My Muhasabah Diary.
to Share my Life Reflections

Panduan menulis surat

PANDUAN MENULIS SURAT RASMI                                              


Panduan yang diberikan untuk kegunaan jabatan kerajaan dan bukan untuk tujuan peperiksaan awam.


Cara menulis surat rasmi:


1.  Nama dan Alamat Pengirim :   


1.5   Nama pengirim ialah nama jabatan atau pejabat.


1.6   Lambang Kerajaan Malaysia diletakkan di sebelah kiri alamat pengirim.


1.7   Jarak nama dan alamat pengirim dari atas ialah “3 cm”.


1.8   Jarak nama dan alamat pengirim dari tepi ialah “2 cm”.


1.9   Pada akhir setiap baris hendaklah diletakkan tanda koma  “, “.


1.10                        Pada baris akhir diletakkan tanda noktah “ . “.


1.11                        Hendaklah dibuat satu garisan panjang melintang muka surat di bawah nama dan alamat pengirim iaitu dengan jarak “Langkau Dua”.


1.12                        Nama dan alamat pengirim boleh ditulis dengan huruf besar.


2.  Nombor Telefon dan Faks:


    2.1 Hendaklah ditulis di sebelah kanan bertentangan dengan baris akhir alamat  


          pengirim.


.


3. Nama dan Alamat Penerima:


    3.1 Nama dan alamat penerima ditulis dengan langkau dua di bawah garis lintang 


          dan sama lajur dengan nama dan alamat pengirim.


    3.2 Nama penerima hendaklah ditulis dengan lengkap termasuk gelaran dan


          pangkat.


          Contoh: Yang Berbahagia Profesor Tan Sri Datuk Dr. Haji ( isim),


    3.3 Di bawah nama penerima hendaklah ditulis nama jawatan dan dikuti dengan  


          alamat pejabat.


    3.4 Rujukan kehormat hendaklah ditulis bersesuaian dengan kedudukan atau


          pangkat.


         Contoh : Yang Berbahagia Datuk Abdul Rafie bin Mahat,


                        Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia,


                        Kementerian Pendidikan Malaysia,


                        Paras 7 ,Blok J Utara,Pusat Bandar Damansara,


                        50604  Kuala Lumpur. 


11.2Pada hujung baris diletakkan tanda koma.


11.3 Baris akhir alamat penerima hendaklah diletakkan tanda noktah .


11.4Sekiranya surat tersebut dikirimkan melalui ketua penerima ,hendaklah ditulis


“ Melalui dan salinan:”. Jaraknya ialah langkau dua di bawah alamat penerima.


Contoh :


En. Yunos bin Husin,


Penyelia Pendidikan Daerah,


Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar,                      (Penerima)


33000 Kuala Kangsar,Perak.


Melalui dan salinan:


Pegawai Pendidikan Daerah,


Pejabat Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar,        (Ketua Penerima)


33000 Kuala Kangsar,Perak.


11.5Sekiranya surat tersebut dikirimkan kepada penerima melalui ketua pengirim, hendaklah ditulis “Melalui dan salinan:”. Jaraknya ialah langkau dua di bawah alamat penerima.


Contoh : Guru besar menulis surat kepada Pengarah Pendidikan Perak melalui


               Pegawai Pendidikan Daerah.


Pengarah Pendidikan Perak,


Jabatan Pendidikan Perak ,


Jalan Tun Abdul Razak,                                                  (Penerima)


30640 Ipoh,Perak.


Melalui dan salinan:


Pegawai Pendidikan Daerah,


Pejabat Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar,        (Ketua Pengirim)


33000 Kuala Kangsar,Perak.


4. Nombor Rujukan:


     4.1 Nombor rujukan surat ditulis di sudut kanan, langkau satu di bawah garis


           lintang.


     4.2 Nombor rujukan penerima ditulis di sebelah atas dan diikuti dengan nombor


           rujukan pengirim di bawahnya.    


   5. Tarikh :


       5.1 Tarikh hendaklah ditulis di sebelah kanan muka surat pada baris yang sama


             dengan baris akhir alamat penerima.


1.1     Hari bulan ditulis dalam bentuk angka,nama bulan dieja penuh dengan huruf


       besar atau kecil dan tahun ditulis penuh dengan angka.


   6. Untuk Perhatian:


       6.1 Untuk perhatian ditulis dalam kurungan . Boleh ditulis dengan frasa penuh atau


             dalam bentuk akronim.


     (Untuk perhatian: Ketua Sektor Pengurusan Sekolah)


                                  atau


     (u.p. : Ketua Sektor Pengurusan Sekolah )


 7. Perkataan Menghadap Surat:


     Iaitu panggilan (sapaan) atau rujukan kehormat kepada penerima.


1.1     Panggilan ini mesti sesuai dengan darjat,pangkat, gelaran dan jantina penerima.


Contoh :


Yang Berhormat,


Yang Mulia,


Yang Berhormat Mulia,


Tan Sri,


Dato’,   atau Datuk,


Tuan,  atau Puan, 


Catatan: Sapaan bagi ketua jabatan tidak terikat kepada jantina.Contohnya


               sapaan “tuan” boleh digunakan bagi ketua jabatan lelaki atau


               perempuan. Begitu juga sapaan kepada penerima yang umum


               digunakan sapaan “tuan”. 


1.2     Panggilan menghadap surat ini hendaklah ditulis dengan langkau dua di bawah nama dan alamat penerima dan selajur dengan alamat penerima.


1.3     Letakkan tanda koma “ ,” di hujungnya.


8. Perkara atau Tajuk Surat:


     8.1 Ditulis dengan langkau dua di bawah perkataan menghadap surat iaitu selajur


           dengan nama dan alamat pengirim serta penerima.


     8.2 Tajuk surat hendaklah tepat,ringkas dan padat serta dapat membayangkan  


            kandungan surat.


     8.3 Huruf pertama pada setiap perkataan hendaklah ditulis dengan huruf besar dan


           digariskan.


     8.4 Jika tajuk surat  lebih daripada satu baris, hanya baris terakhir digariskan.


     8.5 Tajuk surat tidak perlu diletakkan noktah.


            Contoh:


           Maklumat Guru Sandaran Tidak Terlatih,Guru Kursus Dalam Cuti dan


           Guru Kontrak Bagi Daerah Kuala Kangsar  Tahun 2003  


9.  Pemerengganan: 


      9.1 Perenggan pertama atau pembuka surat ditulis dengan langkau dua di bawah 


            tajuk  dan dimulakan selajur dengan tajuk,nama dan alamat pengirim dan


            penerima.


      9.2 Perenggan pertama tidak dinomborkan dengan nombor “1” tetapi jika ada


            pecahan maklumat yang hendak disampaikan boleh gunakan pecahan berikut:


            1.1


            1.2


            1.3 … dan seterusnya.


