My Muhasabah Diary.
to Share my Life Reflections

Biology's 4 Big Ideas Thinking Biologically, # 1 berfikir secara biologi

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

The Cell Songlagu sel

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Biology: Cell Structure I Nucleus Medical Media

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Introduction to Cells: The Grand Cell Tour

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Six-Day War (1967) - Third Arab–Israeli War DOCUMENTARY

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

2015 Science Olympiad Egg-o-naut

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Water Rocket Altitude World Record

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Water Rocket flies to 1752 feet (534m)

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Water Rocket flies to 1752 feet (534m)

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

How to make a parachute for a rocket?

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

How To Make A Water Rocket With Parachute [SEMEKAP]

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

A Basic and Refresher Workshop for Engineering Design Water Bottle Rocketry. - ppt download

A Basic and Refresher Workshop for Engineering Design Water Bottle Rocketry. - ppt download: Purpose & Objectives of this Session Encourage and promote the integration of STEM standards and concepts into the building and designing processes of the Water Bottle Rocket Explain Guidelines of the competition Help you teach your students: –Problems solving skills –How to budget their time –Cooperative behavior –Engineering and design concepts Let’s Focus On
cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

History of Rocketry Ancient Rockets Rockets for Warfare - ppt download

History of Rocketry Ancient Rockets Rockets for Warfare - ppt download: Ancient Rockets B.C. to 17th Century Ancient Rockets B.C. to 17th Century The Dream to Fly Ever since humans first saw birds soar through the sky, they have wanted to fly. The ancient Greeks and Romans pictured many of their gods with winged feet, and imagined mythological winged animals. According to the legend of Daedalus and Icarus, the father and son escaped prison by attaching wings made of wax and feathers to their bodies. Unfortunately, Icarus flew too near the sun, and the heat caused the wax and feathers to melt. The feathers fell off, and Icarus plummeted to the sea. Daedalus landed safely in Sicily. Hero’s Engine About 100 BC, a Greek inventor known as Hero of Alexandria came up with a new invention that depended on the mechanical interaction of heat and water. He invented a rocket-like device called an aeolipile. It used steam for propulsion. Hero mounted a sphere on top of a water kettle. A fire below the kettle turned the water into steam, and the gas traveled through the pipes to the sphere. Two L-shaped tubes on opposite sides of the sphere allowed the gas to escape, giving a thrust to the sphere, causing it to rotate.
cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

An Introduction to Water Rocketry - ppt video online download

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Why I Love Biology

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Introduction to Biology HD

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Introduction to Biology HD

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

SCIENCE WARS - Acapella Parody

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Rahsia Air Kelapa Muda — Dr. Noordin Darus

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Jenis-Jenis PENYAKIT MATA, Gejala & Penyebabnya

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Mata Manusia dari Dekat, Keren atau Seram?

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Doctor pulls live TICK from inside patient's ear where it had been livin...



Doctor pulls live TICK from inside patient's ear where it had been living for days Ear, nose and throat surgeon Rahmat Omar was looking carrying out an exploratory procedure, to try and work out why the man was having pain from his ear A doctor filmed the revolting moment he removed a live tick from deep inside his patient's ear canal. Ear, nose and throat surgeon Rahmat Omar was trying to find out why the man was having pain in his ear. The doctor, 49, based in Kuala Lumpar, Malaysia, said: "The patient was in a lot of discomfort, they were so happy when I removed it. "It's certainly the first time I have ever seen this and I hope I never have to do this again." The shocked surgeon couldn't believe his eyes when he saw the tick inside the patient's ear during the removal and he carefully grabbed the wriggly insect and pulled it slowly out. He added: "It could have been very dangerous.".
cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

QR Attendance Using Google Drive with QR Codes Generator Add-ons

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Jahanam TCU RM2000 Punca Salah Jumper Bateri | Cara Jump Start Kereta

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Tingkatan 3 | Sains PT3 | Struktur dan Fungsi Sistem Saraf Manusia

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Cara merubah data excel menjadi aplikasi

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Creating Google Docs from Google Forms using Autocrat

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Selawat Tafrijiyyah 30 Minit

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Selawat Tafrijiyyah | Ustaz Nazrul Nasir

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Panduan carian ID Yes dengan skydrive

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

SKrip pengacara majlis jamuan akhir dan majlis perpisahan 2019

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Puan Rozana Binti Yunus

Hari yang indah penuh ceria
Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis Perpisahan sempena persaraan Pn Rozana bt Yunus, guru wibawa kesayangan warga SMK Taman Pelangi.

BismilLahir Rahmanir Rahim
Assalamu `Alaikum W.B.T.

Yang Berusaha
Pn Fareeza Binti Ab Rasip, Pengetua SMK Taman Pelangi

Yang Berusaha, guru-guru penolong kanan, SMK Taman Pelangi, guru-guru dan seterusnya murid-murid sekalian.


Selamat datang ke :
Majlis perpisahan sempena persaraan Yang Diraikan Pn Rozana bt Yunus, guru wibawa kesayangan warga SMK Taman Pelangi.

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Mohd Adli b. Mohd Noor

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ustaz untuk melafazkan doa.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih   atas bacaan doa itu tadi.


Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil guru, En Mohd Salleh Bin Azman. Dipersilakan.
Terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.


Terima kasih  

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada yang yang berusaha Pn Fareeza Binti Ab Rasip, pengetua SMK Taman Pelangi untuk menyampaikan ucapannya. Majlis mempersilakan, tuan.

