar Hiasan: glo.msn.com
Siapa lah yang tidak pernah main permainan Monopoly kan? Mungkin anda boleh reka semula dan tukar namanya jadi ‘Loveoply’! Tukar ayat yang berada di papan permainan itu dengan memori anda besama, ataupun ambil ilham daripada permainan snake seperti gambar di atas.
4. Jurnal atau Buku Cerita!
il_570xN.738983800_i0ut
Tidak perlu terbitkan sebuah novel! Lakukan dengan ringkas, dan ia adalah perkara bonus jika anda reti melukis. Ini kerana anda boleh buat satu jalan cerita tentang bagaimana anda berjumpa buat pertama kali serta kenangan manis bersama-sama.
Oh mungkin boleh beli satu buku jurnal dan letakkan quotes, ataupun cerita di muka surat yang anda pilih. Baru ada elemen kejutan dan membuatkan orang tersayang anda terharu!
5. Puzzle
3
Pilih gambar yang terbaik anda berdua dan buat puzzle daripada gambar tersebut. Anda boleh hantarkan ke kedai, ataupun print dan potong mengikut ukuran yang anda mahu. Jadikan ia sebagai satu aktiviti bersama, apabila anda selesai, letakkannya ia di dalam bingkai gambar.
6. Kalendar
Screenshot 2015-08-17 15.21.03
Simpan memori dengan kalendar yang dibuat sendiri. Sama ada anda rekanya dengan Adobe Photoshop mahupun tangan, idea ini sangat mudah dan boleh dilakukan pada setiap bulan. Dengan ini, anda boleh kenang kembali dan menambah topik kepada perbualan anda ketika berjumpa.
7. Buku dan Abjad
afadfafa
Tuliskan setiap abjad dan di muka surat belakang, letakkan ayat manis ataupun kenangan yang anda lalui bersama. Walaupun nampak ringkas, tapi ia memberikan impak yang besar kerana anda meluahkan isi hati anda melaui cara ini!
8. Senarai ‘Sebab Saya Cintakan Awak’
8
Mesti ada beribu sebab yang anda ingin ungkapkan kepada pasangan anda. Sekarang inilah masanya! Ikut kreativiti anda sama anda ingin letakkan sedikit lukisan ataupun hanya menulis senarai (seperti topik sebab 101). Pasangan anda sendiri akan tersengih ketika melihat semua itu, dan andalah yang penyebab senyuman manis itu.
9. Buatkan Mix CD Untuk Si Dia!
9
Tidak semua ada bakat untuk meluahkan melalui perkataan, dengan pilihan lagu anda mampu meluahkan rasa cinta terhadap si dia. Pilih lagu kegemaran anda atau si dia, dan mungkin lagu kegemaran anda bersama! Anda juga boleh menambah suara anda ke dalam mix cd itu sebelum atau selepas setiap lagu untuk memberikan sentuhan personal.
Kecil atau besar, asalkan hadiah ini bermakna untuk anda berdua! Selamat mencuba dan hargai teman istimewa atau rapat anda dengan sembilan idea ini.

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Mesej

Abu Ad Darda lalu berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa melalui jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahnya jalan ke syurga. Sungguh, para Malaikat merendahkan sayapnya sebagai keredhaan kepada penuntut ilmu. Penduduk langit dan bumi hingga ikan yang ada di dasar laut akan mendoakan keampunan kepada orang yang menuntut ilmu. Kelebihan serang alim dibanding ahli ibadah seperti keutamaan rembulan pada malam purnama atas seluruh bintang. Para ulama adalah pewaris para nabi, dan para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanyalah mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya maka ia telah mengambil bahagian yang banyak." (HR Abu Daud No: 3157) Status: Sahih

Search This Blog

UPSR
Sept 2020


PT3(Geografi)
Julai 2020


PT3(Sejarah)
Mei 2020


PT3(Lisan Tutur)
April 2020

PT3(Lisan BM)
Ogos 2020

PT3(Lisan BI)
Ogos 2020

Ujian Bertulis PT3
Okt 2020


SPM
Dis 2020