     9.3 Perenggan kedua dan seterusnya dinomborkan dengan angka dan noktah.


     9.4 Jarak antara satu perenggan dengan perenggan yang lain ialah langkau dua.


     9.5 Bagi perenggan yang mempunyai pecahan hendaklah digunakan pecahan :


           2.1


           2.2


           2.3 … dan seterusnya.


           Jika ada pecahan seterusnya gunakan huruf ( abjad)


           (a)


           (b)


           (c) … dan seterusnya.


10. Penutupan  Surat : 


.


       10.1 Penutupan surat rasmi hendaklah ringkas,tepat dan sesuai dengan tujuan    


               atau hasrat surat tersebut dan tiada nombor.


       10.2 Penutupan surat rasmi terdapat tiga penanda wacana dan cogan kata iaitu:


a.      Penanda Antisipasi


b.      Penanda  Penamat


c.      Cogan Kata


d.      Penanda Akuan atau Rujukan Diri


1.1      Contoh Penanda Antisipasi :


a.      Kerjasama tuan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


b.      Atas jasa baik tuan mempertimbang permohonan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.


c.      Kesudian tuan melapangkan masa bagi menerima jemputan kami amatlah disanjung tinggi dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.  .


1.2       Contoh Penanda Penamat:


a.      Sekian terima kasih.


b.      Sekian.


c.      Sekian untuk perhatian dan makluman tuan.


1.3      Contoh Cogan Kata: Ditulis dengan huruf besar dalam kata petik (“ ”)


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”.


 


1.4       Contoh Penanda Akuan atau Rujukan Diri:


a.      Saya yang menurut perintah,


b.      Yang benar,


c.      Patik dengan hormat dan takzimnya,


1.5      Di hujung kata akuan hendaklah diletakkan tanda koma “,”


1.6      Kata akuan ditulis sebelah kiri selajur dengan penutupan dengan jarak langkau dua di bawah cogan kata.


.


11. Tandatangan dan Nama Pengirim:


       11.1 Tandatangan diturunkan di bawah  Penanda Akuan.


1.5         Di bawah tandatangan ditulis nama penuh pengirim dengan huruf besar dan  


         diletakkan dalam kurungan .Di bawahnya ditulis nama jawatan dan perkataan  


          “bagi pihak”  ketua jabatan jika berkaitan.


1.6         Tidak boleh tulis kata sapaan sebelum nama seperti Encik,Tuan, Yang


          Berhormat, Yang Mulia dan lain-lain lagi.


1.7         Perkataan “bagi pihak” biasanya ditulis dalam akronim “ b.p.”


1.8         Di bawah jawatan tidak perlu letak alamat pejabat.


12.Salinan Kepada :


   12.1 Sekiranya perlu dikirimkan salinan surat tersebut kepada pihak lain,tuliskan


           dalam jarak langkau dua di bawah nama pengirim.


           a. Jika salinan surat untuk edaran dalaman dan jabatan yang sama ,nama         


                penerima tidak perlu dituliskan alamat penuh.


            Contoh:


            s.k. :


                  1. Pengarah Pendidikan Perak.


                  2. Timbalan Pengarah Pendidikan Perak.


                  3. Semua Ketua Sektor.


                  4. Semua Pegawai Pendidikan Daerah.


b.   Jika salinan surat untuk dihantar kepada pihak lain di luar jabatan


      hendaklah ditulis nama penerima dan beralamat penuh.


      Contoh:


      s.k. :


1.    Pengarah Pendidikan Melaka,


                                Jabatan Pendidikan Melaka,


                                Jalan Bukit Beruang,


                                75902 Melaka.


5.        Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan,


Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan,


Jalan Dato’ Hamzah,


70990 Seremban,Negeri Sembilan..


b.      Di bawah “salinan kepada “boleh juga diltuliskan arahan-arahan


     tertentu.


  Contoh:


                     s.k.: 


                           1.  Guru Besar SK. Kampung Maamor,Sungai Siput(U):


                                Sila kemukakan dokumen berikut ke  Jabatan Pendidikan Perak


                                 ( u.p.: Ketua Sektor Pengurusan  Perkhidmatan Pendidikan ) :


      1.1 6 salinan Laporan Perubahan ( Kew 8 ) mengikut Pekeliling Jabatan


            Pendidikan Perak ( Perkhidmatan Tadbiran ) Bil .2 Tahun 1984 bertarikh 


      21.7.1984 bersama –sama  baucar  tuntutan mengikut Pekeliling  


      Jabatan Pendidikan Perak  “ J.Pel.Pk.Kew.889/64 Pt. II  (55 ) & ( 83 )


      masing-masing bertarikh 27.12.1984   dan 5.3.1986 bagi tujuan


      mempercepat bayaran elaun guru sandaran.


                 1.2 Salinan sijil akademik yang disahkan.


                 1.3 Surat penerimaan jawatan ( Lampiran C ).


     1.4 Surat Sumpah Bukan Penjenayah dan Bukan Penagih Dadah bagi guru   


           sandaran yang pertama kali dilantik. Jika pelantikan kali kedua sila


           sertakan salinan yang diakui sah. Bagi tujuan mempercepat pembayaran


           elaun dokumen-dokumen ini boleh dihantar kemudian.


                         2.  Ketua Sektor Pengurusan Sekolah (u.p: Ketua Unit Sekolah Rendah).


13. Penulisan Muka Surat:


      Ditulis di hujung sebelah kanan atau di bahagian tengah.Sebaiknya ada


      penanda sambungan di muka surat  sebelah sekiranya ada sambungan.


 


 


CONTOH SURAT MINTA MAKLUMAT


 

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR,


JALAN TUN ABDUL RAZAK,                                                  Telefon : 05-7761184


PETI SURAT 84,                                                                                  05-7766354


33007 KUALA KANGSAR.         (ALAMAT PENGIRIM)           Faks      : 05-7761188


 


_________________________________________________________________


(PENERIMA)                                             (RUJUKAN)


Semua Guru Besar,                                Ruj. Tuan  : 


Sekolah Jenis Kebangsaan Cina,           Ruj. Kami :  PPD. KK/ 02/04/037 R/ ( 30 )


Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil,


Daerah Kuala Kangsar.                          Tarikh       :  13 September 2003


Tuan,


 


Maklumat GuruSandaran Tidak Terlatih,Guru Kursus Dalam Cuti


dan Guru Kontrak         ( TAJUK SURAT)


 


Dengan hormatnya  saya merujuk perkara di atas dan  memaklumkan bahawa  pihak Pejabat Pendidikan Daerah sedang mengemaskinikan maklumat tersebut .    (PENANDA RUJUKAN)


1.                                        Sehubungan dengan ini, tuan diminta menghantar maklumat tersebut


untuk perhatian Penolong Pegawai Pendidikan Daerah  (R ) pada18 September 2003.


