My Muhasabah Diary.
to Share my Life Reflections

Apakah hukum bermain permainan Player Unknown’s Battlegrounds atau lebih dikenali sebagai PUBG


Soalan
Apakah hukum bermain permainan Player Unknown’s Battlegrounds atau lebih dikenali sebagai PUBG
Jawapan
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T dengan kurniaan nikmat Iman dan Islam. Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga, sahabat-sahabat Baginda, serta seluruh kaum Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah S.W.T sekalian.
Pengenalan
PUBG atau lebih dikenali sebagai Player Unknown’s Battlegrounds merupakan permainan peperangan secara online yang dibangunkan oleh syarikat Bluehole yang berpusat di Korea Selatan. Sekarang dioperasikan oleh PUBG Corporation yang merupakan anak syarikat Bluehole.
PUBG kali pertama dilancarkan menggunakan Microsoft Window melalui perisisan Steam’s [1]. PUBG dilancarkan pada peringkat percubaan pada bulan Mac 2017 dan dilancarkan secara penuh pada Disember 2017. Permainan ini telah mencatat rekod baru. Terdapat sekitar 877,844 pemain dalam satu masa yang sama pada 26 Ogos 2017 di platform Steam [2]. Angka ini mengalahkan rekod jumlah pemain Dota 2 dalam waktu bersamaan yang hanya mencapai 842,919. PUBG versi Xbox, mobile dan Playstation4 telah dilancarkan pada tahun 2018.
Permainan ini berasaskan mod-mod terdahulu yang dibuat oleh Brendan "PlayerUnknown" Greene untuk permainan-permainan lain dalam bentuk peperangan dan diilhamkan daripada sebuah filem Jepun Battle Royal pada tahun 2000. Di Playstore, permainan ini telah dimainkan sebanyak lebih dari 50 juta pengguna Android seluruh dunia.
Konsep Permainan PUBG
  • Di dalam permainan ini, pemain boleh untuk bermain secara solo, atau secara team dua orang, atau team empat orang. Pemain boleh menjemput rakan-rakan untuk bergabung sebagai satu team ke dalam permainan.
  • Permainan ini bermula dengan maksimum 100 orang pemain akan turun dengan payung terjun dari kapal terbang ke sebuah pulau terbiar.
  • Bersama 99 pemain lain, pemain akan mendarat di kawasan berbeza untuk mengumpul kelengkapan baru dan mencari senjata api dan kelengkapan bagi bertempur dengan pemain-pemain lain sambil mempertahankan diri dan mengelak daripada dibunuh.
  • Ada juga ciri yang dibawa masuk seperti menaiki kenderaan dan membaling bom ke arah musuh.
  • Kawasan selamat di peta permainan ini akan kian mengecil, sehinggalah para pemain terpaksa bertentangan antara satu sama lain kerana kawasan selamat sudah terlalu kecil.
  • Pemain atau pasukan yang terakhir yang kekal hidup dan tidak terbunuh adalah pemenang pusingan.[3]
Pandangan-pandangan berkenaan PUBG
  • Markaz al-Azhar al-Alami dalam fatwa elektronik menyatakan: “Setelah perbincangan serta meneliti permainan ini, maka diharamkan untuk bermainnya. Ini bertujuan untuk menjaga kemaslahatan individu dan masyarakat serta menyeru agar tidak bermain dengan permainan ni. Selain itu Markaz al-Azhar juga menyeru di antaranya kepada ibu bapa memantau anak-anak supaya tidak lalai dengan peralatan elektronik. Selain itu para pemuda disarankan untuk menjaga waktunya dalam perkara yang berfaedah. Selain itu Dr. Ahmad Karimah mengharamkannya kerana mengikut firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud: “dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil);” beliau berkata kaedah fiqh menyatakan “Apa yang menjadi perantaraan kepada sesuatu yang haram, maka haramlah hukumnya”[4]
