My Muhasabah Diary.
to Share my Life Reflections

20 Aktiviti untuk Pelajar Pasca PT3

Setelah selesai Pentaksiran PT3, waktu persekolahan masih ada berbaki lagi sebulan lebih bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Nak belajar lagi? Rasanya inilah ruang dan waktu untuk mereka melepaskan tekanan selepas berusaha bersungguh-sungguh belajar dari awal tahun untuk memastikan kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka.  Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar? Aktiviti yang masih berada dalam skop pembelajaran, pdp luar bilik darjah.

Sekolah saya telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan di kawal selia oleh satu unit panitia sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan di sepanjang tempoh program pasca. Guru-guru yang terlibat akan merancang dan menjalankan aktiviti sepanjang waktu pdp sehari bersama panitia yang ditetapkan.
Berikut saya kongsikan antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar pasca pt3 2017 sekolah saya.


1. English Day Carnival

    Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari ini ialah explorace dan treasure hunt.






2. Taklimat Pakej Matapelajaran Tingkatan 4 dan Kerjaya bersama UBK

        Kaunselor sekolah cikgu Anuwad dan cikgu Ismeehan memperkenalkan pakej-pakej matapelajaran tingkatan 4 dan kerjaya yang bersesuaian dengan pakej tersebut.



3. Floating tower competition

        Pelajar membina menara dari straw dan kemudian menara itu di uji untuk melihat samada bolehkah ia terapung di air.




4. Pertandingan mereka cipta casing hp

      Dengan menggunakan kain jenis felt, pelajar membentuk dan mereka cipta sarung beg yang dapat digunakan untuk menyimpan telefon bimbit.




5. Pertandingan reka bentuk teknologi, merekabentuk laci untuk alat tulis.

        Projek ini adalah projek melengkapkan silabus kemahiran hidup yang belum selesai.




6. Rekacipta model bekas telur

   Pelajar menggunakan daya kreativiti masing-masing dengan menggunakan bahan terbuang seperti straw dan  kertas untuk membalut telur sehingga telur itu tidak pecah walaupun dibaling atau jatuh ke lantai.


7. Lawatan Sambil Belajar

       Pelajar di bawa melawat Pusat Sains di Chendering, Terengganu. Selepas sesi lawatan tersebut, pelajar bermain bowling di kompleks Paya Bunga Square, Kuala Terengganu.





8. Bengkel Asas Memanah dan Pertandingan Memanah

       Pelajar di dedahkan dengan kemahiran asas memanah dan pertandingan memanah dijalankan antara wakil setiap kelas. Aktiviti anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling ini memperkenalkan pelajar dengan permainan kesukaan nabi. Guru-guru juga diberi peluang untuk mencuba memanah dengan bayaran rm5 untuk 10 batang anak panah.







9. Bengkel asas penulisan khat dan amali. Pertandingan menulis khat

         Pelajar berpeluang untuk mempelajari teknik-teknik asas menulis khat oleh Ustaz Zawadi. Setiap pelajar dibekalkan dengan pensil khat dan di minta menulis perkataan terpilih dalam tulisan khat.





10. Membuat Pasu Seramik

          Pihak sekolah menjemput salah seorang ahli pibg yang kebetulan merupakan seorang pakar pembuat pasu tembikar untuk menunjuk ajar cara-cara membuat pasu daripada tanah liat. Pelajar dibekalkan dengan tanah liat yang sudah dicanai dan dibersihkan. Pelajar membina pasu mengikut kreativiti masing-masing.





11. Melukis kain rentang kata-kata hikmah

        Pelajar menggunakan pelbagai peribahasa arab dan kata kata hikmah yang bersesuaian untuk ditulis diatas kain rentang. Kain rentang itu kemudian diletakkan di laluan susur gajah sekolah.







12. Ceramah Keselamatan Jalan Raya dari Sekolah Memandu

              Pihak sekolah memanggil seorang guru dari sekolah memandu untuk memberi tunjuk ajar tentang keselamatan jalan raya dan keperluan mempunyai lesen untuk pemanduan berhemah. Ini kerana pelajar pasca pt3 ini akan berumur 16 tahun pada tahun hadapan dan sudah boleh memiliki lesen menunggang motosikal. Jadi secara tidak langsung ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kepekaan para pelajar tentang keselamatan di jalan raya.




13. Membina Pohon Bahasa


         Pelajar dibekalkan dengan pasu dan ranting pokok serta kertas a4 berwarna. Dengan kreativiti masing-masing, pelajar membina pohon bahasa secara berkumpulan. Pohon pohon itu kemudian dijadikan hiasan di dalam makmal bahasa sekolah.