                 (PENANDA PERINTAH)


3.                  Bersama-sama ini, disertakan Lampiran A,B,C, dan D untuk tindakan tuan selanjutnya.   (PENANDA PENYERTAAN)


Kerjasama tuan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.   (PENANDA ANTISIPASI)


Sekian terima kasih.     (PENANDA PENAMAT)


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”    (COGAN KATA)


Saya yang menurut perintah,   (PENANDA AKUAN/RUJUKAN DIRI)


 


(ABD. RASHID BIN OMAR )


Penolong Pegawai Pendidikan Daerah ( R ),


b. p. Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar.


 


CONTOH SURAT PANGGILAN MESYUARAT


 

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR,


JALAN TUN ABDUL RAZAK,                                                  Telefon : 05-7761184


PETI SURAT 84,                                                                                  05-7766354


33007 KUALA KANGSAR.                                                    Faks      : 05-7761188


 


_________________________________________________________________


(PENERIMA)                                             (RUJUKAN)


Semua Guru Besar,                                       Ruj. Tuan  : 


Sekolah Rendah,                                           Ruj. Kami  :  PPD. KK/ 02/04/037 R/ ( 31 )


Daerah Kuala Kangsar.                                 Tarikh       :  15 September 2003


Tuan,


 


Mesyuarat Pengurusan Sekolah Rendah


Daerah Kuala Kangsar Kali Keenam  Tahun 2003( TAJUK SURAT)


 


Dengan hormatnya  saya merujuk perkara di atas dan  memaklumkan bahawa  mesyuarat  tersebut akan diadakan seperti yang berikut:


(PENANDA RUJUKAN)


                     Tarikh    :  24 September 2003  ( Rabu  ).


                     Masa     :  9.00  Pagi.


                     Tempat  :  Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tsung Wah,Kuala Kangsar.  


2.                  Sehubungan dengan ini,  tuan dijemput hadir  dalam mesyuarat tersebut.


(PENANDA PERINTAH)


3.                   Bersama-sama ini, disertakan agenda mesyuarat dan minit mesyuarat yang lalu untuk makluman dan tindakan  tuan.


( PENANDA PENYERTAAN)


Kerjasama tuan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.    (PENANDA ANTISIPASI)


Sekian terima kasih.     (PENANDA PENAMAT)


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”  (COGAN KATA)


Saya yang menurut perintah, (PENANDA AKUAN/RUJUKAN DIRI)


 


(ABD. RASHID BIN OMAR)


Penolong  Pegawai  Pendidikan Daerah( R ),


b.p.  Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar.


CONTOH SURAT JEMPUTAN


 


 

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR,


JALAN TUN ABDUL RAZAK,                                          Telefon : 05-7761184


PETI SURAT 84,                                                                                05-7766354


33007 KUALA KANGSAR.                                                Faks      : 05-7761188


 


________________________________________________________________________________


(PENERIMA)                                                                    (RUJUKAN)


Yang Berbahagia,                                          Ruj. Tuan  : 


Dato’ Haji Adnan bin Haji Ibrahim,                 Ruj. Kami :  PPD. KK/ 02/04/037 R/ ( 13 )


Pengarah Pendidikan Perak,


Jabatan Pendidikan Perak,


Jalan Tun Abdul Razak,


30640 Ipoh,Perak.                                         Tarikh       :  3 Mac  2003


Yang Berbahagia Dato’,


 


Jemputan Perasmian Pembukaan Kejohanan Olahraga Tahunan


Daerah Kuala Kangsar Kali Ke-20 Tahun 2003         ( TAJUK SURAT)


 


Dengan hormatnya  saya merujuk perkara di atas dan  memaklumkan bahawa Kejohanan Olahraga Tahunan Daerah Kuala Kangsar Kali Ke-20 akan diadakan seperti yang berikut :    (PENANDA RUJUKAN)


                    Tarikh    : 7 – 9 Mac 2003.


                    Masa     : 8.30 Pagi hingga 5.00 Petang.


                    Tempat  : Padang Kolej Melayu, Kuala Kangsar.


2.                  Dengan sukacitanya pihak kami menjemput Yang Berbahagia Dato’ untuk merasmikan majlis pembukaan kejohanan tersebut pada 7 Mac 2003 ,pukul 2.30 petang


di Padang Kolej Melayu,Kuala Kangsar.


                 (PENANDA PERINTAH- PERMINTAAN )


Atas kesudian Yang Berbahagia Dato’ menerima jemputan ini  amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.   (PENANDA ANTISIPASI)


Sekian terima kasih.     (PENANDA PENAMAT)


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”    (COGAN KATA)


Saya yang menurut perintah,   (PENANDA AKUAN/RUJUKAN DIRI)


 


 


(HAJAH ZAWIYAH BINTI AHMED, AMN.)


Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar


CONTOH SURAT “LAMPIRAN”


 

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR,


JALAN TUN ABDUL RAZAK,                                                  Telefon : 05-7761184


PETI SURAT 84,                                                                                  05-7766354


33007 KUALA KANGSAR.                                                    Faks      : 05-7761188


 


_________________________________________________________________


(PENERIMA)                                             (RUJUKAN)


Ketua Unit Sekolah Rendah,                         Ruj. Tuan  : 


Jabatan Pendidikan Perak,                           Ruj. Kami  :  PPD. KK/ 02/04/037 R/ ( 25)


Jalan Tun Abdul Razak,                               


30640 Ipoh,Perak.                                         Tarikh       :  2 Ogos  2003


Tuan,


 


Data Guru ,Murid  dan Kelas Daerah Kuala Kangsar Pada 31 Julai 2003


( TAJUK SURAT)


Dengan hormatnya  saya merujuk perkara di atas dan  bersama-sama ini disertakan  Data Guru,Murid dan Kelas Daerah Kuala Kangsar Pada 31 Julai 2003 untuk tindakan tuan.


(PENANDA RUJUKAN DAN PENANDA PENYERTAAN)


Sekian terima kasih.     (PENANDA PENAMAT)


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”  (COGAN KATA)


Saya yang menurut perintah, (PENANDA AKUAN/RUJUKAN DIRI)


 


 


 


(ABD. RASHID BIN OMAR)


Penolong  Pegawai  Pendidikan Daerah ( R ),


b.p.  Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar.


PENANDA WACANA


Ungkapan yang digunakan dalam surat rasmi bagi menerangkan sesuatu kandungan surat supaya lebih bermakna atau signifikan.


1. Penanda Rujukan:


    Pada kebiasaannya ungkapan ini digunakan pada awal ayat atau perenggan


    pertama.


    Contoh:


1.5  Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas dan memaklumkan…


1.6  Dengan hormatnya saya merujuk surat daripada Kementerian Pendidikan Malaysia  yang  rujukannya KP (AM)2952/18/(20) bertarikh 26 Mei 2003 tentang perkara di atas.


