Selamat Hari Raya Aidilfitri
March 22, 2026SATU LANGKAH MENUJU KEJAYAAN DIRI.
January 06, 2026Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Anak-anak murid yang saya kasihi,
Hari ini cikgu ingin berkongsi satu panduan mudah untuk membantu kamu berjaya dalam pelajaran, iaitu SATU.
S – Sedia
Sentiasalah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk belajar. Datang ke sekolah dengan niat yang betul, bawa kelengkapan pembelajaran yang lengkap dan bersedia menerima ilmu setiap hari.
A – Awal
Lakukan persediaan lebih awal. Jangan menangguh kerja sekolah dan ulang kaji pelajaran sebelum guru mengajar topik baharu. Murid yang bermula awal akan lebih tenang dan yakin.
T – Tumpuan
Berikan tumpuan sepenuhnya semasa proses pembelajaran. Elakkan gangguan, dengar arahan guru dan fokus ketika belajar di dalam kelas. Tumpuan yang baik membawa kepada kefahaman yang lebih jelas.
U – Ulangkaji
Ulang kaji pelajaran secara berterusan. Jangan tunggu saat akhir. Ulang kaji secara konsisten dapat mengukuhkan ingatan dan meningkatkan prestasi akademik.
Anak-anak murid sekalian,
Ingatlah, kejayaan bermula dengan SATU langkah. Amalkan Sedia, Awal, Tumpuan dan Ulangkaji, insya-Allah kamu akan mencapai kejayaan yang membanggakan.
Sekian, terima kasih.
hairulanuar dana duta guru 2025
April 29, 2025
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Puan,
Bersama-sama ini saya sertakan pautan video Peringkat Kedua Permohonan Dana Duta Guru 2025
Nama : Hairul Anuar Bin Sobikin
No Telefon : 0136607046
pautan youtube : https://youtu.be/Dq1h5wP0abI
Besarlah harapan saya supaya pihak Tuan meluluskan permohonan saya ini.
Kertas cadangan ini merupakan hasil kolaborasi
1. SMK Taman Pelangi,
2. Majlis Permuafakatan Kurikulum Daerah Johor Bahru, Sains Menengah Rendah PPD JB
3. Unit Sumber Teknologi Pendidikan , PPD JB
4. Persatuan Guru STEM Malaysia
Sekian Terima kasih.
saudaraku
November 24, 2024اللـُمٌَ صـلِّ عَـلَـى سـَـيْـدِنَـا مـُـحَـمٌَــدٍ وَعَـلَى آلِــہِ وَصَـحْـبِــہِ وَبَـارِك وَسَـلِّـم.
Saudaraku
Salah satu nikmat setelah mendapatkan hidayah dan taufik ialah senantiasa tetap Istiqamah. Ia adalah bentuk rahmat yang diberikan Allah kepada hambanya dan juga sebuah kenikmatan yang tidak mampu terbeli walau dengan emas sepenuh bumi.
Jom BANGKIT!
Ya Allah ampuni dosa² kami, pasangan kami, kedua ibu bapa kami, anak² kami, saudara² kami, sahabat² kami, guru² kami. Amin