My Muhasabah Diary.
to Share my Life Reflections

a deal is sealed!

"A deal is sealed by the way you treat your guest even before they get into the conference room"

"People will never forget how you make them feel"

https://www.facebook.com/share/r/GiYGkdMEpEiEGt7L/?mibextid=qDwCgo

Seminggu sebelum cuti, saya bertungkus Lumus menyediakan kertas kerja, merujuk guru Penolong Kanan, meminta tunjuk ajar kerani kewangan Dan mencari ruang kesempatan untuk memohon kelulusan. Namun, peluang tidak menyebelahi saya. 

Saya mencuba lagi mengintai peluang semasa minggu cuti, malangnya tidak pintu ke pejabat seolah olah tertutup. 

Namun, takdir Allah mengatasi segalanya. Disebalik keluhan bertugas di padang, dibawah terik panas matahari petang, tanpa disangka bersua tanpa sebarang kertas kerja, sehelai sepinggang tanpa persediaan. 

"Layan dengan terbaik"

Alhamdulillah, sangat mengejutkan!
Saya tidak menyangka Allah membuka pintu kepada kegembiraan yang bukan kepalang. 

Satu kesulitan dalam menguruskan pertandingan telah mendapat Sokongan.
Dua persoalan berkaitan kertas kerja yang dirancang telah mendapat jawapan. 
Tiga kisah penambahbaikan padang telah dibincangkan. 

Sungguh, saya amat amat bersyukur. 
Cuma sahaja saya tidak terlintas untuk sujud syukur di tengah padang. 

Setelah beberapa hari, lintasan video pendek ini menggerakkan saya untuk membuat refleksi, Dan menulis disini. 

"A deal is sealed by the way you treat your guest even before they get into the conference room"

"People will never forget how you make them feel"

Subhanallah
Walhamdulillah
Wastaghfirullah




  •  
  •  
cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Mesej

Abu Ad Darda lalu berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa melalui jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahnya jalan ke syurga. Sungguh, para Malaikat merendahkan sayapnya sebagai keredhaan kepada penuntut ilmu. Penduduk langit dan bumi hingga ikan yang ada di dasar laut akan mendoakan keampunan kepada orang yang menuntut ilmu. Kelebihan serang alim dibanding ahli ibadah seperti keutamaan rembulan pada malam purnama atas seluruh bintang. Para ulama adalah pewaris para nabi, dan para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanyalah mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya maka ia telah mengambil bahagian yang banyak." (HR Abu Daud No: 3157) Status: Sahih

Pilihan

Search This Blog

UPSR
Sept 2020


PT3(Geografi)
Julai 2020


PT3(Sejarah)
Mei 2020


PT3(Lisan Tutur)
April 2020

PT3(Lisan BM)
Ogos 2020

PT3(Lisan BI)
Ogos 2020

Ujian Bertulis PT3
Okt 2020


SPM
Dis 2020