2. Penanda Penyertaan:


    Ungkapan yang digunakan untuk memberi isyarat bahawa ada disertakan sesuatu.


    Contoh:


    2.1  Bersama-sama ini,disertakan “Lampiran A” untuk tuan kemas kini…


1.1     Bersama-sama ini, saya lampirkan… 


2.3  Dengan ini saya lampirkan sesalinan helaian yang tuan kehendaki.


3. Penanda Makluman:


    Ungkapan yang menunjukkan adanya pemakluman yang dibuat.


    Contoh:


    3.1 Dengan ini dimaklumkan bahawa…


    3.2 Sukacita dimaklumkan bahawa…


    3.3 Dukacita dimaklumkan bahawa…


    3.4 Dengan  sukacita dimaklumkan bahawa…


4. Penanda Perintah atau Arahan:


    Ungkapan yang digunakan untuk menunjukkan perintah.


   Contoh:


   4.1 Perintah kasar atau tegas:


a.      Saya telah diarahkan bagi memberitahu tuan…


b.      Dengan ini tuan diingatkan bahawa…


c.      Seyogia tuan diingatkan supaya…


d.      Saya diarahkan merujuk perkara di atas dan memaklumkan bahawa…


e.      Sila beri sebab tindakan tatatertib tidak boleh diambil terhadap tuan.


1.5  Memberi Harapan:


a.      Dengan ini diharapkan tuan…


b.      Pihak kami mengharapkan tuan dapat…


c.      Saya mengharapkan tuan memaklumkan perkara tersebut kepada…


1.6  Nasihat :


a.      Tuan dinasihatkan supaya…


b.      Dengan ini tuan dinasihatkan supaya lapor diri dengan segera.


c.      Pihak tuan didapati melanggar peraturan… dan dinasihatkan…


1.7  Permintaan:


a.      Saya memohon jasa baik tuan…


b.      Diharapkan tuan sudi melapangkan masa untuk bersama-sama kami pada hari tersebut.


c.      Sukacita sekiranya mendapat kerjasama daripada…


d.      Ingin saya mendapatkan penjelasan tuan tentang…


5. Penanda Sebab-musabab:


    Ungkapan yang menunjukkan penanda sesuatu peristiwa yang menyebabkan


    peristiwa yang lain berlaku.


    Contoh:


    5.1 Saya berkeberatan menerima jemputan tersebut kerana…


    5.2 Kejadian tersebut amatlah dikesali dan pihak kami…


    5.3 Terima kasih atas jemputan tuan tetapi saya memohon maaf kerana…


    5.4 Atas kesulitan yang timbul amatlah dikesali dan… 


6. Penanda Matlamat:


    Ungkapan yang menunjukkan danya matlamat atau tujuan yang hendak dicapai.


    6.1 Untuk tujuan…


    6.2 Untuk pengetahuan tuan…


    6.3 Untuk makluman tuan…


7. Penanda Perwakilan:


    Ungkapan yang digunakan bagi menandakan wakil bagi pihak tertentu.


    7.1 Bagi pihak kakitangan jabatan ini,saya…


    7.2 Bagi pihak semua anggota keluarga jabatan ini, ingin saya…


1.4     Sebagai wakil Jabatan Pendidikan Perak ,saya ingin memaklumkan… 


8. Penanda Pendapat:


    Ungkapan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu pendapat.


    8.1 Berhubung dengan perkara di atas, saya ingin mencadangkan…


    8.2 Ekoran perbincangan antara  pegawai daripada jabatan tuan dengan pihak kami


          tempoh hari, saya ingin mencadangkan…


    8.3 Oleh sebab tuan akan menghadiri persidangan tersebut, dicadangkan…


9. Penanda Penegas:


     Ungkapan yang digunakan bagi memberi penegasan terhadap sesuatu perkara.


    9.1 Dengan hormat dimaklumkan bahawa tuan dikehendaki…


    9.2 Dengan ini, menjadi harapan kami…


    9.3 Dengan ini, didapati pihak tuan telah …


10. Penanda Sambungan:


      Ungkapan yang digunakan bagi menunjukkan kaitan peristiwa dari segi waktu.


      10.1 Sebagai lanjutan surat saya dahulu…


      10.2 Berikutan daripada percakapan kita tempoh hari…


      10.3 Dalam mesyuarat tempoh hari telah diputuskan bahawa…


11.  Penanda Sikap:


      Ungkapan yang digunakan bersifat emotif tertentu dan boleh dibahagikan kepada


      positif dan negatif.


      11.1 Positif :


i.                    Saya merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan tuan…


ii.                  Saya  tidak berhalangan membenarkan pegawai tersebut menghadiri…


iii.                Saya tidak berkeberatan…


1.5         Negatif:


i.                    Dukacita dimaklumkan bahawa saya tidak membenarkan…


ii.                  Kejadian itu sangat dikesali kerana pihak tuan tidak…


iii.                Pihak kami berhalangan membenarkan pegawai tersebut…


12. Penanda Antisipasi:


      Ungkapan ini biasanya digunakan pada akhir surat yang berkaitan dengan 


      penghargaan dan sebab-musabab.


      12.1 Atas kerjasama tuan itu saya dahului dengan ucapan terima kasih.


      12.2 Kerjasama tuan dalam hal ini didahului dengan ucapan terima kasih.


     12.3 Dengan kehadiran tuan  akan menyerikan lagi majlis kami.


   .


     12.4 Atas pertimbangan tuan bagi permohonan ini amatlah dihargai dan didahului


             dengan jutaan terima kasih.


     12.5 Atas kesudian tuan menerima jemputan ini amatlah dihargai dan didahului


             dengan ucapan jutaan terima kasih.


13. Penanda Penamat:


      Ungkapan yang memberikan isyarat akan berakhirnya isi surat.


      13.1 Sekian terima kasih.


      13.2 Sekian.


      13.3 Sekian jutaan terima kasih.


14. Penanda Akuan  atau Rujukan Diri:


      Ungkapan ini hendaklah bersesuaian dengan tujuan menulis surat,situasi pengirim


      dan hubungannya dengan penerima.


      14.1 Yang benar,


      14.2 Saya yang menurut perintah,


      14.3 Patik dengan hormat dan takzimnya,


.


