Pihak sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu ambil inisiatif menyuarakan pada masyarakat dan pihak luar sekiranya memerlukan sumbangan bagi menampung keperluan.
Ketua Kluster Pendidikan & Pembangunan Modal Insan, Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Zakaria Kasa berkata, sikap hanya menunggu dan berdiam tidak memungkinkan
bantuan seperti dana kewangan, 'datang bergolek'.
"Perlu aktif dan kreatif guna medium ada untuk beritahu pada masyarakat, dekati pihak atau syarikat swasta berpotensi menyumbang. Biasanya jika itu dilakukan barulah mereka
(penyumbang) akan sedia menyumbang.
"Tak kiralah sumbangan diperlukan bentuk kewangan, tenaga, peralatan dan sebagainya, bila tahu ada keperluan baru mereka akan beri (sumbangan)," katanya ketika mengulas berhubung keperluan dana tambahan dan sumbangan kepada pihak sekolah, selain peruntukan sedia ada telah diberikan kerajaan.
Landskap yang cantik menarik lebih ramai pelajar untuk berjemaah di surau.
Beliau tidak menafikan sikap segelintir masyarakat terlalu keberatan apabila hendak menyumbang kepada sekolah apa lagi berkait pendidikan, walaupun anak-anak dibantu itu sebenarnya bakal mencorakkan kehidupan masa depan.
Katanya, itu juga menunjukkan pemikiran masyarakat negara ini belum mencapai tahap seperti di negara barat yang kebanyakan adalah sebaliknya.
"Tapi di negara seperti Thailand dan Singapura, mereka amat positif mengenai keperluan ini. Di Thailand misalnya, penglibatan ibu bapa di sekolah amat banyak. Kedatangan kami ke sekolah di sana juga disambut ibu bapa.
"Di Singapura pula contohnya, ibu bapa kanak-kanak di sana banyak beri bantuan dari segi tenaga untuk mengajar bagi membantu guru semasa di kelas. Berbeza di sini, pendekatan sedemikian sukar dapat dilihat," katanya.
Zakaria
Dalam pada itu, menurutnya pihak sekolah boleh menggunakan sumber setempat dan memanfaatkan media sosial dalam memohon dan menyuarakan keperluan mereka.
Beliau yang juga Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) memberikan contoh, kaedah wakaf banyak membantu masyarakat menyumbang seperti dilakukan di universitinya.
Wakaf tunai
"Tagline ‘wakaf’ dan ‘saham akhirat’ lebih menarik minat orang Islam menyumbang kepada dana sekolah" kata Penolong Pengarah, Unit Dakwah, Sektor Dakwah dan Kepimpinan, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan (KPM), Alhuzaee Sulaiman.
Memberikan contoh, menurutnya surau sekolah indah, ceria dan berinformasi menarik minat pelbagai pihak hadir beribadah.
Namun disebabkan kekangan kewangan, kadangkala ia tidak dapat diurus baik.
Pernahkah kita terfikir menderma secara sukarela kepada tabung surau sekolah agar sesuatu bermanfaat dapat dijalankan demi kebaikan anak-anak kita?
Alhuzee
Alhuzaee berkata, terdapat sekolah berjaya mengumpul sumbangan melalui idea kreatif tanpa bermodal besar.
“Di bawah jawatankuasa surau sebuah sekolah menengah di Kurau, Perak misalnya, mereka berjaya menggerakkan tabung sumbangan hanya 10 sen pada tiap Jumaat daripada setiap pelajar.
"Jika terdapat 800 pelajar, jadi setiap minggu RM80 dapat dikumpul. Kalau empat minggu, sudah RM320 terkumpul. Itu jika sekolah kecil, jika sekolah lebih besar, senang-senang sahaja dapat sumbangan lebih daripada itu,” katanya.
Menurutnya bagi pelaksanaan kaedah sedemikian, konsep infak untuk ‘tabung akhirat’ (pahala) diterapkan kalangan pelajar.
Tambahan nilai kecil 10 sen tidak begitu dirasai, namun jadi besar apabila dikumpulkan secara beramai-ramai.
Katanya, usaha itu juga untuk mendidik pelajar membuang sifat bakhil.
Koperasi mampu bantu dana sekolah.
Menurutnya, program wakaf juga sangat membantu pembangunan fizikal dan keceriaan sekolah. Peluang mewakafkan wang tunai perlu dibuka agar seluruh warga sekolah serta ibu
bapa mewakafkan harta di jalan ALLAH.
Alhuzaee memberikan contoh, surau di sekolah yang indah memberi impak baik kepada penghayatan Islam, penurunan kes salah laku dan peningkatan akademik dapat dilihat
melalui melalui pembentangan pihak pentadbiran sekolah semasa pertandingan surau dilaksanakan.
"Pengurusan kewangan cekap dan telus juga mampu menarik orang ramai menyumbang ke tabung surau sekali gus manambah dana surau sekolah," katanya.
TIP KUMPUL DANA SEKOLAH
1. Guna laman sosial seperti Facebook, WhatsApp, Frog VLE, Twitter, Instagram dan Sync sebagai medium suarakan permohonan bantuan yang diperlukan oleh pihak sekolah.
2. Karnival Fundathon
3. Sumbangan PIBG
4. Jogathon amal
5. Kad Derma Jogathon
6. Program kitar semula
7. Hari kantin
8. Koperasi sekolah
9. Jualan amal seperti pakaian, buku dan barangan
10. Sumbangan pihak swasta/individu
11. Sumbangan alumni
12. Surat permohonan sumbangan
13. Majlis amal makan malam
14. Sumbangan penaja program
15. Tabung sekolah
16. Sertai pelbagai pertandingan
Kuiz ramadhan
May 21, 2019RAMADHAN:
Sila jawab soalan yang diberikan ;
1. Berpuasa di bulan Ramadhan adalah rukun Islam ke berapa ?
Jawapan : Ketiga.