          



                                    

                                    


14.   Membina Kubu Pertahanan dari Plastisin

           Panitia Sejarah mengambil idea dari kubu bersejarah, untuk membuat pertandingan membina kubu pertahanan daripada plastisin. Pertandingan ini menyerlahkan kreativiti para pelajar dan menggalakkan mereka berfikir secara kritis.




15. Pertandingan Memasak Kuih Tradisional

                  Pertandingan yang diadakan oleh panitia kemahiran hidup. Aktiviti ini sangat menarik kerana menyerlahkan bakat anak-anak murid dalam kemahiran memasak serta mengetengahkan menu kuih kuih tradisional seperti tepung gomak, puteri mandi dan cek mek molek.





16. Pertandingan Permainan Tradisional

         Pertandingan anjuran Panitia Sivik ini mengetengahkan permainan-permainan tradisional yang semakin dilupakan atau tidak penah di mainkan oleh anak-anak generasi gajet. Antara permainan yang dipertandingkan adalah sepak raga, galah panjang, batu seremban, congkak dan baling tin.





17. Membina idioms

         Pelajar menulis secara kreatif peribahasa atau idioms dalam bahasa inggeris. Kata-kata itu kemudian ditampal di sekitar mak mal bahasa.
          

18. Bengkel Melukis PSV

             Panitia PSV menganjurkan bengkel teknik melukis kepada pelajar-pelajar sebagai salah satu tarikan subjek PSV di Tingkatan 4 nanti.


19. Permainan Tarsia

     Pelajar membina sendiri model jigsaw puzzle tarsia dan bermain permainan tersebut.








20. Membina Model Kestabilan

               Pelajar - pelajar membina pohon daripada polistirena yang dapat berdiri tegak walaupun banyak cabang dan ranting. Model di cat dan dapat digunapakai sebagai bahan hiasan di makmal sains.



 Ada banyak lagi aktiviti untuk memenuhi waktu pdp pelajar selepas pt3 di luar bilik darjah. Seperti pertandingan takraw, bola sepak, berlatih tarian tradisional, bermain kiub rubik, membina suatu penebat yang dapat menghalang telur dari pecah, menonton filem, gotong royong dan juga mengecat mural.  


                                 

Sesungguhnya, aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah ini juga membantu mendedahkan pelajar kepada pelbagai ilmu menarik dan di luar dari kebiasaan. Jangan kata pelajar je teruja, saya sebagai guru nya juga excited!  :)




http://cikguhawa.blogspot.com/2018/01/20-aktiviti-untuk-pelajar-pasca-pt3.html


cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Doa hari lahir

DOA BUAT YANG TERCINTA...
Doa Hari Lahir

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM

ALHAMDULILLAHIRABBIL 'ALAMIN HAMDAN YUWAAFI NI'MAHUU WA YUKAAFI MAZIIDAH.

YA RABBANA LAKAL HAMDU KAMA YANBAGHI LI JALAALI WAJHIKAL KARIIMI WA ADZHIIMI SULTHONIK.

ALLAHUMMA SHOLLI 'ALAA SAYYIDINA MUHAMMADDIN WA 'ALAA SAYYIDINA MUHAMMAD.

Ya Allah sesungguhnya hambaMu ini memohon dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah ..sempena ulangtahun kelahiran isteri ku yang ku sayangi,Kau Panjangkanlah umurnya dan kurniakan kepadanya kehidupan yang lebih bahagia dan berjaya dari tahun2 sudah.Kurniakanlah kepadanya rezeki yang murah,banyak,berkat dan direstuimu Ya Allah.Jauhkanlah dari belenggu kesusahan,kemiskinan dan kebuluran darinya dan keluarga.

Ya Allah Ya Tuhanku...Bukakanlah kepadanya pintu kebajikan,pintu berkat,pintu nikmat,pintu rezeki,pintu kesihatan,pintu keselamatan,pintu syurga dan segala pintu kebaikan di dunia dan akhirat.Dan aku jua memohon kepadaMu Ya Allah ...jauhkanlah segala pintu kejahatan dan keburukan darinya dan keluarga.

Ya Allah...tiada yang mudah kecuali Engkau yang memudahkan dan Kau jua Ya Allah yang menjadikan yang susah itumudah.Permudahkanlah kehidupannya dan keluarganya.Jauhkanlah dari segala bala dunia dan akhirat.Jauhkanlah dia dari pujukan iblis dan syaitan serta jauhkanlah dia dari kejahatan manusia dan jin yang memusuhinya dan jauhkanlah dia dari pengaruh nafsu yang menyesatkannya.

Ya Allah hidupkanlah dia dengan keimanan dan matikan lah ia bila sampai masanya dalam keimanan.Ya Allah Kau berikanlah padanya kesihatan fizikal dan mental yang terbaik,terangilah hatinya dengan cahaya hidayahMu,Perbaikanlah amalannya dan tunaikanlah hajatnya baik dalam agama,dunia dan akhirat.Sesunguhnya hanya engkau yang Maha Kuasa atas tiap2 sesuatu.