SAPAAN (Sistem Panggilan dan Rujukan Kehormat)


Sapaan yang diberikan di bawah ialah yang berkaitan dengan majlis rasmi dan surat rasmi. Sapaan melibatkan panggilan seperti yang berikut:


1. Kata pembuka rujukan kehormat : Kebawah  ( Sultan)


2. Rujukan kehormat : Duli Yang Maha Mulia (Sultan),Yang Berhormat (ADUN).


3. Gelaran jawatan : Yang di-Pertuan Agong (Agong)


4. Gelaran raja : Sultan


5. Gelaran keagamaan : Haji


6. Gelaran bahasa Arab: Al-Musta’in Billah


7. Gelaran warisan: Nik, Syed.


8. Gelaran akademik dan ikhtisas: Profesor (ikhtisas) , Doktor (akademik).


9. Gelaran adat: Datuk Baginda Besar (Negeri Sembilan)


10. Gelaran kurniaan: Tan Sri, Dato’ Seri,Datuk.


11. Gelaran kurniaan tanpa bintang: Dato’ Seri Wangsa Diraja (Perak)




https://jenrysaiparudin.wordpress.com/2012/11/12/format-surat-kiriman-rasmi/

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

100 perintah

Assalamu'alaikum wbt
*100 PERINTAH ALLAH DALAM QURAN UNTUK KEHIDUPAN MANUSIA SEHARI-HARI (Ulang kaji)*

*1. Jangan berkata kasar* (QS 3 – Ali Imran : 159)

*2. Tahanlah marah*(QS 3 – Ali Imran : 134)

*3. Berbaiklah kepada orang lain* (QS 4 – An Nisaa’ : 36)

*4. Jangan sombong dan bongkak*(QS 7 – Al A’raaf : 13)

*5. Maafkanlah kesalahan orang lain* (QS 7 – Al A’raaf : 199)

*6. Berbicaralah dengan nada halus dan bersopan* (QS 20 – Thaahaa : 44)

*7. Rendahkanlah suaramu* (QS 31 - Luqman : 19)

*8. Jangan mengejek orang lain* (QS 49 – Al Hujuraat : 11)

*9. Berbaktilah pada orang tua (ibu bapa)* (QS 17 – Al Israa’ : 23)

*10. Jangan mengeluarkan kata yang tidak menghormati orang tua ( ibu bapa)* (QS 17 – Al Israa’ : 23)

*11. Jangan memasuki bilik peribadi ibu bapa tanpa izin* (QS 24 – An Nuur : 58)

*12. Catatlah hutang-hutangmu* (QS 2 – Al Baqarah : 282)

*13. Jangan mengikuti orang secara membabi buta* (QS 2 – Al Baqarah : 170)

*14. Berikanlah lanjutan waktu bila orang yang berhutang kepadamu dalam kesempitan* (QS 2 – Al Baqarah : 280)

*15. Jangan makan riba’/membungakan wang* (QS 2 – Al Baqarah : l

*16. Jangan melakukan rasuah)* (QS 2 – Al Baqarah : 188)

*17. Jangan ingkar atau melanggar janji* (QS 2 – Al Baqarah : 177)

*18. Jagalah kepercayaan orang lain kepadamu* (QS 2 – Al Baqarah : 283)

*19. Jangan campur adukan kebenaran dengan kebohongan* (QS 2 – Al Baqarah : 42)

*20. Berlakulah adil terhadap semua orang* (QS 4 – An Nisaa’ : 58)

*21. Tegakkanlah keadilan dengan tegas* (QS 4 – An Nisaa’ : 135)

*22. Harta yang meninggal harus dibagikan kepada anggota keluarga* (QS 4 – An Nisaa’ : 7)

*23. Wanita memiliki hak waris* (QS 4 – An Nisaa’ : 7)

*24. Jangan memakan harta anak yatim* (QS 4 – An Nisaa’ : 10)

*25. Lindungi anak yatim* (QS 2 – Al Baqarah : 220)

*26. Jangan memboroskan harta dengan sewenang-wenangnya* (QS 4 – An Nisaa’ : 29)

*27. Damaikanlah orang yang berselisih* (QS 49 – Al Hujuraat : 9)

*28. Hindari perasangka buruk* (QS 49 – Al Hujuraat : 12)

*29. Jangan memfitnah orang* (QS 2 – Al Baqarah : 283)

*30. Jangan memfitnah orang* (QS 49 – Al Hujuraat : 12)

*31. Gunakan harta untuk kegiatan sosial* (QS 57 – Al Hadid : 7)

*32. Biasakan memberi makan orang miskin* (QS 107 – Al Maa’uun : 3)

*33. Bantulah orang fakir yang berada di jalan Allah* (QS 2 – Al Baqarah : 273)

*34. Jangan menghabiskan wang untuk bermegah-megah* (QS 17 – Al Israa’ : 29)

*35. Jangan menyebut-nyebut tentang sedekahmu* (QS 2 – Al Baqarah : 264)

*36. Hormatilah tetamu anda* (QS 51 – Adz Dzaariyaat : 26)

*37. Perintahkan kebajikan setelah kita melakukannya sendiri* (QS 2 – Al Baqarah : 44)

*38. Jangan berbuat kerosakan di muka bumi* (QS 2 – Al Baqarah : 60)

*39. Jangan menghalangi orang datang ke masjid* (QS 2 – Al Baqarah : 114)

*40. Perangilah mereka yang memerangi mu* (QS 2 – Al Baqarah : 190)

*41. Jagalah etika perang* (QS 2 – Al Baqarah : 191)

*42. Jangan lari dari peperangan* (QS 8 – Al Anfaal : 15)

*43. Tidak ada paksaan untuk memasuki agama (Islam)* (QS 2 – Al Baqarah : 256)

*44. Berimanlah kepada para Nabi* (QS 2 – Al Baqarah : 285)

*45. Jangan melakukan hubungan jenis di saat haid* (QS 2 – Al Baqarah : 222)

*46. Susuilah anak-anakmu selama dua tahun penuh* (QS 2 – Al Baqarah : 233)

*47. Jauhilah hubungan jenis di luar nikah* (QS 17 – Al Israa’ : 32)

*48. Pilihlah pemimpin dari meritnya. Pilihlah pemimpin berdasarkan ilmu dan jasanya* (QS 2 – Al Baqarah : 247)

*49. Jangan membebani orang di luar kesanggupannya* (QS 2 – Al Baqarah : 286)

*50. Jangan mahu dipecah belah* (QS 3 – Ali Imran : 103)

*51. Renungkanlah keajaiban dan penciptaan alam semesta ini* (QS 3 – Ali Imran 3 :191)

*52. Lelaki mahupun wanita mendapat balasan yang sama sesuai perbuatannya* (QS 3 – Ali Imran : 195)

*53. Jangan menikahi mereka yang sedarah denganmu* (QS 4 – An Nisaa’ : 23)

*54. Keluarga harus di-imami oleh seorang lelaki* (QS 4 – An Nisaa’ : 34)

*55. Jangan kedekut* (QS 4 – An Nisaa’ : 37)

*56. Jangan iri hati* (QS 4 – An Nisaa’ : 54)

*57. Jangan saling membunuh* (QS 4 – An Nisaa’ : 92)

*58. Jangan membela ketidakjujuran atau kebohongan* (QS 4 – An Nisaa’ : 105)

*59. Jangan bekerja-sama dalam dosa dan kekerasan* (QS 5 – Al Maa-idah : 2)

