My Muhasabah Diary.
to Share my Life Reflections

Scientific method

https://youtu.be/BVfI1wat2y8
cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

menjana pendapatan dengan membuat pelaburan yang menguntungkan

Anda boleh menjana pendapatan dengan membuat pelaburan yang menguntungkan. Walaubagaimana pun, tidak semua pelaburan boleh mendapat pulangan yang lumayan atau setimpal. Sebelum membuat pelaburan, kaji dahulu keuntungan yang boleh anda dapat, samaada pelaburan yang dibuat bersifat jangka masa panjang atau pendek. Berikut adalah tips untuk menjadi melabur yang bijak sekaligus meminimakan risiko didalam anda membuat pelaburan. Berjimat cermat adalah langkah pertama untuk memulakan langkah sebagai seorang pelabur yang berjaya. melainkan anda seorang yang kaya, atau mempunyai ahli keluarga yang baik hati. Menyimpan wang adalah langkah pertama sebelum anda mula melabur. Mengetahui 3 sumber perlaburan terbaik dalam mengembangkan kekayaan anda. – saham, hartanah dan perniagaan kecil – di mana anda berkongsi dalam kejayaan dan keuntungan aset. Bersikap realistik tentang tempoh pulangan dalam membuat pelaburan . Dalam jangka masa panjang , 9 hingga 10 peratus setiap tahun adalah kadar keuntungan yang baik untuk pelaburan pemilikan ( seperti saham dan hartanah) . Jika anda menjalankan perniagaan kecil , anda boleh mendapatkan pulangan yang lebih tinggi dan juga menjadi jutawan , tetapi tahun kerja keras dan wawasan dikehendaki . Membuat persiapan untuk jangka masa panjang . Kerana pelaburan pemilikan adalah lebih berisiko ( tidak menentu ) , anda mesti menyimpan perspektif jangka panjang apabila membuat pelaburan sebegini . Jangan melabur melainkan jika anda mempunyai perancangan untuk menunggu hasil keuntungan dari pelaburan anda untuk sekurang-kurangnya lima tahun , dan sebaik-baiknya satu dekad atau lebih lama. Menggunakan duit anda untuk masa yang sesuai bagi membuat pelaburan . Memilih pelaburan yang baik untuk diri sendiri dan sesuai untuk tempoh masa tertentu. Sebagai contoh , jika anda ingin menggunakan wang dalam tempoh satu tahun akan datang , beri tumpuan kepada pelaburan yang selamat , seperti dana pasaran wang . Membuat pelaburan hartanah adalah sesuai bagi tempoh jangka masa panjang dan untuk membina kekayaan. Mempelbagaikan pelaburan anda . Kepelbagaian adalah satu konsep bagi membantu anda untuk mengurangkan risiko . Sebagai contoh , jika anda melabur dalam saham , melabur di seluruh dunia , bukan sahaja di pasaran Malaysia. Anda seterusnya boleh mempelbagaikan pelaburan anda dalam sektor hartanah . Ukur baju dibadan sendiri . Memahami keadaan kewangan anda secara menyeluruh dan bagaimana melabur secara bijak . Sebelum anda melabur , memeriksa hutang anda , simpanan untuk masa kecemasan dan perlindungan insurans . Elakkan dari memikirkan detail yang rumit . Jangan merasa hairan dengan atau merasa perlu untuk mengikuti ketidakstabilan jangka pendek bagi pasaran kewangan . Anda bukan pakar analisis ekonomi. Harga saham , bon dan instrumen kewangan lain yang ditentukan oleh penawaran dan permintaan , dipengaruhi oleh beribu-ribu isu-isu luar ,berjuta-juta jangkaan dan kebimbangan pelabur. Mengira aset anda . Bagaimana anda membahagikan atau memperuntukkan wang anda di antara pelaburan utama (pelaburan jangka panjang atau pendek) sangat penting dalam menentukan pulangan anda . Semakin muda usia anda dan lebih banyak wang yang anda ada , lebih besar peratusan yang anda perlu menumpukan kepada pelaburan pemilikan (pelaburan jangka masa panjang). Membuat kajian sebelum melabur. Anda bekerja keras untuk wang anda , dan membuat pelaburan yang sia- sia merugikan diri anda . Bidang pelaburan bukannya tempat dimana anda bertindak dahulu, dan bertanya kemudian. Buat kajian dan rujuk pada orang yang tahu. Jangan sekali-kali membuat pelaburan berdasarkan iklan atau permintaan yang agen . Pastikan kos- kos sampingan yang perlu anda bayar apabila membuat pelaburan seperti pelaburan hartanah (kos guaman, duti setem dll.) Cuba kurangkan kos. Lebih banyak anda membayar komisen dan yuran pengurusan ke atas pelaburan anda , lebih kurang keuntungan pada pulangan anda . Jangan berundur apabila keadaan kelihatan sukar . Masa yang paling sukar ,secara psikologi , adalah untuk meyakini bahawa anda tidak membuat kesilapan walaupun pelaburan anda seakan- akan diambang kerugian . Malah pelaburan terbaik juga melalui tempoh tempoh sukar .Jangan tergesa- gesa untuk membuat jualan, mempertimbangkan membeli lebih . Abaikan desas desus atau kata- kata kosong. Meramal turun naik pasaran adalah sesuatu yang mustahil. Upah penasihat kewangan. Sebelum itu, timba ilmu sedikit sebanyak agar anda dapat menilai penasihat kewangan yang bagus atau tidak. Semak sama ada penasihat kewangan anda bertauliah atau tidak (CFP CHFc atau RFP), pengalaman, yuran ataupun komisyen dan keprihatinan penasihat yang dipilih. Ada 3 kategori penasihat kewangan. Kategori 1 : Ganjaran berasaskan komisyen Kategori 2 : Ganjaran berasaskan yuran Kategori 3 : Ganjaran berasaskan komisyen dan yuran. ( Kebanyakan penasihat kewangan tidak ada pengkhususan bidang.) Jangan mencemarkan minda anda dengan strategi pelaburan yang tidak masuk akal . https://izzuanamran91.wordpress.com/2015/02/10/menjadi-pelabur-yang-bijak/
cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

