My Muhasabah Diary.
to Share my Life Reflections

Memuliakan Guru Amalan Yang Terpuji.

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه.

ﺑِﺴْــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ِﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــــﻢ.


Selamat hari guru cikgu, izinkan saya share khutbah jumaat ini. 


INTISARI KHUTBAH JUMAAT

JOHOR DARUL TA'ZIM.


Tarikh: 20 Mei 2022.

             19 Syawal 1443.


Tajuk:   Memuliakan Guru 

              Amalan Yang Terpuji.

 

Firman Allah SWT di dalam Surah Al Mujadalah Ayat 11 yang bermaksud:

"Allah meningkatkan darjat orang2 beriman di antara kamu dan orang2 yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah) Allah Maha mendalam pengetahuan Nya tentang apa yang kamu lakukan."

 

1.  Bertaqwa kepada Allah SWT.

 

2.  Menurut ajaran Islam, menuntut ilmu adalah kewajipan bagi setiap Muslim. Seseorang yang ingin menjadi seorang yang berilmu hendaklah mencari seorang guru sebagai pembimbing dan pendidik untuk perkembangan ilmunya.

 

3.  Tanpa berguru, mustahil seseorang itu mampu memahami sesuatu ilmu dengan betul dan dibimbangi membawa kepada kekeliruan dan salah faham akhirnya membawa kepada kesesatan.

 

4.  Segala usaha menyebar, mendidik dan mengembangkan ilmu pengetahuan sememangnya memerlukan mereka yang berilmu, berkemahiran dan berkebolehan dalam sesuatu ilmu. Tugas ini bukanlah satu tugas yang mudah, maka oleh kerana itu Allah mengangkat kedudukan orang yang berilmu.

 

5.  Pada hari ini, mereka yang bergelar guru berdepan dengan pelbagai cabaran dalam dunia pendidikan. Antara cabaran yang sering di hadapi oleh guru ialah peranan mereka sering di salah tafsir dan dipertikaikan oleh segelintir masyarakat sehingga ada yang memandang rendah akan martabat seorang guru.

 

6.  Sesungguhnya guru ialah murabbi, pendakwah yang diiktiraf sangat mulia di sisi agama Islam kerana mereka mewarisi tugas para Rasul dalam membimbing manusia ke jalan kebenaran.

Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para Nabi, para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanya mewariskan ilmu, maka barangsiapa yang mengambil (warisnya ilmu) tersebut, dia telah mengambil habuan yang paling sempurna."

 

7.  Ketahuilah bahawa tugas seorang guru merupakan suatu tugas yang sangat berat dan mencabar. Mereka memerlukan persediaan ilmu, jati diri, kekuatan, kesabaran dan penghayatan yang cukup untuk mendidik anak2 murid mereka sehingga mereka menjadi seorang insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

 

8.  Ambillah peluang menziarahi guru sebagai tanda mengenang jasa mereka  dan bantulah mereka jika mereka mengalami kesusahan atau ketika sakit. Selain itu, kita juga boleh menghargai jasa mereka dengan mendoakan kesejahteraan guru yang telah mengajar dan mendidik kita.


9.  Akhir khutbah; marilah kita menghargai jasa dan pengorbanan seluruh warga pendidik yang telah banyak mengorbankan tenaga demi memartabatkan pendidikan di negara kita. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 151 yang bermaksud, (nikmat berkiblatkan ka'bah yang kami berikan kepada kamu itu) samalah seperti (nikmat kami) mengutuskan kepada kamu seorang rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad) yang membacakan ayat2 kami kepada kamu dan membersihkan kamu dari amalan syirik dan maksiat serta yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta hikmah kebijaksanaan  dan mengajarkan kamu apa yang kamu belum ketahui.”


Waallahu’alam.


أَقِيمُواْ الصَّلاَةَ.....



Disediakan oleh: 

Unit Khutbah & Tafsir,

PMS-JAINJ.


#kitajagakita

#hapuskancovid-19

#kitamestimenang

#pray4palestine

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

jiwa mati tanpa komunikasi


 Dengan segala hormatnya tuan/puan adalah dijemput untuk memeriahkan sesi perkongsian bersama Coach Zul.Jangan lepaskan peluang keemasan ini.Terbuka untuk awam🌹🌹🌹


 KEPENTAS is inviting you to a scheduled Zoom meeting.

📌 Topic: *Jiwa Mati Tanpa Komunikasi, Ayuh Selami Asas Komunikasi.*

🗓️ Tarikh : 14 MEI  2022 (Sabtu)

🕐 Jam  : 8.30 p.m hingga 10.00 p.m

🌹 Panelis Jemputan : Coach Zulkefli Ibrahim, KELAB PIDATO PERDANA ANTARABANGSA

📌Link Zoom
https://zoom.us/j/7611779901

Meeting ID: 761 177 9901


cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

1 syawal

السلام عليكم ورحمة الله

*تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّا وَمنٌِكُمٌ*
"Taqoballahu minna waminkum."
Semoga Allah menerima (amalan-amalan) yang telah kami dan kalian lakukan.