Demikian tadi ucapan daripada Tuan Pengetua, SMK Taman Pelangi.

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Pn Rozana Binti Yunus.  Majlis dengan segala hormatnya  menjemput dan mempersilakan puan.

Itulah tadi  ucapan perpisahan dari insan yang kita raikan.



Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia khas mengisahkan perjalanan kehidupan Puan Rozana Binti Yunus. 


Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Yang Puan Bedah binti Lahman.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Pn. Fareeza Binti Ab Rasip    untuk mengiringi Yang Diraikan Pn. Rozana bt. Yunus untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Majlis mempersilakan puan berdua.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada barisan Pentadbir

Seterusnya Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati______________________________untuk menyampaikan cenderamata daripada ______________________________

Seterusnya Majlis mempersilakan kepada ______________________________untuk menyampaikan cenderamata daripada ______________________________

Dan yang terakhir, Majlis mempersilakan kepada _______________________________  untuk menyampaikan cenderamata daripada Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SMKTP

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan Pn. Rozana Binti Yunus.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang diraikan, Pn Rozana Binti Yunus atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian  .

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah
kita teruskan majlis kita dengan jamuan akhir tahun.

jamuan ini akan diselikan dengan cabutan hadiah istimewa dan persembahan dari setiap jabatan.

Pesembahan yang cukup istimewa sebentar tadi adalah dibawah pimpinan Guru Kanan Mata Pelajaran SMKTP.


Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, kita akan sama-sama beratur panjang untuk bersalaman dengan Puan Rozana Binti Yunus

Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn Bedah kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar puan akan bertambah ceria dan bahagia di samping keluarga dalam kehidupan seharian.



Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Doa Sempena Majlis Persaraan


بِسْمِ اللهِ اْلرَّحْمنِ اْلرَّحِيْم.
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar

Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menghulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan dan RahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga kesabaran, ketabahan dan kekuatan kepada Yang Berbahagia Pn. Rozana Binti Yunus yang akan bersara, menamatkan perkhidmatannya sebagai seorang guru. Moga baginya selepas bersara nanti, kehidupan yang penuh gembira, ceria dan bahagia, serta dikurniakan dengan kesihatan, kesejahteraan, ketenteraman dan ketenangan.

Allahumma Ya MunzilarRahmah wa Ya FatihalBarakah

Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepadanya dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan sepanjang bergelar sebagai seorang guru. Kau limpahkanlah Rahmat dan BerkatMu, sebagai ganjaran kepada semangat juang yang tidak pernah mengenal erti putus asa, di dalam memikul tanggungjawab sebagai pendidik, pemimpin dan ibu yang sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran, demi kecemerlangan anak bangsa. Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan, dan semangat beliau menjadi pendorong untuk kami meneruskan perjuangan sebagai seorang insan pendidik.

Allahumma Ya `Aalim wa Ya QadhialHajat

Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.

Ya Zal Jalali Wal Ikram

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang diRahmati, dan jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan yang diberkati.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأَخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار.ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.
cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Pantun Sempena Persaraan

*Pantun Sempena Persaraan*


Tua kelapa berguna
Tua manusia bermakna

Tuai padi di hujung bendang,
          Padi masak diintai tiak;
Belai budi disanjung datang,
          Sisi baik dikongsi  bijak.

Perigi  tuan semak siratan,
          Ukur tali nampak serupa;
Pergi tuan semarak ingatan, 
          Luhur budi tidak dilupa.

Amat ketara pucuk siantan,
          Rasa segar tepian titi;
Selamat bersara ufuk ingatan,
          Mekar jasa di taman bakti. 

Tuai padi tinggal jerami,
          Mega petang amat redup;
Dunia persaraan tuan alami,
          Moga tenang nikmati hidup.

Pahat papan serupa dulu,
          Bawah kain daun cermai;
Rehatlah tuan di dunia baru,
          Ukhuwah terjalin usah terurai.

Pandai terbilang putera perkasa,
          Tengok puteri akar dicari;
Andai ada ruang dan masa,

          Jenguklah kami bugarkan memori.
cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

BERZANJI البرزنجي RAWI 1

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

MAULID DIBA' + SHOLAWAT NABI | Teks Arab-Latin-Terjemahan

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

KHUTBAH JUMAAT 11 RABIUL AWAL 1441 / 08 NOVEMBER 2019

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

KULIAH JUMAAT KHAS MAULIDURRASUL 11 RABIUL AWAL 1441 / 08 NOVEMBER 2019

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Mesej

Abu Ad Darda lalu berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa melalui jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahnya jalan ke syurga. Sungguh, para Malaikat merendahkan sayapnya sebagai keredhaan kepada penuntut ilmu. Penduduk langit dan bumi hingga ikan yang ada di dasar laut akan mendoakan keampunan kepada orang yang menuntut ilmu. Kelebihan serang alim dibanding ahli ibadah seperti keutamaan rembulan pada malam purnama atas seluruh bintang. Para ulama adalah pewaris para nabi, dan para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanyalah mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya maka ia telah mengambil bahagian yang banyak." (HR Abu Daud No: 3157) Status: Sahih

Search This Blog

UPSR
Sept 2020


PT3(Geografi)
Julai 2020


PT3(Sejarah)
Mei 2020


PT3(Lisan Tutur)
April 2020

PT3(Lisan BM)
Ogos 2020

PT3(Lisan BI)
Ogos 2020

Ujian Bertulis PT3
Okt 2020


SPM
Dis 2020