Ya Allah hambaMu ini juga memohon agar Engkau sinari dirinya dengan cahaya Nur Mu dalam hatinya,telinganya,matanya,kiri kanannya,mukanya,belakangnya,atas dan bawahnya,urat sarafnya,dan pada darahnya,serta dagingnya,rambutnya dan lidahnya..kaki tangannya dan semoga Kau jadikan Nur itu pada semua pandangan dan fikiranNya dengan rahmatMu Ya Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah,Ampunilah segala dosa2 nya dan kedua ibubapanya serta keluarganya dan semua teman2 nya dan muslimin muslimat...kerana hanya Engkau Maha Pengampun akan setiap dosa.

Ya Allah jadikan dia juga seorang mukminah yang solehah kepada semua yang berkaitan dengannya.

Ya Allah..hambaMu ini mengakhiri permintaan ku ini..dengan permintaan semoga isteri ku di kurniakan segala kebahagiaan,kejayaan,kekayaan dan keindahan kepada isteri ku ini di dunia dan akhirat.Kau Jadikan dia hamba yang beriman,bertaqwa,beramal soleh dan bersabar atas segala perintahMu dan ketetapanMu.Ampunilah segala dosanya sedar atau tidak.Jadikanlah dia sebaik2 wanita iaitu wanita yang solehah seindah hiasan di dunia ni.Amin Ya Allah,Amin Ya Rahman,Amin Ya Rahim,Amin Ya Rabbal 'Alamin.

SELAMAT HARI LAHIR ...SEMOGA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI....BAHAGIA DAN BERJAYA DUNIA AKHIRAT

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Netiquette

Netiquette

Please take time to read the following guideline to Communicate in Online Learning by (Lewis, 2000)
“The WRITE way involves communicating online in a manner that is (W)arm, (R)esponsive, (I)nquisitive, (T)entative, and (E)mpathetic.”

Warmth – “Being warm online is a way of reminding others (and you) that it is people who are engaged in communication, not software”
Responsive -- “Try to return personal messages as soon as possible, and set up a regular rhythm of communication for other responses.”
Inquisitiveness – “Defensiveness is reduced if people ask questions rather than make statements.”
Tentativeness – “A question – framed in a tentative manner – reduces defensiveness and can also contribute valuable information (e.g., ‘Don’t you think it’d be better if we . . . ‘).”
Empathy – “. . . put yourself in the shoes of your audience.”

References
Lewis, C., (2000). “Taming the Lions and Tigers and Bears: The WRITE WAY to Communicate Online.” In K. Anderson & B. Weight (Eds.), The Online Teaching Guide: A Handbook of Attitudes, Strategies, and Techniques for the Virtual Classroom (pp. 13-23). Needham Heights, MA: Allyn and Bacon.
cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

How Do Paper Airplanes Fly

How Do Paper Airplanes Fly

What Makes A Paper Airplane FlySo you’re wondering, how do paper airplanes fly? Before we dig into the discussion I’d like to recommend that you visit our page on the History of Paper Airplanes, because in it you’ll learn about the groundwork that led to the paper airplanes we know today. Suffice it to say, these pioneers weren’t searching for ways to make flying pieces of paper, they wanted to fly! In our quest to find out what makes a paper airplane fly, let’s quickly review some history.
Two British guys (Butler and Edwards) applied for a patent in 1867 for a “fueled” delta winged flying apparatus that looks remarkably similar to the paper planes we make today. But even before that, in 1799, another British inventor named Sir George Cayley became the first to apply the principles of aerodynamics as we understand them today, and he identified the four aerodynamic forces of flight: weight, lift, drag, and thrust. His work was crucial in developments leading up to man’s first flight, and indeed paper airplanes make use of these same principles today and must be looked at when answering the question of how do paper airplanes fly.
The elements of flight work hand in hand. For example, modern fighter jets are only capable of flight at higher speeds because they aren’t designed to maximize lift the way a glider is, but rather they’re designed to handle high speeds and for maneuverability and maximize thrust.  A modern jet would plummet to the earth at slower speeds, whereas a glider would float effortlessly because it is taking advantage of lift, not thrust. A great book for anyone wanting to learn more about paper airplanes (also a GREAT gift for any child you want to inspire), The Great International Paper Airplane Book is full of information on the rich history of paper airplanes and many, many world-class designs you can make.

