Doa orang yang sedang diuji
August 05, 2018DOA BICARAHATI KEPADA ORANG YANG SEDANG DIUJI
Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Saami’ sesungguhnya Engkau Maha Pengasih Maha Penyayang lagi Maha mendengar. Dengarkanlah bicarahati kami kepadaMu pada saat ini. Ya Rahman Ya Rahim rahmatilah pesakit dan warisnya ini.Ya Allah Ya Malik Ya Malikul Mulk sesungguhnya Engkau pemilik sekalian alam. Diri kami ini milikMu, tubuh ini milikMu. Engkaulah penguasa sekalian alam. Hatta diri kami berada dalam penguasaanMu. Jantung ini didegupkan olehMu Ya Muhyi setiap saat dan ketika. Darah terus mengalir dalam saliran darah kami dialirkan olehMu Ya Waaliy Ya Wakil Ya Baari' yang Maha Mengurus, Maha Mentadbir dan Maha Mengatur. Udara terus dimasukkan olehMu Ya Fattah Ya Muhyi ke dalam rongga pernafasan dan paru-paru kami agar kami dapat terus menghirup udaraMu.
Ya Allah sesungguhnya tiada sesuatu pun yang berlaku di dunia ini yang tidak diketahui olehMu kerana Engkau Ya 'Alim yang Maha Mengetahui. Engkau mengetahui apa yang sedang berlaku pada keluarga ini pada saat ini. Ya Allah tidak ada sesuatupun yang berlaku di dunia ini yang terlepas daripada pandanganMu kerana Engkau Ya Basir Yang Maha melihat sentiasa melihat makhlukMu.
Sesungguhnya Engkau memandang keluarga ini setiap saat tidak pernah melepaskan pandanganMu daripada mereka. Ya Allah sesungguhnya Engkau Ya Sami' mendengar setiap rintihan hambaMu, apa yang dibisikkan oleh hambaMu, tiada satu pun keluhan yang terlepas daripada pendengaranMu. Maka Ya Allah, dengarilah rintihan keluarga ini pada saat ini. Hanya Engkaulah tempat kami mengadu dan meminta pertolongan Ya Allah Ya Somad. Ya Allah Ya Salaam Ya Fattah kurniakanlah kesejahteraan dan kesihatan buat hambaMu ini dan bukakan jalan penyembuhan buatnya.
Ya Allah Ya Kholiq Ya Rahman Ya Rahim sesungguhnya kami ini dicipta olehMu dengan penuh kasih sayangMu. Engkau mendegup jantung kami Ya Muhyi kerana kasih sayangMu. Engkau mengalirkan darah dalam saliran darah kami kerana kasih sayangMu. Engkau Ya Waaliy Ya Wakil Ya Baari' mengurus setiap organ dalam tubuh kami kerana kasih sayangMu. Kamilah hambaMu yang lalai dan lupa selama ini kerana terhijabnya kami denganMu.
Kami sering membalas pemberianMu, kurniaanMu kepada kami dengan kelalaian, dosa dan maksiat. Kami tidak mampu merasai kasih sayangMu dan kami tidak mampu membalas kasih sayangMu. Maafi kami ampuni kami Ya 'Afuww Ya Ghaffar Ya Tawwab.
Ya Allah Ya Mu'id kami akan kembali kepadaMu. Kehidupan di dunia ini hanyalah sementara, akhirat itulah kehidupan yang kekal abadi.
Jasad ini akan berhenti di sini, akan mati dan bersemadi di dalam tanah, namun roh kami tidak akan mati. Roh kami akan dibawa berjumpa denganMu di alam barzakh dan di hari akhirat. Maka kami mohon kepadaMu Ya Allah Ya Salaam kesejahteraan jasad dan roh kami, sejahterakanlah kehidupan kami di alam barzakh, di mahsyar dan di syurgaMu.
Sesungguhnya ujian sakit ini datang dariMu kerana kasih dan sayangMu ya Rahman Ya Rahim.
Engkau tidak pernah menzalimi hamba2Mu kerana Engkau sangat kasih kepada setiap ciptaanMu, tidak sesekali Engkau akan menyakiti hamba2Mu. Kamilah hambaMu yang jahil yang seringkali tidak mampu memahami taqdir kasih sayangMu. Ketika Kau menguji kami dengan ujian kesakitan, hakikatnya Engkau sedang membentangkan jalan ke syurga buat hamba2 pilihanMu. Ujian ini merupakan penyucian dariMu Ya Quddus Ya Jalil buat roh kami.
Ujian ini juga merupakan tarikan kasih dariMu Ya Mu'id Ya Rahman Ya Rahim. Sesungguhnya Engkau Ya Quddus Ya Karim Maha suci dan Maha Mulia, ketika Engkau ingin menarik hamba pilihanMu dekat denganMu, maka Engkau menyucikan kami agar dpt sentiasa dekat denganMu. Maka Ya Allah Ya Qodir Ya Muqtadir Ya Sobur, kurniakanlah redha dan sabar buat pesakit dan warisnya dalam menghadapi ujian ini.
Sesungguhnya Engkau mengangkat darjat hamba2Mu yang redha dan sabar terhadap ujianMu Ya Rofi’ Ya 'Aliy Ya Muta'aliy dan meletakkan kedudukan mereka sangat istimewa di sisiMu. Ganjaran redha dan sabar ini terlalu mulia dan istimewa sehingga engkau menyediakannya di syurgaMu kelak.
Maka Ya Allah Ya 'Aziz Ya Qowiy Ya Matin, kurniakan mereka kekuatan dan ketabahan jiwa dalam menghadapi saat2 ini. Ya Allah jadikanlah ujian ini sebagai jalan utk mereka lebih mendekatkan diri denganMu Ya Qoreeb dan lebih bergantung penuh kpdMu Ya Ahad Ya Wahid Ya Somad.
Ya Hafiz Ya Muhaimin lindungi kami drpd bersangka buruk terhadapMu sedangkan Engkau Ya Rahman Ya Rahim Ya Rouf Ya Karim kasih sayangMu tidak pernah berhenti dan bertepi buat hamba2 ciptaanMu. Engkau pemilik kasih sayang maka kasihanilah kami di dunia, alam barzakh dan di hari akhirat.
Ya Fattah Ya Barr Ya Karim masukkan sentiasa persangkaan baik kami terhadapMu walau apa jua agendaMu buat kami. Kami yakin Engkau sdg memuliakan seluruh keluarga ini dan sedang mendakap mereka dgn rangkulan kasih sayang dan cintaMu Ya Wadud.
Maka Ya Allah Ya Fattah Ya Razzaq Ya Karim hadiahkanlah insan2 yang Engkau muliakan ini dgn ganjaran keindahan cintaMu dan syurga abadiMu di atas redha dan sabar mereka menghadapi ujian ini. Lindungilah mereka Ya Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin drpd azab api nerakaMu ya Muntaqim.
Ya Allah Ya Fattah permudahkan urusan rawatan yang sedang dijalani pada saat ini. Ya Rahman Ya Rahim Ya Wahhab Ya Karim datangkanlah segala bantuanMu utk rawatan ini dan juga bantuanMu utk jiwa kami. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Wahhab Ya Karim bantulah seluruh keluarga ini dalam urusan ibadah, pekerjaan dan kehidupan mereka.