Jawapan : Ketiga.
2. Bilakah umat Islam difardhukan berpuasa ?
Jawapan : 10 Sya’ban Tahun Kedua Hijrah
Jawapan : 10 Sya’ban Tahun Kedua Hijrah
3. Nyatakan pengertian puasa mengikut hukum syarak.
Jawapan : Menahan diri daripada makan dan minun dan perkara-perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
4. Apakah hukum berpuasa ke atas umat Islam yang cukup syarat-syaratnya ?
Jawapan : Wajib.
Jawapan : Wajib.
5. Sebutkan syarat dua hikmah puasa.
Jawapan : 1. Melatih diri dengan sifat mahmudah 2. Menginsafi kesusahan yang dirasaikan oleh orang miskin.
@ lain-lain jawapan yang bersesuaian.
6. Orang berpuasa hendaklah menjauhkan diri daripada apa?
Jawapan : Perkara-perkara yang membatalkan puasa.
Jawapan : Perkara-perkara yang membatalkan puasa.
7. Umat Islam diwajibkan berpuasa berdasarkan firman Allah ayat 183 dalam Surah ……………………………?
Jawapan : Al-Baqarah
Jawapan : Al-Baqarah
8. Puasa juga telah disyariatkan kepada ………………………………………. terdahulu.
Jawapan : Umat
Jawapan : Umat
9. Nyatakan dua syarat wajib puasa.
Jawapan : Islam, Baligh, Berakal, Mampu berpuasa
Jawapan : Islam, Baligh, Berakal, Mampu berpuasa
10. Nyatan dua lagi syarat puasa selain daripada jawapan yang telah diberikan tadi.
Jawapan : Islam, Baligh, Berakal, Mampu berpuasa
Jawapan : Islam, Baligh, Berakal, Mampu berpuasa
11. Adakah orang tua yang uzur menderita penyakit kronik wajib berpuasa ?
Jawapan : Tidak
Jawapan : Tidak
12. Bagaimanakah keadaan puasa kanak-kanak yang belum baligh ?
Jawapan : Sah
Jawapan : Sah
13. Bagaimanakah puasa orang kafir yang meniru cara umat Islam menjalankan ibadah puasa ?
Jawapan : Tidak Sah
Jawapan : Tidak Sah
14. Seorang yang telah disahkan gila sepanjang hayat melakukan ibadah puasa.
Jawapan : Tidak Sah.
Jawapan : Tidak Sah.
15. Adakah orang yang terlupa bagun sahur dikira berpuasa pada keesokan harinya ?
Ya.
Ya.
16. Orang tidak dapat berpuasa di bulan Ramadhan wajib…………………………………….puasanya di hari lain luar daripada bulan Ramadhan sebelum tiba bulan Ramadhan berikutnya.
Jawapan : Mengqada
Jawapan : Mengqada
Tutorial Copy Folder Google Drive Secara Online
May 20, 2019podcast ramadhan 25 minit
May 10, 2019
Alhamdulillah.
saya kongsikan kapsul audio alquran serta terjemahan selama 25 minit. saya kongsikan kapsul podcast tersebut di dalam web ini. rakan rakan boleh download untuk kegunaan sendiri. setiap fail telah diset 25 minit.
https://sites.google.com/view/projek-ramadhan-pelangi/pelangi-tadabbur-25-minit?authuser=0
saya juga kongsikan kapsul video ringkas, kartun dan infografik (diset juga 25 minit setiap folder. jika ada Smart TV, anda boleh download, masukkan dalam pendrive dan tayangkan . setiap folder dipilih sesuai 25 minit. Tajuk yang dipilih adalah sesuai untuk tontonan pelajar muslim dan nonmuslim. tidak berat dan sangat #santaitapisampai.
Boleh di download dari laman ini:
https://sites.google.com/view/projek-ramadhan-pelangi/pelangi-productive?authuser=0
p/s: dalam sites saya letakkan koleksi video productive ramadhan.
lain lain tambahan dan lebih banyak lagi PROJEK RAMADHAN boleh dilayari di
https://sites.google.com/view/projek-ramadhan-pelangi/
saya kongsikan kapsul audio alquran serta terjemahan selama 25 minit. saya kongsikan kapsul podcast tersebut di dalam web ini. rakan rakan boleh download untuk kegunaan sendiri. setiap fail telah diset 25 minit.
https://sites.google.com/view/projek-ramadhan-pelangi/pelangi-tadabbur-25-minit?authuser=0
saya juga kongsikan kapsul video ringkas, kartun dan infografik (diset juga 25 minit setiap folder. jika ada Smart TV, anda boleh download, masukkan dalam pendrive dan tayangkan . setiap folder dipilih sesuai 25 minit. Tajuk yang dipilih adalah sesuai untuk tontonan pelajar muslim dan nonmuslim. tidak berat dan sangat #santaitapisampai.
Boleh di download dari laman ini:
https://sites.google.com/view/projek-ramadhan-pelangi/pelangi-productive?authuser=0
p/s: dalam sites saya letakkan koleksi video productive ramadhan.
lain lain tambahan dan lebih banyak lagi PROJEK RAMADHAN boleh dilayari di
https://sites.google.com/view/projek-ramadhan-pelangi/
PIBG perlu manfaatkan media sosial untuk mohon sumbangan
May 10, 2019
PIBG perlu manfaatkan media sosial untuk mohon sumbangan
21 Jun 2016 | FOUZIAH AMIR DAN AZIMAH GHAZALI