PIDATO : PEMANTAPAN BUDAYA KEUSAHAWANAN

PIDATO : PEMANTAPAN BUDAYA KEUSAHAWANAN Titipan terima kasih buat pengacara majlis, barisan panel hakim yang berpaksikan keadilan, sidang hadirin aspirasi Negara sekalian. Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Tanggal 13 Jun 2011, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan 9 inisiatif baru di bawah Transformasi Ekonomi Negara yang membabitkan pelaburan sebanyak RM2.27 bilion dan memberi impak kepada pendapatan Negara kasar sebanyak RM18.67 bilion serta mewujudkan 36,595 pekerjaan menjelang 2012. Salah satu penyumbang dalam kemajuan ekonomi Negara ialah para usahawan muda yang semakin ramai ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Usahawan terkemuka Negara seperti Tan Sri Lim Goh Tong, Tan Sri Ananda Krishnan dan Tan Sri Azman Hashim memulakan usaha mereka sejak pada usia muda lagi yang berpegang pada prinsip kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Sirat nirwana inilah yang membawa saya dengan penuh iltizam untuk menyampaikan tinta dan wacana para sarjana melalui mauduk pidato “ Pemantapan Budaya Keusahawanan Mampu Meningkatkan Kemajuan Ekonomi Negara “. Sebelum kata terungkai, sebelum madah terucap, definisi frasa saya jelaskan. Menurut kamus dewan edisi ke-4 , pemantapan budaya boleh didefinisikan sebagai satu usaha penstabilan dan pengukuhan tamadun, cara hidup atau pegangan. Manakala, keusahawanan merupakan kebolehan individu mengurus sumber yang ada untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan bagi kemakmuran masyarakat dan memacu pertumbuhan ekonomi Negara. Generasi muda ialah generasi Y yang melangkah kealam dewasa. Meningkatkan kemajuan ekonomi negara bererti mendorong kearah kepesatan pertumbuhan pndapatan negara. Sidang pendengar, penggerak wawasan. Indikator saya yang pertama di bawah lembayung kata, pemantapan budaya keusahawanan akan melahirkan generasi muda yang bersikap inovatif dan kreatif. Hal yang demikian dapat dilihat menerusi aktiviti dan program yang dijalankan di peringkat sekolah sepertimana aktiviti jualan kelab pelaburan bijak atau kelab pembangunan usahawan muda. Para pelajar yang menjadi usahawan muda sentiasa didorong untuk menjual produk baru yang belum ada di pasaran sekolah sama ada di kantin atau koperasi. Menerusi sikap inovatif dan kreatif itu juga usahawan muda ini mampu menghasilkan kelainan dari segi pembungkusan dan pemasaran. Dalam memenuhi citarasa pengguna, usahawan muda perlu mengambil kira 4 elemen penting dalam strategi perniagaan iaitu promosi, harga, tempat dan produk. Dengan itu, usahawan muda berpotensi meningkatkan permintaan agregat dan meluaskan pasaran hingga ke peringkat global. Tuntasnya, pembudayaan keusahawan membolehkan usahawan yang inovatif dan kreatif menggemblengkan idea dan tenaga serta memanfaatkan potensi, reputasi dan sumber yang ada