*60. Bekerja samalah dalam kebenaran* (QS 5 – Al Maa-idah : 2)

*61. Majoriti bukanlah merupakan kriteria kebenaran* (QS 6 – Al An’aam : 116)

*62. Berlaku adil* (QS 5 – Al Maa-idah:8)

*63. Berikan hukuman untuk setiap kejahatan* (QS 5 – Al Maa-idah : 38)

*64. Berjuanglah melawan perbuatan dosa dan melanggar hukum* (QS 5 – Al Maa-idah : 63)

*65. Dilarang memakan binatang mati, darah dan daging babi* (QS 5 – Al Maa-idah : 3)

*66. Hindari minum racun dan alkohol* (QS 5 – Al Maa-idah : 90)

*67. Jangan berjudi* (QS 5 – Al Maa-idah : 90)

*68. Jangan menghina keyakinan atau agama orang lain* (QS 6 – Al An’aam : 108)

*69. Jangan mengurangi timbangan untuk menipu* (QS 6 – Al An’aam : 152)

*70. Makan dan minumlah secukupnya* (QS 7 – Al A’raaf : 31)

*71. Kenakanlah pakaian yang bagus di saat solat* (QS 7 – Al A’raaf : 31)

*72. Lindungi dan bantulah mereka yang meminta perlindungan* (QS 9 – At Taubah:6)

*73. Jagalah kemurnian* (QS 9 – At Taubah : 108)

*74. Jangan pernah putus asa akan pertolongan Allah* (QS 12 – Yusuf : 87)

*75. Allah mengampuni orang yang berbuat dosa kerana kezahilan* (QS 16 – An Nahl : 119)

*76. Berserulah/ajaklah  kepada jalan Allah dengan cara yang baik dan bijaksana* (QS 16 – An Nahl : 125)

*77. Tidak ada seorangpun yang menanggung dosa orang lain* (QS 17 – Al Israa’ : 15)

*78. Jangan membunuh anak-anakmu kerana takut akan kemiskinan* (QS 17 – Al Israa’ : 31)

*79. Jangan mengikuti sesuatu yang kamu tidak memiliki pengetahuan tentangnya* (QS 17 – Al Israa’ : 36)

*80. Jauhkan diri dari perkataan dan perbuatan yang tidak bermanafaat* (QS 23 – Al Mu’minuun : 3)

*81. Jangan memasuki rumah orang lain tanpa izin pemilik rumah* (QS 24 – An Nuur : 27)

*82. Allah menjamin balasan kebaikan hanya kepada mereka yang percaya kepada Allah* (QS 24 – An Nuur : 55)

*83. Berjalanlah di muka bumi dengan rendah hati* (QS 25 – Al Furqaan : 63)

*84. Jangan melupakan kenikmatan dunia yang telah Allah berikan* (QS 28 – Al Qashash : 77)

*85. Jangan menyembah Tuhan selain Allah* (QS 28 – Al Qashash:88)

*86. Jangan terlibat dalam homosexual* (QS 29 – Al ‘Ankabuut : 29)

*87. Berbuat baik dan cegahlah perbuatan munkar* (QS 31 - Luqman : 17)

*88. Janganlah berjalan di muka bumi dengan sombong* (QS 31 - Luqman : 18)

*89. Wanita dilarang mempamerkan diri* (QS 33 – Al Ahzab : 33)

*90. Allah mengampuni semua dosa-dosa kita* (QS 39 – Az Zumar : 53)

*91. Jangan berputus asa akan keampunan dari Allah* (QS 39 – Az Zumar : 53)

*92. Balaslah kejahatan dengan kebaikan* (QS 41 – Fushshilat : 34)

*93. Selesaikan persoalan dengan bermusyawarah* (QS 42 – Asy Syuura : 38)

*94. Orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa* (QS 49 – Al Hujuraat : 13)

*95. Tidak ada dikenal biara dalam agama (Islam)* (QS 57 – Al Hadid : 27)

*96. Allah akan meninggikan darjat mereka yang berilmu* (QS 58 – Al Mujaadilah : 11)

*97. Perlakukan kaum bukan Islam dengan baik dan adil* (QS 60 - Al Mumtahanah : 8)

*98. Hindari diri dari sifat kikir* (QS 64 – At Taghaabun : 16)

*99. Mohon keampunan kepada Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang* (QS 73 – Al Muzzammil : 20)

*100. Jangan mengherdik orang yang meminta-minta* (QS 93 – Adh Dhuhaa : 10)

*Shadaqallahul adzim, Maha Benar ALLAH SWT dengan segala FirmanNya...*
*ALLAHU AKBAR. wabiALLAH Attaufiiq*

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

GISC ISTEMO


*ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA...🎊*

🥇 Ingin bantu anak2 dpt pngalaman dan buat projek di Universiti
🥇 Ingin kembangkan potensi & bakat anak dlm projek2 penyelidikan..
🥇 ingin melihat anak berjaya dlm bidang Sains & Matematik..
🥇 ingin melihat anak2 berkeyakinan dgn masuk pertandingan..

Rebutlah peluang ini yg dibuka kepada semua pelajar *Darjah 3 hingga Ting.5* yg berminat utk mempelajari, menjalankan kajian & menyertai pertandingan dalam bidang *Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM)*. Butiran program adalah spt d bawah :

  *📚Global I-Lead STEM Camp, GISC 2018*
        🔎 Tempat : UPM Serdang
        🔎 Tarikh : 16 - 21 Dis 2018
        🔎 Ting.1 -> Ting.4 sahaja
        🔎 RM400 seorang (6D5N)
               (Jika berkumpulan hanya 2
               orang shj dlm satu kumpulan)

       *(TEMPAT ADALAH TERHAD)*

   *📚International STEM Olympiad, ISTEMO 2018*
     🔎 Tempat : Dewan Besar UPM
            Serdang
     🔎 Tarikh : 19 - 21 Dis 2018
     🔎 Darjah 3 -> Ting.5

"INSPIRING RESEARCH TALENT IN STEM"

10 Fakulti terlibat dan sebanyak 45 bidang kajian STEM ditawarkan :-

🐛 Fakulti Bioteknologi & Sains Biomolekul
🐄 Fakulti Perubatan Veterinar
⛲ Fakulti Pengajian Alam Sekitar
🏋‍♀ Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan
🚖 Fakulti Kejuruteraan
🏠 Fakulti Rekabentuk & Senibina
🔬 Fakulti Sains / Pusat Asasi Sains      Pertanian 
🌽 Fakulti Pertanian
🍔 Fakulti Sains Teknologi Makanan
💻 Fakulti Sistem Komputer dan Teknologi Maklumat

Semua peserta akan menerima *sijil penyertaan* dan berpeluang merebut pelbagai *Anugerah dlm bentuk plag + wang tunai* termasuklh *THE VERY BEST PROJECT OF GISC 2018 & GISTEMO 2018..🏆🏆🏆*

*Syarat Kemasukan, maklumat lanjut dan borang pendaftaran: sila layari :*

http://www.gistemomy.wixsite.com/gistemo

*Kaedah Pembayaran & Pendaftaran :*

⏱ Buat pembayaran spt dibawah :

*PROGRAM GISC 2018*

💡Nama : AMILY DESIGN ENTERPRISE
💡No.akaun : 04024010036507
💡Bank : BIMB

Berminat Untuk Menjadi Peserta GISC?..Jangan lepaskan peluang ini..

