Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Puan Rozana Binti Yunus
Hari yang indah penuh ceria
Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis Perpisahan sempena persaraan Pn Rozana bt Yunus, guru wibawa kesayangan warga SMK Taman Pelangi.
BismilLahir Rahmanir Rahim
Assalamu `Alaikum W.B.T.
Yang Berusaha
Pn Fareeza Binti Ab Rasip, Pengetua SMK Taman Pelangi
Yang Berusaha, guru-guru penolong kanan, SMK Taman Pelangi, guru-guru dan seterusnya murid-murid sekalian.
Selamat datang ke :
Majlis perpisahan sempena persaraan Yang Diraikan Pn Rozana bt Yunus, guru wibawa kesayangan warga SMK Taman Pelangi.
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara
Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Mohd Adli b. Mohd Noor
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ustaz untuk melafazkan doa.
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil guru, En Mohd Salleh Bin Azman. Dipersilakan.
Terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Terima kasih
Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada yang yang berusaha Pn Fareeza Binti Ab Rasip, pengetua SMK Taman Pelangi untuk menyampaikan ucapannya. Majlis mempersilakan, tuan.
Demikian tadi ucapan daripada Tuan Pengetua, SMK Taman Pelangi.
Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Pn Rozana Binti Yunus. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan puan.
Itulah tadi ucapan perpisahan dari insan yang kita raikan.
Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia khas mengisahkan perjalanan kehidupan Puan Rozana Binti Yunus.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Yang Puan Bedah binti Lahman.
Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Pn. Fareeza Binti Ab Rasip untuk mengiringi Yang Diraikan Pn. Rozana bt. Yunus untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Majlis mempersilakan puan berdua.
Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada barisan Pentadbir
Seterusnya Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati______________________________untuk menyampaikan cenderamata daripada ______________________________
Seterusnya Majlis mempersilakan kepada ______________________________untuk menyampaikan cenderamata daripada ______________________________
Dan yang terakhir, Majlis mempersilakan kepada _______________________________ untuk menyampaikan cenderamata daripada Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SMKTP
Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan Pn. Rozana Binti Yunus.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang diraikan, Pn Rozana Binti Yunus atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian .
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah
kita teruskan majlis kita dengan jamuan akhir tahun.
jamuan ini akan diselikan dengan cabutan hadiah istimewa dan persembahan dari setiap jabatan.
Pesembahan yang cukup istimewa sebentar tadi adalah dibawah pimpinan Guru Kanan Mata Pelajaran SMKTP.
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.
Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan
Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, kita akan sama-sama beratur panjang untuk bersalaman dengan Puan Rozana Binti Yunus
Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn Bedah kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar puan akan bertambah ceria dan bahagia di samping keluarga dalam kehidupan seharian.
Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.