My Muhasabah Diary.
to Share my Life Reflections

satelit sham 1 0


Sempena Minggu Sains Negara dan Minggu Angkasa Sedunia, Agensi Angkasa Malaysia, (Malaysian Space Agency, MYSA) menganjurkan Pertandingan Mereka Cipta Model Satelit dengan kerjasama Apadilangit dan Persekutuan Pengakap Malaysia.

Sementelahan pula, satu lencana baru, iaitu Lencana Eksplorasi Angkasa akan diperkenalkan di dalam Program Pengakap Muda, akan dapat memanfaatkan pertandingan ini di dalam keperluan lencana berkenaan. Bertepatan dengan tema sambutan Minggu Angkasa Sedunia pada tahun ini, iaitu “Satellite Improves Life”, pertandingan reka cipta ini diadakan bagi menarik minat golongan muda, terutama pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh Malaysia.

Objektif Pertandingan:
1. Memberi pendedahan tentang teknologi angkasa yang melibatkan satelit.
2. Merangsang semangat kreativiti peserta.
3. Menarik minat peserta terhadap STEM khususnya bidang berkaitan kejuruteraan angkasa.
4. Memperkenalkan MYSA kepada masyarakat dalam sesi “Apa Nak Tanya”.
5. Menggalakkan kerjasama berbagai – bagai agensi dan organisasi ke arah
perkembangan bidang aeroangkasa.


Bil.PerkaraPerincianPemarkahan ( % )
1.KreativitiRekabentuk10
Bahan Pembuatan10
Kaedah Pembuatan10
Fungsian (Functionality)5
2.SpesifikasiPertimbangan Saiz dan Berat5
Jenis Peranan5
Pilihan Orbit5
3.PenyampaianDurasi Video10
Kualiti Isi Kandungan10
Pengucapan Awam10
Jumlah80


cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Mesej

Abu Ad Darda lalu berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa melalui jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahnya jalan ke syurga. Sungguh, para Malaikat merendahkan sayapnya sebagai keredhaan kepada penuntut ilmu. Penduduk langit dan bumi hingga ikan yang ada di dasar laut akan mendoakan keampunan kepada orang yang menuntut ilmu. Kelebihan serang alim dibanding ahli ibadah seperti keutamaan rembulan pada malam purnama atas seluruh bintang. Para ulama adalah pewaris para nabi, dan para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanyalah mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya maka ia telah mengambil bahagian yang banyak." (HR Abu Daud No: 3157) Status: Sahih

Pilihan

Search This Blog

UPSR
Sept 2020


PT3(Geografi)
Julai 2020


PT3(Sejarah)
Mei 2020


PT3(Lisan Tutur)
April 2020

PT3(Lisan BM)
Ogos 2020

PT3(Lisan BI)
Ogos 2020

Ujian Bertulis PT3
Okt 2020


SPM
Dis 2020