My Muhasabah Diary.
to Share my Life Reflections

9 Idea Hadiah Untuk Teman Istimewa Anda!

9 Idea Hadiah Untuk Teman Istimewa Anda!

Pecinta makanan, simple dan lakukan sesuatu perkara dengan 100%
9 Idea Hadiah Untuk Teman Istimewa Anda!
Pelbagai cara untuk menghargai orang yang tersayang dan salah satunya dengan memberikan hadiah kepada mereka!
Tetapi mesti anda tidak tahu ingin berikan apa bukan? Jangan gusar, terdapat pelbagai cara dan jenis hadiah untuk anda berikan, sama ada dengan Do It Yourself (DIY) mahupun membelinya.
Faktor utama, jika anda ingin berikan kepada orang tersayang, yang penting adalah ikhlas dalam pemberian itu. Jadi, mari lihat sembilan idea ini untuk berikan anda titik permulaan untuk melakukan sedemikian:
1.  Gambar 
Nan Lawson
Sumber Foto: Nan Lawson
Berikan gambar lama bersama, lukisan karikatur mahupun gambar di luar atau dalam studio, tiada apa yang anda tidak boleh berikan.
  • Gambar lama! Buat atau beli bingkai kecil, ataupun cetak jadi saiz polaroid.
  • Jika untuk karikatur, minta pertolongan rakan seni anda untuk lukiskan gambar kamu berdua.
  • Kalau anda inginkan gambar di luar atau di dalam studio, tidak perlu sebesar bingkai gambar keluarga, ikut kemampuan anda, walaupun kecil (mudah untuk letak dalam dompet), asalkan ia sesuatu yang bermakna buat anda berdua.
2. Kolaj
9baa523969b576c67da3fcdc67e578d6
Gambar Hiasan
Tidak sia-sia kelas seni yang anda belajar masa sekolah rendah! Gunakan teknik kolaj sama ada menggunakan gambar, tiket wayang anda tonton bersama, resit dan lain-lain. Digalakkan mula secara kecil-kecilan, tetapi jika target anda untuk lakukan kolaj yang besar, kumpul dan lekatkan ia dengan kemas dan lawa.
3. Permainan Buatan Sendiri
Gambar Hiasan
Gambar Hiasan: glo.msn.com
Siapa lah yang tidak pernah main permainan Monopoly kan? Mungkin anda boleh reka semula dan tukar namanya jadi ‘Loveoply’! Tukar ayat yang berada di papan permainan itu dengan memori anda besama, ataupun ambil ilham daripada permainan snake seperti gambar di atas.
4. Jurnal atau Buku Cerita!
il_570xN.738983800_i0ut
Tidak perlu terbitkan sebuah novel! Lakukan dengan ringkas, dan ia adalah perkara bonus jika anda reti melukis. Ini kerana anda boleh buat satu jalan cerita tentang bagaimana anda berjumpa buat pertama kali serta kenangan manis bersama-sama.
Oh mungkin boleh beli satu buku jurnal dan letakkan quotes, ataupun cerita di muka surat yang anda pilih. Baru ada elemen kejutan dan membuatkan orang tersayang anda terharu!
5. Puzzle
3
Pilih gambar yang terbaik anda berdua dan buat puzzle daripada gambar tersebut. Anda boleh hantarkan ke kedai, ataupun print dan potong mengikut ukuran yang anda mahu. Jadikan ia sebagai satu aktiviti bersama, apabila anda selesai, letakkannya ia di dalam bingkai gambar.
6. Kalendar
Screenshot 2015-08-17 15.21.03
Simpan memori dengan kalendar yang dibuat sendiri. Sama ada anda rekanya dengan Adobe Photoshop mahupun tangan, idea ini sangat mudah dan boleh dilakukan pada setiap bulan. Dengan ini, anda boleh kenang kembali dan menambah topik kepada perbualan anda ketika berjumpa.
7. Buku dan Abjad
afadfafa
Tuliskan setiap abjad dan di muka surat belakang, letakkan ayat manis ataupun kenangan yang anda lalui bersama. Walaupun nampak ringkas, tapi ia memberikan impak yang besar kerana anda meluahkan isi hati anda melaui cara ini!
8. Senarai ‘Sebab Saya Cintakan Awak’
8
Mesti ada beribu sebab yang anda ingin ungkapkan kepada pasangan anda. Sekarang inilah masanya! Ikut kreativiti anda sama anda ingin letakkan sedikit lukisan ataupun hanya menulis senarai (seperti topik sebab 101). Pasangan anda sendiri akan tersengih ketika melihat semua itu, dan andalah yang penyebab senyuman manis itu.
9. Buatkan Mix CD Untuk Si Dia!
9
Tidak semua ada bakat untuk meluahkan melalui perkataan, dengan pilihan lagu anda mampu meluahkan rasa cinta terhadap si dia. Pilih lagu kegemaran anda atau si dia, dan mungkin lagu kegemaran anda bersama! Anda juga boleh menambah suara anda ke dalam mix cd itu sebelum atau selepas setiap lagu untuk memberikan sentuhan personal.
Kecil atau besar, asalkan hadiah ini bermakna untuk anda berdua! Selamat mencuba dan hargai teman istimewa atau rapat anda dengan sembilan idea ini.

  •  
  •  
cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Mesej

Abu Ad Darda lalu berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa melalui jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahnya jalan ke syurga. Sungguh, para Malaikat merendahkan sayapnya sebagai keredhaan kepada penuntut ilmu. Penduduk langit dan bumi hingga ikan yang ada di dasar laut akan mendoakan keampunan kepada orang yang menuntut ilmu. Kelebihan serang alim dibanding ahli ibadah seperti keutamaan rembulan pada malam purnama atas seluruh bintang. Para ulama adalah pewaris para nabi, dan para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanyalah mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya maka ia telah mengambil bahagian yang banyak." (HR Abu Daud No: 3157) Status: Sahih

Pilihan

Search This Blog

UPSR
Sept 2020


PT3(Geografi)
Julai 2020


PT3(Sejarah)
Mei 2020


PT3(Lisan Tutur)
April 2020

PT3(Lisan BM)
Ogos 2020

PT3(Lisan BI)
Ogos 2020

Ujian Bertulis PT3
Okt 2020


SPM
Dis 2020