untuk kemajuan ekonomi Negara. Sidang pendengar, pendokong kemajuan. Indikator yang kedua, di bawah nirmala kata pemantapan budaya keusahawanan mendorong generasi muda untuk mengurus semula keuntungan dengan budaya menabung seterusnya melabur kerana budaya keusahawanan itu sendiri menerap nilai berjimat-cermat dan sediakan payung sebelum hujan. Usahawan muda yang berjaya mestilah bijak membuat belanjawan daripada setiap keuntungan yang diperoleh dan memperuntukkan sebahagiannya untuk tabungan. Menurut teori Ekonomi Keynes, kita menggunakan wang untuk tiga tujuan, perbelanjaan terhadap barang-barang dan perkhidmatan, awasan terhadap perkara luar jangka serta spekulasi atau pelaburan iaitu menambah nilai wang yang sedia ada.Ahaaaa….jangan jadikan peluang pelaburan di Permodalan Nasional Berhad sebagai kos lepas. Sidang pendengar,pejuang kecemerlangan. Indikator yang ketiga, dibawah lembayung kata pemantapan budaya keusahawanan membentuk generasi muda yang berfikiran jauh, berani menghadapi risiko serta kuat jati diri. Kata orang, kalau takut dipukul ombak, jangan berumah di tepi pantai. Keberanian golongan muda menceburkan diri dalam bidang keusahawan merupakan sesuatu yang perlu dipuji. Anak pintar merupakan topik yang menarik perhatian ibu bapa, tetapi anak sebagai usahawan muda pintar jarang sekali diketengahkan sebagai landasan asas membina jati diri. Konsep melipatgandakan sumber yang ada perlu dilakukan berterusan oleh generasi muda. Secara tidak langsung, pemantapan budaya keusahawan akan mengatasi masalah pengangguran dan meluaskan peluang pekerjaan seterusnya meningkatkan KDNK dan pendapatan per kapita Negara. Sidang pendengar, harapan Negara. Indikator saya yang keempat, pemantapan budaya keusahawanan mampu mengekang masalah ekonomi seperti mengekang inflasi dan menepati konsep guna tenaga penuh kerana pada yang sama akan memaksimumkan penggunaan sumber. Usahawan muda yang bercita-cita tinggi menganggap persaingan sebagai cabaran dalam menyediakan barangan dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan pengguna. Budaya persaingan mampu meningkatkan kualiti barangan, memberi banyak pilihan serta menurunkan harga. Sebagai contoh, perniagaan menerusi internet yang bersifat interaktif kerana usahawan muda mendengar pendapat dan pandangan pengguna yang boleh diguna pakai dalam penghasilan produk. Sidang pendengar, berpanjikan 1 Malaysia. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di sungai, ayuh kita mantapkan budaya keusahawan sebagai wawasan dan terus majukan diri, kerana yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang. Pemantapan budaya keusahawanan mampu memacu kecemerlangan ekonomi Negara pada marcapada ini. Sekian, Assalamualaikum. http://saifulaswadi.blogspot.my/2012/09/pidato-pemantapan-budaya-keusahawanan_14.html
cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