  • Majlis tertinggi fatwa Palestin menyatakan bahawa hukum bermain PUBG adalah perkara yang dilarang. Pada hukum asal sesebuah permainan itu adalah diharuskan melainkan sekiranya ada dalil peringatan atau larangan daripada hukum Syariah. Majlis Ifta Palestin menyatakan: “Permainan ini seharusnya dikawal ini kerana disebalik kemudharatan itu terdapat sedikit kebaikan dan hiburan serta dapat mempelajari beberapa kemahiran. Selain itu terdapat keburukan seperti penggunaan bahasa yang kasar dan provokasi bertujuan untuk membangkitkan semangat untuk berperang”.[5]
  • Syeikh Abdul Wahab al-Samiraiy, Imam masjid Abi Hanifah al-Nu’man berkata: “Terdapat keburukan yang besar dengan sebab permainan ini. Ini kerana terdapat sepuluh kejadian pembunuhan dan perceraian dalam rekod daripada pejabat kehakiman Iraq berpunca daripada permainan ini”. Dalam hal ini Lajnah Fatwa al-Sulaimaniyah menyatakan pengharamnya kerana mendatangkang kemudharatan[6]. Sinar Harian menyatakan “Di bandar Kurdis pula, iaitu salah sebuah bandar utama di Iraq telah mengeluarkan fatwa mengharamkan PUBG atas alasan melalaikan pemain, mengabaikan nilai dan gaya kehidupan normal mereka. Terdapat juga kes penceraian akibat daripada permainan ini”.[7]
  • Memetik keratan akhbar Sinar Harian “PUBG telah diharamkan di beberapa daerah di India. Pihak berkuasa Gujarat, India mengharamkan permainan popular PUBG di bandar Rajkot dan Sarat sehingga 30 April 2019. Menurut arahan, mana-mana individu yang didapati bermain PUBG dan MOMO Challenge akan didakwa di bawah Seksyen 144 Akta Prosedur 1973 dan Seksyen 37(3) Akta Polis Gujarat. Polis mengharamkan permainan ini kerana peningkatan kes keganasan dalam kalangan kanak-kanak dan belia”[8]
  • Pihak berkuasa China juga telah mengharamkan permainan ini atas alasan ia bertentangan dengan nilai-nilai sosial dan etika serta budaya masyarakat China.[9]
  • Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad memberi cadangan supaya kerajaan mengharamkan permainan PUBG ini kerana mendidik anak muda ke arah keganasan [10]
Risiko
Ketagihan yang berlebihan ini lebih dikenali sebagai Gaming Disorder berdasarkan laman web WHO, Gaming Disorder ditakrifkan dalam Draf 11 Klasifikasi Penyakit Antarabangsa (ICD-11). Mereka yang berhadapan dengan masalah berkenaan akan mempunyai ketagihan yang teruk dalam permainan video sehingga memberi kesan negatif terhadap diri sendiri, keluarga, pekerjaan, pendidikan dan sosial. Masalah itu disenarai dalam ICD-11 berdasarkan tinjauan bukti yang ada dan mencerminkan konsensus pakar daripada pelbagai disiplin serta wilayah geografi yang terlibat dalam proses perundingan teknikal yang dijalankan oleh WHO.[11]
Selain itu, terdapat pelbagai kes yang menyebabkan kematian di antaranya pada tahun 2014, seorang wanita berusia 27 tahun telah dilaporkan mati secara mengejut selepas bermain permainan video tanpa henti selama 10 jam. Manakala pada tahun 2015, remaja lelaki berusia 17 tahun telah dihantar ke wad kecemasan dan meninggal di hospital selepas terjatuh koma ketika bermain permainan video. Dia dilaporkan telah bermain permainan berkenaan hampir 22 hari tanpa henti dan hanya berhenti bermain untuk makan dan tidur.[12]
Peluang masa hadapan
Permainan PUBG ini boleh dikategorikan sebagai E-Sport dan dapat menarik minat anak muda. Ini seperti yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian versi online menyatakan bahawa Malaysia memenangi dalam permainan DOTA dengan membawa pulang hadiah sebanyak USD500,000.[13] Kerajaan juga menjanjikan peluang pekerjaan baru bagi generasi akan datang ini seperti yang dipetik Hmetro. [14]
