Empangan Hidroelektrik Bakun, Empangan Kedua Konkrit Tertinggi Di Dunia-
September 27, 2020Appsheet : Membuat Multi Form, Multi Sheet & Multi Tab Menu | App Mobile...
September 27, 2020satelit sham 1 0
September 27, 2020Sempena Minggu Sains Negara dan Minggu Angkasa Sedunia, Agensi Angkasa Malaysia, (Malaysian Space Agency, MYSA) menganjurkan Pertandingan Mereka Cipta Model Satelit dengan kerjasama Apadilangit dan Persekutuan Pengakap Malaysia.
Sementelahan pula, satu lencana baru, iaitu Lencana Eksplorasi Angkasa akan diperkenalkan di dalam Program Pengakap Muda, akan dapat memanfaatkan pertandingan ini di dalam keperluan lencana berkenaan. Bertepatan dengan tema sambutan Minggu Angkasa Sedunia pada tahun ini, iaitu “Satellite Improves Life”, pertandingan reka cipta ini diadakan bagi menarik minat golongan muda, terutama pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh Malaysia.
Objektif Pertandingan:
1. Memberi pendedahan tentang teknologi angkasa yang melibatkan satelit.
2. Merangsang semangat kreativiti peserta.
3. Menarik minat peserta terhadap STEM khususnya bidang berkaitan kejuruteraan angkasa.
4. Memperkenalkan MYSA kepada masyarakat dalam sesi “Apa Nak Tanya”.
5. Menggalakkan kerjasama berbagai – bagai agensi dan organisasi ke arah
perkembangan bidang aeroangkasa.
Bil. | Perkara | Perincian | Pemarkahan ( % ) |
1. | Kreativiti | Rekabentuk | 10 |
Bahan Pembuatan | 10 | ||
Kaedah Pembuatan | 10 | ||
Fungsian (Functionality) | 5 | ||
2. | Spesifikasi | Pertimbangan Saiz dan Berat | 5 |
Jenis Peranan | 5 | ||
Pilihan Orbit | 5 | ||
3. | Penyampaian | Durasi Video | 10 |
Kualiti Isi Kandungan | 10 | ||
Pengucapan Awam | 10 | ||
Jumlah | 80 |