*💻 Layari www.gistemomy.wixsite.com/gistemo* atau
*☎ WhatsApp/SMS : 012-6827485* cikgu Hairul 0136607046

Tarikh-tarikh penting :

⏱ *15 Ogos : Due date of GISC*
⏱ *15 Sept : Researchers list GISC*
⏱ *16 - 21 Dis : Event GISC 2018*
⏱ *1 Nov : Due Date ISTEMO 2018*
⏱ *19 - 21 Dis : Event ISTEMO 2018*

Marilah bersama membantu anak @ pelajar kita menjlnkan kajian penyelidikan berkaitan STEM bersama para penyelidik/saintis yg berpengalaman dan hebat.
*C U Soon..😉*

*Anjuran* : Universiti Putra Malaysia &                    
                     Persatuan Guru STEM
                     Malaysia

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Keperluan anak anak

PENCAPAIAN AKADEMIK ANAK ANDA MASIH BELUM MEMUASKAN?
PENUHI 5 PERKARA INI DAHULU SEBELUM MEMAKSA ANAK-ANAK BERJAYA DALAM AKADEMIK

Situasi:-

Faiz berusia 9 tahun. Setiap hari dia bangun seawal jam 5.30pg untuk bersiap-siap ke sekolah dan terpacak dihadapan rumah menunggu van yang akan datang mengambilnya tepat pukul 6 pagi.

Selepas selesai sesi persekolahan pagi, Faiz akan bergegas pulang ke rumah, makan dan mandi. Kemudian bersiap-siap pula untuk ke sekolah di sesi petang.

Selepas selesai persekolahan sesi petang, Faiz sempat menonton televisyen sebentar sebelum bersiap-siap pula untuk ke kelas tuisyen yang bermula jam 8 pm sehingga 9 pm.
Berbaki 1 jam sebelum tidur, Faiz melakukan persiapan persekolahan untuk keesokan harinya.

Pada hujung minggu pula, Faiz perlu menghadiri kelas tambahan dan pada musim cuti sekolah pula, Faiz dihantar ke kelas tambahan intensif dan program motivasi akademik.

Ibubapa Faiz amat bimbang tentang prestasi akademik Faiz memandangkan Faiz masih lagi kurang cemerlang dalam beberapa subjek walaupun telah dihantar ke kelas-kelas tuisyen

Tahukah anda? Pada umur 9 tahun, secara idealnya, Faiz memerlukan 10-11 jam tempoh tidur di waktu malam. Dengan menganggarkan Faiz tidur pada jam 10mlm dan perlu bangun pada jam 5.30pg, dia hanya mempunyai waktu tidur selama 7.5jam sahaja. Dan hal ini berlaku hampir setiap hari

Faiz tidak mendapat waktu tidur dan waktu rehat yang cukup, dia tidak mendapat waktu yang cukup untuk melakukan aktiviti fizikal dan dia juga tidak mempunyai waktu bersama keluarga yang cukup.

Jadi tidak hairanlah Faiz kurang cemerlang dalam akademik kerana otak nya sudah terlalu penat untuk menerima pelajaran dan tidak mendapat waktu yang cukup untuk memproses segala pelajaran yang telah diterima sepanjang hari

Dalam kes Faiz ini, persoalannya bukan lagi tentang kaedah pembelajaran atau kualiti kelas tuisyen/ kelas tambahan yang yang diterima oleh nya tetapi kerana Faiz tidak mendapat keperluan asas yang mencukupi.

Berilah teknik belajar yang macam mana sekalipun, dia tetap tidak boleh terima dengan baik kerana mental dan tubuhnya sudah terlalu penat dengan jadual harian yang sangat padat.

Tahap motivasi seseorang individu itu bergantung kepada beberapa siri keperluan asas.

Menurut carta piramid keperluan kanak-kanak Maslow's (Maslow's Hierarchy of Children's Needs), keperluan asas yang diperlukan oleh kanak-kanak adalah;

+ self actualisation
+ esteem (nilai peribadi / harga diri)
+ love & belonging (rasa disayangi & dipunyai)
+ safety (rasa dilindungi)
+ physiology (fisiologi)

*mengikut susunan piramid dari bawah ke atas (rujuk gambar piramid)

1. KEPERLUAN FISIOLOGI

Sebagai ibubapa, kita selalu terlepas pandang akan keperluan ini, sedangkan ini merupakan keperluan yang paling penting bagi kanak-kanak, iaitu keperluan makan dan tidur.

Kurangnya makan dan tidur akan menyebabkan kanak-kanak mengalami kesukaran untuk mencapai keperluan-keperluan yang lain seperti kemahiran sosial, menyelesaikan tugasan harian dan menumpukan perhatian dalam pelajaran.

Bayangkan kita orang dewasa, apa yang kita rasa sewaktu kita lapar dan letih? Kita akan rasa seperti nak marah, lemah, susah nak focus. kan?

Begitu juga kanak-kanak, jadi kita faham kenapa kanak-kanak akan 'cranky' bila keperluan-keperluan ini tidak dipenuhi.

Kita yang dewasa , yang boleh berfikir dan faham tentang etika sosial pun sangat sukar untuk mengekalkan sikap yang baik walaupun dalam keadaan letih dan lapar, apatah lagi kanak-kanak

2. KEPERLUAN UNTUK RASA SELAMAT

Secara umumnya , keperluan rasa selamat yang kita faham adalah melindungi meraka daripada orang jahat atau sebarang kecederaan.

Tetapi hakikatnya, kanak-kanak memerlukan ibubapa untuk sentiasa berasa dekat dengan mereka, secara fizikal dan emosi, barulah mereka benar-benar rasa selamat.

Anak-anak merasa lebih selamat jika ibubapa bersikap tegas dan mementingkan disiplin kerana mereka yakin ibubapa seperti ini akan selalu memantau mereka dan memperbetulkan jika mereka melakukan sesuatu yang salah atau di luar batas.

Sempadan yang ibubapa bina melalui disiplin membuatkan anak-anak lebih yakin untuk meneroka dunia luar. Tetapi, disiplin yang dimaksudkan haruslah disiplin yang membina, bukan menghukum

3. KEPERLUAN UNTUK RASA DISAYANGI

Merasa disayangi adalah amat penting dalam hidup kanak-kanak. Tanpa kasih sayang yang cukup, jiwa mereka menjadi lemah . Situasi ini akan membuatkan mereka lebih mudah jatuh sakit dan sukar untuk menerima pelajaran yang disampaikan.