Hiburan Dalam Islam
Hiburan dalam Bahasa Arab al-Lahwu bermaksud semua perkara yang melekakan manusia daripada pelbagai gangguan, pemikiran dan masalah yang mengganggu tidurnya. Ia juga tidak mempunyai hakikat yang sabit seperti bermain, berjenaka, bersembang malam, menyanyi dan sebagainya[15]
Pada asalnya hiburan diharuskan di dalam islam melainkan di datangkan kepadanya perkara yang haram ini seperti hadis yang diriwayatkan oleh Hanzalah RA, Sabda Nabi SAW:
 يَا حَنْظَلَةُ سَاعَةً وَسَاعَةً وَلَوْ كَانَتْ تَكُونُ قُلُوبُكُمْ كَمَا تَكُونُ عِنْدَ الذِّكْرِ لَصَافَحَتْكُمُ الْمَلاَئِكَةُ حَتَّى تُسَلِّمَ عَلَيْكُمْ فِي الطُّرُقِ ‏‏ 
Maksudnya: Wahai Hanzalah! Ada masa untuk urusan keduniaan, ada masa untuk beribadah. Dan jika hati kamu sentiasa sama seperti kamu sedang mengingati Allah SWT, para malaikat akan bersalam denganmu dan memberi salam kepadamu di pertengahan jalan.
Sahih Muslim (2750)
Imam Nawawi sewaktu mentafsirkan hadith ini yang turut diriwayatkan dengan lafaz berbeza dalam Sahih Muslim, beliau menjelaskan bahawa kita tidak dituntut untuk beribadah sepanjang masa. Kerana itu apabila Hanzalah merasa risau dirinya telah munafiq kerana ‘lalai’ daripada mengingati Allah SWT, Rasulullah SAW menjelaskan bahawa ada masa diperuntukkan untuk ibadah, ada masa juga perlu diperuntukkan untuk kehidupan dunia dan berhibur bersama keluarga.[16]
Di dalam Kitab al-Fiqh al-Manhaji, pengarang telah menggariskan beberapa penetapan hukum di dalam hiburan di antaranya:
  • Makruh, sekiranya hiburan itu tidak memberi sebarang kesan baik ataupun buruk kepada manusia ini kerana melakukan perbuatan yang tidak berfaedah.
  • Haram, sekiranya membawa keburukan kepada inidividu dan masyarakat. Ini seperti perbuatan yang bercampur dengan perkara yang diharamkan syara’
  • Dibenarkan dan digalakkan, sekiranya hiburan itu memberi kesan yang baik kepada individu dan masyarakat. Seperti pertandingan memanah dan permainan yang berfaedah untuk peperangan.
Begitu juga dalam hiburan dan permainan yang memerlukan kepada kemahiran berfikir adalah dibenarkan. Dan hal berkenaan dengan halal atau makruh bergantung kepada sejauh mana kesan terhadap pemain itu. Ini seperti yang dijelaskan di dalam Kitab al-Fiqh al-Manhaji menyatakan: “Permainan catur, ia merupakan suatu permainan yang banyak bergantung kepada penggunaan akal dan fikiran. Tidak syak lagi ia memberikan kesan yang baik kepada daya fikiran pemain. Sekiranya permainan ini menyebabkan pemain leka dan mengambil masa yang lama, hukumnya menjadi makruh. Sekiranya permainan ini terlalu melekakan hingga menyebabkan pemain mengabaikan beberapa tanggungjawabnya, hukumnya menjadi haram” .[17]
Dalam menerangkan tentang permainan catur, ulama bersepakat sekiranya terdapat unsur-unsur perjudian, meninggalkan tanggungjawab yan wajib seperti melewatkan waktu solat dan terdapat unsur-unsur penipuan. Namun sekiranya tidak terdapat perkara yang diharamkan, ulama berselisih pendapat. Haram bermain catur mengikut pandangan Malikiyah dan Hanabilah dan makruh mengikut pandangan mazhab Syafieyah dan Hanafiyah.[18]
Kesimpulan
Berdasarkan kepada dalil yang didatangkan, pada asalnya hukum berhibur adalah di haruskan. Ini berpandukan dalam kaedah fiqhiyah:
الأصل في الأشياء الإباحة حتى يدل الدليل على التحريم