The Quran uses bees, ants and spider to taunt its detractors.

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

[Pidato] Insurans dan Takaful, Keperluan atau Kemahuan?

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

[Pidato] Skim Cepat Kaya: Mengapa Masih Ramai Yang Tertipu?

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Johan Pidato Sektor Kewangan Piala Gabenor BNM 201

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Johan Pidato Piala KPPA 2017 [Mohd Hariri - Jakim]

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Eksplorasi dunia grafik 2018

Alhamdulillah

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Photoshop CC 2018 Tutorial - Designed for Beginners

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

The complex geometry of Islamic design - Eric Broug

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Sijil pengenalan pertolongan cemas

Alhamdulillah, semoga bermanfaat Dan menjadi inspirasi

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

How to Find Amino Acids in Everyday Foods

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

How Vaccines Work in the Human Body Animation - Immune System Response t...

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

How the Body Absorbs and Uses Medicine | Merck Manual Consumer Version

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Osteoporosis Animation Module 3.m4v

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

How Your Body Uses Cholesterol

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Know About Good & Bad Cholesterol (HDL & LDL) - Manipal Hospital

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Lipids Digestion and Absorption

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

The Cell - an intro for kids - Sanger Academy

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Cell - Structure and Functions - Introduction to Cells - Science - Class 8

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

DNA - What is DNA? - Basics of DNA

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Biology: Cell Structure

Biology: Cell Structure
cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Enzymes- a fun introduction

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Lipids - Structure Of Lipids - Structure Of Fats - Triglycerides, Phosph...

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Protein Structure and Protein Denaturation HD Animation

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

how muscles grow

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Top 10 Foods High In Protein 2017 [HD]

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Do You Need More Protein Than You Think You Do?

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Top 10 Best Low Carbohydrate Foods

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Top 10 Foods Highest In Carbohydrates

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Is Masturbation Good For You?

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Is There A Pimple Cure? jerawat

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

3D animation of how IVF works

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

24 Hours with a newborn baby

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

40 Weeks Pregnant: Your Baby is Now Ready For Delivery

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Your Baby's Weekly Development Fetal Development Week by Week‎

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Fetal development month by month: Stages of Baby Growth in the Womb

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Baby Process from 0 to 9months.. full version..

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

A Journey before the "BEGINNING OF BIRTH"

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

OVULATION & THE MENSTRUAL CYCLE

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

DIALYSIS

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Mesej

Abu Ad Darda lalu berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa melalui jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahnya jalan ke syurga. Sungguh, para Malaikat merendahkan sayapnya sebagai keredhaan kepada penuntut ilmu. Penduduk langit dan bumi hingga ikan yang ada di dasar laut akan mendoakan keampunan kepada orang yang menuntut ilmu. Kelebihan serang alim dibanding ahli ibadah seperti keutamaan rembulan pada malam purnama atas seluruh bintang. Para ulama adalah pewaris para nabi, dan para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanyalah mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya maka ia telah mengambil bahagian yang banyak." (HR Abu Daud No: 3157) Status: Sahih

Search This Blog

UPSR
Sept 2020


PT3(Geografi)
Julai 2020


PT3(Sejarah)
Mei 2020


PT3(Lisan Tutur)
April 2020

PT3(Lisan BM)
Ogos 2020

PT3(Lisan BI)
Ogos 2020

Ujian Bertulis PT3
Okt 2020


SPM
Dis 2020