*مِنَ الٌعَاءِدِيٌنَ وَالٌفَاءِزِيٌنَ*
"Minal ai'din wal faizin."
Semoga Allah menjadikan kita termasuk (orang-orang) yang kembali (kepada fitrah) dan (mendapat) kemenangan". 

*كُلُّ عَامٍّ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ*
"Kullu 'am wa antum bikhair."
Semoga saudaraku sekeluarga sentiasa berada dalam kebaikan.

Eid mubarak!
Salam Aidilfitri
Maaf zahir & batin

Ikhlas Dari:
Hairul, Ria, Abid, Solehah, Mukhlis dan keluarga.
cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

2 syawal

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Semarak Ukhuwah Untuk Dicintai Allah 

 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَعَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ رَجُلًا زَارَ أَخًا لَهُ فِي قَرْيَةٍ أُخْرَى فَأَرْصَدَ اللَّهُ لَهُ عَلَى مَدْرَجَتِهِ مَلَكًا فَلَمَّا أَتَى عَلَيْهِ قَالَ أَيْنَ تُرِيدُ قَالَ أُرِيدُ أَخًا لِي فِي هَذِهِ الْقَرْيَةِ قَالَ هَلْ لَكَ عَلَيْهِ مِنْ نِعْمَةٍ تَرُبُّهَا قَالَ لَا غَيْرَ أَنِّي أَحْبَبْتُهُ فِي اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ قَالَ فَإِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكَ بِأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَبَّكَ كَمَا أَحْبَبْتَهُ فِيهِ

Daripada Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, "Pada suatu ketika ada seorang lelaki yang mengunjungi saudaranya di desa lain. Kemudian Allah pun mengutus malaikat untuk menemui orang tersebut. Ketika orang itu ditengah perjalanannya ke desa yang dituju, maka malaikat tersebut bertanya; 'Hendak pergi ke mana kamu? ' Orang itu menjawab; 'Saya akan menjenguk saudara saya yang berada di desa lain.' Malaikat itu terus bertanya kepadanya; 'Apakah kamu mempunyai satu perkara yang menguntungkan dengannya? ' Laki-laki itu menjawab; 'Tidak, saya hanya mencintainya kerana Allah Azza wa Jalla.' Akhirnya malaikat itu berkata; 'Sesungguhnya aku ini adalah malaikat utusan yang diutus untuk memberitahu kepadamu bahawasanya Allah akan sentiasa mencintaimu sebagaimana kamu mencintai saudaramu kerana Allah.'
(HR Muslim No: 4656) Status Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Antara tanda mengasihi saudara dan sahabat ialah berusaha menziarahi mereka dengan ikhlas bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan ukhuwah.

2.  Allah sentiasa mencintai kepada orang yang mencintai dan mengasihi orang lain kerana Allah. 

3.  Ambillah peluang sempena Hari Raya ini untuk menziarahi dan kunjung mengunjung sesama saudara mara dan sahabat handai semata-mata kerana Alla. Namun jagalah SOP yang dicadangkan oleh pihak berkuasa dalam suasana endemik.  

4.  Moga kecintaan dan kasih sayang kita kepada kerabat dan sahabat handai akan menjadikan kita dikasihi dan dirahmati Allah melalui ziarah sempena Hari Raya ini.

5.  Suburkan Silaturahim dan Ukhuwah sebagai bukti peribadi terpuji. Moga menjadi pemangkin kepada Perubahan Masyarakat dan Negara ke arah Malaysia Yang Lebih Baik.

03hb Mei  2022
02hb Syawal 1443H
cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

3 syawal

"Hendaklah seseorang memaksa dirinya untuk bersabar dalam melakukan amal soleh. Ramadan ibarat sekolah. 29 hari berlalu sedang engkau sibuk dengan pelbagai ibadah. Tentu ini sangat berbekas di hati dan hidupmu. Oleh itu manfaatkan kesempatan ini."

~ Syeikh Soleh Al-Utsaimin
cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Mesej

Abu Ad Darda lalu berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa melalui jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahnya jalan ke syurga. Sungguh, para Malaikat merendahkan sayapnya sebagai keredhaan kepada penuntut ilmu. Penduduk langit dan bumi hingga ikan yang ada di dasar laut akan mendoakan keampunan kepada orang yang menuntut ilmu. Kelebihan serang alim dibanding ahli ibadah seperti keutamaan rembulan pada malam purnama atas seluruh bintang. Para ulama adalah pewaris para nabi, dan para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanyalah mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya maka ia telah mengambil bahagian yang banyak." (HR Abu Daud No: 3157) Status: Sahih

Search This Blog

UPSR
Sept 2020


PT3(Geografi)
Julai 2020


PT3(Sejarah)
Mei 2020


PT3(Lisan Tutur)
April 2020

PT3(Lisan BM)
Ogos 2020

PT3(Lisan BI)
Ogos 2020

Ujian Bertulis PT3
Okt 2020


SPM
Dis 2020