Maksudnya: Hukum asal sesuatu perkara adalah diharuskan, sehingga di datangkan dalil pengharamannya.[19]
Penilitian terhadap dalil-dalil yang di atas, terdapat persamaan pemainan PUBG dengan permainan catur yang memerlukan kemahiran berfikir serta strategi. Dan kami lebih cenderung dengan memakruhkannya seperti pandangan di dalam mazhab Syafi’eyah, Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Uqbah bin Amir RA, daripada Nabi SAW:
لَيْسَ مِنَ اللَّهْوِ إِلاَّ ثَلاَثٌ ‏:‏ تَأْدِيبُ الرَّجُلِ فَرَسَهُ وَمُلاَعَبَتُهُ أَهْلَهُ وَرَمْيُهُ بِقَوْسِهِ وَنَبْلِهِ
Maksudnya: Tidak termasuk perkara yang sia-sia melainkan tiga perkara: Seseorang yang melatih kudanya, bermesra dengan isterinya dan memanah dengan menggunakan busur dan anak panahnya.
Hadis riwayat Abi Daud (2513)
Namum haram hukumnya seseorang itu bermain permainan PUBG sekiranya membawa kepada perkara berikut:
  • Hilang fokus terhadap realiti dan masyarakat sekeliling
  • Gangguan emosi akibat kekalahan
  • Faktor ketagihan yang melampau
  • Mengabaikan tanggungjawab terhadap perkara yang diwajibkan
  • Mendatangkan kemudharatan terhadap tubuh badan dan kesihatan
  • Menghilangkan akhlak sebagai seorang muslim
  • Sekiranya ia terbukti oleh pihak berkuasa bahawa ia menjadi punca kepada tindakan ganas serta perlakuan jenayah.
Ini berdasarkan kepada kaedah fiqhiyah:
ما أدى إلى الحرام فهو حرام
Maksudnya: Sesuatu perkara yang membawa kepada yang haram, maka perkara tersebut haram hukumnya.
Oleh itu, kami cenderung memakruhkan permainan PUBG ini kerana terdapat unsur-unsur yang membuang masa, namun PUBG ini menjadi haram sekiranya pemain itu melanggar batas-batas yang ditetapkan syarak serta meninggalkan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Kami sarankan pemilihan permainan yang boleh memberi manfaat serta menambahkan ilmu pengetahuan dan tidak melalaikan. Ingatlah kita dicipta bertujuan sebagai hamba allah SWT dan pemegang amanah sebagai khalifah di muka bumi bukanlah untuk menlakukan perkara yang sia-sia. Ini seperti fiman Allah SWT:
أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ
Maksudnya: "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
Surah al-Mukminun, 115
Wallahualam
Bibliografi
Al-Quran al-Karim
Al-Fiqh al-Manhaji ala Mazhab al-Imam al-Syafie, Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, Ali Syarbaji, Cetakan dar al-Qalam 1992
Syarah al-Nawawi ala Muslim, Abu Zakaria Mahyu al-Din Yahya bin Syaraf al-Nawawi, Dar Ihya’ al-Turas al-Arabi
Al-Mausu’ah al-Fiqhiyah al-Kuwaitiyah, Wizarah al-Auqaf dan Syuun al-Islamiyah Kuwait, Dar al-Sofwah, Dar al-salasil, Wizarah, 1427h
Al-Qawaid al-Fiqhiyyah wa Tatbiqatuha fi al-Mazahib al- Arba’ah, Muhammad Mustafa al-Zuhaili, Dar al-Fikr, 2006
https://www.gamespot.com, daripada Chris Pereira, 27 Ogos 2017
http://www.gamasutra.com, daripada Alissa McAloon, 31 Julai 2017
https://pubg.gamepedia.com
https://www.youm7.com, 28 November 2018
https://www.alwatanvoice.com, 6 Mac 2019
https://blogs.aljazeera.net, daripada Toha Yasin Muhammad al-Zaibari, 26 November 2018
http://www.kurdistan24.net, daripada Kurdistan24 اربیل, 2 Desember 2018
Akhbar Sinar Harian,Nor Azaruddin, Husni Nuruddin, 27 Mac 2019
http://www.kosmo.com.my, Farid Ahmad Tarmiji, 28 Jun 2018
http://www.astroawani.com , Amirul Awaludin, 27 Disember 2017
https://www.sinarharian.com.my, Naimah Muhammad, 8 Mar 2019
https://www.hmetro.com.my, Afiq Hanif, 2 Ogos 2018