Apabila anak-anak semakin membesar, ruang lingkup untuk rasa disayangi itu mungkin akan berubah dari ingin disayangi oleh ibubapa kepada ingin disayangi oleh rakan-rakan, guru, dan pasangan. Namun, walau dari siapa pun, keperluan ini masih sama dan masih diperlukan.

Sebagai ibubapa, kita perlu memberikan sokongan emosi kepada anak-anak secara berterusan, mengikut tahap keperluan mereka. Bukan menghentikan sokongan emosi apabila mereka semakin membesar dan menganggap mengurangkan kasih sayang sebagai 'sebahagian daripada proses membesar'.

Dalam proses mereka untuk membesar, anak-anak akan menghadapi pelbagai pengalaman hidup yang mencabar emosi mereka, contohnya situasi seperti pindah sekolah, pindah rumah, kehilangan kawan, kegagalan dan kekalahan dalam sesuatu pertandingan, perubahan fizikal & emosi ketika remaja dan sebagainya.

Mungkin sebagai seorang dewasa, kita menganggap hal ini sebagai perkara yang remeh, nak dibandingkan dengan cabaran yang kita lalui setiap hari. Tetapi bagi kanak-kanak, hal seperti ini merupakan masalah yang amat besar bagi mereka.

Kadangkala ibubapa tidak mengambil berat kesan emosi yang berlaku kepada anak-anak kita. Sebagai contoh, apabila anak kita terpaksa berpindah sekolah, kita rasa tidak penting pun untuk anak kita mengucapkan 'selamat tinggal' kepada kawan-kawan mereka, terutamanya anak-anak prasekolah atau ketika mereka masih 'terlalu kecil untuk ingat semuanya', tetapi bagi mereka , keadaan ini merupakan suatu kehilangan yang besar.

Mereka terlalu muda untuk memahami mengapa adanya pertemuan dan perpisahan. Jadi penting bagi ibubapa untuk merasa empati dan memujuk anak-anak dengan penuh rasa kasih sayang, bukan merendah-rendahkan kesedihan mereka itu.

4. KEPERLUAN NILAI PERIBADI/ HARGA DIRI (esteem)

Keperluan nilai peribadi/rasa dihargai ada 2 iaitu nilai peribadi luaran (keperluan untuk diterima dan dihargai oleh orang lain) dan nilai peribadi dalaman (keyakinan dalaman dan suka keperibadian sendiri).

Walaupun kita sering diingatkan untuk tidak terlalu terikat dengan penghargaan dari orang lain, namun hakikatnya jiwa manusia mencari dan memerlukan perkara tersebut.

Bagi kanak-kanak, keperluan untuk rasa dihargai akan tergugat apabila mereka dibuli, didiskriminasi atau disisihkan. Mereka terpaksa berjuang/bergelut dengan perasaan mereka sendiri untuk mendapatkan keyakinan diri dan seterusnya mencapai self actualisation.

Nilai peribadi/rasa dihargai kanak-kanak juga boleh terbantut dengan tindakan ibubapa yang suka memaksa anak mereka untuk menurut segala apa yang telah diaturkan untuk mereka. Sebagai contoh, dari segi pemilihan kursus akademik, minat dan kerjaya -yang mana ibubapa ingat itu suatu tindakan yang bagus- tetapi hakikatnya hanyalah mengganggu anak mereka dalam membentuk nilai peribadi dan keyakinan diri sendiri.

5. SELF ACTUALISATION

'Self actualisation' adalah kecenderungan seseorang untuk mengembangkan bakat, kecerdasan, ketangkasan dan kapasiti sendiri. Ini merupakan tahap tertinggi yang boleh dicapai oleh seseorang individu.

Pada tahap ini, kanak-kanak sudah berjaya memahami diri mereka dengan baik sekali dan sudah bersedia untuk menerima sistem pembelajaran, pencapaian dan kejayaan. Apabila kanak-kanak sudah mencapai tahap ini, mereka lebih mudah untuk membina sikap positif dalam diri dari sudut akademik mahupun kemahiran sosial.
…………………………………………………………

Berbalik kepada situasi Faiz tadi, kurang cemerlang Faiz dalam akademiknya adalah kerana keperluannya yang tidak dipenuhi dengan baik. Kesannya, potensi dirinya tidak dapat digunakan sepenuhnya.

Dengan mengetahui keperluan-keperluan kanak-kanak ini, ibubapa boleh mengenalpasti anak-anak sedang mengalami kesukaran di tahap yang mana dan ibubapa boleh membantu anak-anak tersebut dalam memenuhi keperluan-keperluan yang sepatutnya.

Keperluan-keperluan ini perlu dipenuhi sejak dari kecil lagi dan berterusan sehingga mereka dewasa. Dan cara untuk memenuhinya berbeza mengikut tahap umur seseorang kanak-kanak/individu itu.

Pendidikan kanak-kanak bukan sekadar unuk membentuk minda dan fikiran mereka sahaja. Ia melibatkan hubungan antara jasad, minda dan jiwa yang boleh berfungsi dengan baik juga. Jadi, untuk mencapai potensi kanak-kanak yang maksima, perlulah dibina dari dalam keseluruhan diri kanak-kanak tersebut, iaitu secara fizikal, mental dan emosi

p/s: Situasi di atas adalah rekaan bagi mengambarkan situasi sebenar yang berlaku dalam kehidupan majoriti kanak-kanak

sumber;
1. Buku "Brainchild- secrets to unlocking your child's potential" by Dr Shen-Li Lee (MPH Publishing 2016)

-Che Siti

  •  
cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Mesej

Abu Ad Darda lalu berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa melalui jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahnya jalan ke syurga. Sungguh, para Malaikat merendahkan sayapnya sebagai keredhaan kepada penuntut ilmu. Penduduk langit dan bumi hingga ikan yang ada di dasar laut akan mendoakan keampunan kepada orang yang menuntut ilmu. Kelebihan serang alim dibanding ahli ibadah seperti keutamaan rembulan pada malam purnama atas seluruh bintang. Para ulama adalah pewaris para nabi, dan para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanyalah mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya maka ia telah mengambil bahagian yang banyak." (HR Abu Daud No: 3157) Status: Sahih

Search This Blog

UPSR
Sept 2020


PT3(Geografi)
Julai 2020


PT3(Sejarah)
Mei 2020


PT3(Lisan Tutur)
April 2020

PT3(Lisan BM)
Ogos 2020

PT3(Lisan BI)
Ogos 2020

Ujian Bertulis PT3
Okt 2020


SPM
Dis 2020