[1] Steam ialah pelantar pengedaran digital, pengurusan hak digital, permainan video berganda, dan perkhidmatan rangkaian sosial berasaskan Internet dibangunkan oleh Valve Corporation. Steam menyediakan penggunanya dengan pemasangan dan pengemaskinian automatik permainan video pada beberapa komputer, dan ciri komuniti seperti senarai rakan dan kumpulan, simpanan awan (cloud storage), dan fungsi suara dan sembang dalam permainan. Perisian ini menyediakan Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API) percuma yang digelar Steamworks, yang mana pembangun boleh menggunakannya untuk menyatukan banyak fungsi Steam, termasuk perangkaian dan pemadanan, pencapaian dalam permainan, transaksi mikro, dan sokongan untuk kandungan ciptaan pengguna melalui Steam Workshop, ke dalam produk mereka.
[7] Lihat Sinar Harian Rabu 27 Mac 2019, hlm 39
[8] Sinar Harian Rabu 27 Mac 2019, hlm 39
[9] Sinar Harian Rabu 27 Mac 2019, hlm 39
[10] Harian metro Ahad 17 Mac 2019
[11]ICD adalah asas untuk mengenal pasti trend kesihatan dan statistik di peringkat global dan piawaian antarabangsa bagi melaporkan penyakit dan keadaan kesihatan. WHO menjelaskan, masalah tersebut didiagnosis berdasarkan corak dan tingkah laku seseorang yang bermain permainan video Lihat: http://rootofscience.com/blog/2018/kesihatan/mental/ketagihan-game-sebagai-penyakit-mental/?fbclid=IwAR2iPxUO2R20FUPDcfeRlE60c6WhQnPBMVePaoJWU-Nf6sTgzGiNGp2q1hk Lihat Juga: http://www.kosmo.com.my/k2/rencana-utama/kesan-negatif-terhadap-kehidupan-individu-1.697860
[15] Lihat: Al-Fiqh al-Manhaji Ala Mazhab al-Imam al-Syafi’e 8/165
[16] Lihat: Syarah Sahih Muslim, 17/66
[17]Lihat: Al-Fiqh al-Manhaji Ala Mazhab al-Imam al-Syafi’e 8/165-166
[18] Lihat: al-Mausua’h al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 35/270
[19] Lihat: al-Qawaid al-Fiqhiyyah wa Tatbiqatuha fi al-Mazahib al-Arba’ah Dr. Muhammad Mustafa al-Zuhaili 1/190
cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Coronaviruses (Wuhan Virus �� Outbreak ��)

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Where Did Viruses Come From?

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Flu - What is it?

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

2019 Novel Coronavirus – A quick overview.

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

With growing coronavirus outbreak, is China’s massive quarantine the rig...

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

This may explain the spread of China's new virus

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

INOVASI DESA BENGKEL MIMPI PADI HIDROGANIK DESA KANIGORO

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Amazing PowerPoint Techniques Webinar

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Flipgrid & Wakelet Workshop at SK Taman Bukit Indah, Johor

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

AutoCrat (Version 3) Tutorial

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

AutoCrat 3.0 for Merging Certificates

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Hemophilia - causes, symptoms, diagnosis, treatment, pathology

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Biology's 4 Big Ideas Thinking Biologically, # 1 berfikir secara biologi

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

The Cell Songlagu sel

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Biology: Cell Structure I Nucleus Medical Media

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Introduction to Cells: The Grand Cell Tour

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Six-Day War (1967) - Third Arab–Israeli War DOCUMENTARY

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

2015 Science Olympiad Egg-o-naut

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Water Rocket Altitude World Record

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Water Rocket flies to 1752 feet (534m)

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Water Rocket flies to 1752 feet (534m)

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

How to make a parachute for a rocket?

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

How To Make A Water Rocket With Parachute [SEMEKAP]

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

A Basic and Refresher Workshop for Engineering Design Water Bottle Rocketry. - ppt download

A Basic and Refresher Workshop for Engineering Design Water Bottle Rocketry. - ppt download: Purpose & Objectives of this Session Encourage and promote the integration of STEM standards and concepts into the building and designing processes of the Water Bottle Rocket Explain Guidelines of the competition Help you teach your students: –Problems solving skills –How to budget their time –Cooperative behavior –Engineering and design concepts Let’s Focus On
cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

History of Rocketry Ancient Rockets Rockets for Warfare - ppt download

History of Rocketry Ancient Rockets Rockets for Warfare - ppt download: Ancient Rockets B.C. to 17th Century Ancient Rockets B.C. to 17th Century The Dream to Fly Ever since humans first saw birds soar through the sky, they have wanted to fly. The ancient Greeks and Romans pictured many of their gods with winged feet, and imagined mythological winged animals. According to the legend of Daedalus and Icarus, the father and son escaped prison by attaching wings made of wax and feathers to their bodies. Unfortunately, Icarus flew too near the sun, and the heat caused the wax and feathers to melt. The feathers fell off, and Icarus plummeted to the sea. Daedalus landed safely in Sicily. Hero’s Engine About 100 BC, a Greek inventor known as Hero of Alexandria came up with a new invention that depended on the mechanical interaction of heat and water. He invented a rocket-like device called an aeolipile. It used steam for propulsion. Hero mounted a sphere on top of a water kettle. A fire below the kettle turned the water into steam, and the gas traveled through the pipes to the sphere. Two L-shaped tubes on opposite sides of the sphere allowed the gas to escape, giving a thrust to the sphere, causing it to rotate.
cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

An Introduction to Water Rocketry - ppt video online download

An Introduction to Water Rocketry - ppt video online download: Parts of a Basic Water Rocket
cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Why I Love Biology

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Introduction to Biology HD

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Introduction to Biology HD

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

SCIENCE WARS - Acapella Parody

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Rahsia Air Kelapa Muda — Dr. Noordin Darus

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Jenis-Jenis PENYAKIT MATA, Gejala & Penyebabnya

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Mata Manusia dari Dekat, Keren atau Seram?

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Doctor pulls live TICK from inside patient's ear where it had been livin...



Doctor pulls live TICK from inside patient's ear where it had been living for days Ear, nose and throat surgeon Rahmat Omar was looking carrying out an exploratory procedure, to try and work out why the man was having pain from his ear A doctor filmed the revolting moment he removed a live tick from deep inside his patient's ear canal. Ear, nose and throat surgeon Rahmat Omar was trying to find out why the man was having pain in his ear. The doctor, 49, based in Kuala Lumpar, Malaysia, said: "The patient was in a lot of discomfort, they were so happy when I removed it. "It's certainly the first time I have ever seen this and I hope I never have to do this again." The shocked surgeon couldn't believe his eyes when he saw the tick inside the patient's ear during the removal and he carefully grabbed the wriggly insect and pulled it slowly out. He added: "It could have been very dangerous.".
cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

QR Attendance Using Google Drive with QR Codes Generator Add-ons

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Jahanam TCU RM2000 Punca Salah Jumper Bateri | Cara Jump Start Kereta

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Mesej

Abu Ad Darda lalu berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa melalui jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahnya jalan ke syurga. Sungguh, para Malaikat merendahkan sayapnya sebagai keredhaan kepada penuntut ilmu. Penduduk langit dan bumi hingga ikan yang ada di dasar laut akan mendoakan keampunan kepada orang yang menuntut ilmu. Kelebihan serang alim dibanding ahli ibadah seperti keutamaan rembulan pada malam purnama atas seluruh bintang. Para ulama adalah pewaris para nabi, dan para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanyalah mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya maka ia telah mengambil bahagian yang banyak." (HR Abu Daud No: 3157) Status: Sahih

Search This Blog

UPSR
Sept 2020


PT3(Geografi)
Julai 2020


PT3(Sejarah)
Mei 2020


PT3(Lisan Tutur)
April 2020

PT3(Lisan BM)
Ogos 2020

PT3(Lisan BI)
Ogos 2020

Ujian Bertulis PT3
Okt 2020


SPM
Dis 2020