What Makes A Paper Airplane Fly

How Do Paper Airplanes FlyThere is some degree of similarity between paper airplanes and real planes, but a significant difference is the way real planes are designed to actually manipulate wind to produce lift, countering some of the negative effects their weight has on flight. You can see how this lift works in the image here by TeachEngineering.org. As the wind strikes the wing it is divided, with some air passing beneath the wing and the rest floating across the top. Due to the shape of the wing the distance across the top of the wing is greater (from front tip to rear tip) than it is on the bottom, which forces the wind on top to move across the wing much faster.
We know from Bernoulli’s Principles that air speed and density will affect pressure, and so the faster moving air on the top creates a much lower pressure than is found on the bottom of the wing, and this is the beauty and genius of the wing design we use today. Because things always seek to move from an area of high pressure to an area of low pressure, this wing design actually causes the wing (the plane) to rise, which is the loft people refer to.
Obviously our paper planes don’t have wing shapes like this, but it’s important never the less to understand this basic principle of flight. If you were to create such a wing shape on your paper plane you could expect significantly longer flight time.Forces Of Paper Airplane Flight
In this image you can see the four basic principles that affect flight, LiftThrustDrag and Gravity. What makes a paper airplane fly? How do these directly affect paper plane flight? As you’ve likely guessed, most of our paper airplanes fail to make efficient use of lift when compared to our real plane counterparts, simply because we can’t replicate that wing design. But there are other principles of flight in which paper airplanes excel. Specifically drag and gravity.
Because of their light weight, paper airplanes are able to avoid most of the effects of gravity during flight… they’re just so light in relationship to their size and speed. Next, because of the way our planes are designed there isn’t much in the way of drag effecting flight (or hampering it). If you look at a paper airplane from the front or rear it will roughly resemble a large T; it has a small body. So because paper airplanes can minimize the effects of gravity and don’t have much drag to deal with, they’re able to utilize the thrust we give them quite well; flying both fast and far.
We should also talk about stability in paper airplane designs; its important and will affect the flight of every paper airplane design and will help you when you’re building your own. In this paper at UC Berkley Electrical Engineering and Computer Sciences department, titled “The Science of Paper Airplanes“, they write about stability in flight- “The simple answer is weight forward is good. In every object there is a center of gravity – a neutral point where all of the mass is balanced. If an airplane has a center of gravity ahead of the neutral point, then this plane is stable. If this center of gravity is behind the neutral point then it becomes unstable causing nose-dives and spins.” So planes like the Dart, which have a forward center of gravity, stability in flight is great. Wider planes like the Condor (a Glider), while more evenly balanced, tend to not have the same degree of stability. People tend to think that because darts are thin and narrow up front that the center of gravity is further back than it is. But remember all of those small folds you made when creating the plane? Those are all bunched up in the front of the plane  giving it more forward weight.
How Paper Airplanes Fly NASA TutorialBut what about Gliders, paper planes which seem to float effortlessly across the room? First consider their design; most Gliders also have a lot of folded up paper in the nose, giving them a fairly decent amount of stability per our previous discussion. Now, take an umbrella and open it up, then drop it from a certain height. It drops relatively slow to the ground. Now close the umbrella and drop it from the same height. While it weighs the exact same, in a closed position it simply avoids the effects of drag and drops quickly. Large Gliders, with their greater wing surface area, also take advantage of this drag and together with lift give them a greater capability of longer flight. Be sure to check out the awesome site at NASA which talks about the flight characteristics and physics of paper airplanes.
So how do paper airplanes fly? Hopefully you now have a greater understanding of paper plane flight and also have some good leads on more information on what makes a paper airplane fly.
Which of the four forces of flight do you think are most important in paper airplane?
https://paperplanemafia.com/how-do-paper-airplanes-fly/
cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

VIRAL!! Kompilasi Video Terbaru Detik Detik Tsunami Palu Full | Viral Te...

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Indonesia tsunami: drone footage shows trail of destruction in Palu

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Woman Escapes From Fast-Moving Floodwaters in Peru

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

AKTIVITI YANG DIRANCANG DAN DILAKSANAKAN UNTUK MENINGKATKAN KUALITI PELAJAR



1.       Program Ceramah Teknik Belajar. (10 Mei 2018)
a.       Konsultan dijemput untuk mengendalikan sesi ceramah selama 2 jam. Kandungan program berfokus kepada teknik mengingat sains, teknik belajar yang betul dan teknik mencatat nota. Penekanan juga diberikan kepada teknik menjawab soalan KBAT.
2.       Kelas Tambahan Berfokus (Julai-Ogos)
a.       Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan diasingkan mengikut aras pencapaian masing masing. Modul disediakan berbeza mengikut aras. Kelas dilaksanakan setiap hari Isnin jam 2-3 petang.
3.       Kelas Intensif Berfokus (September)
a.       Kelas tambahan digandakan kekerapan iaitu pada hari Isnin dan Rabu bermula jam 2.00 hingga 3.00 petang
4.       Jadual anjal Mingguan (September)
a.       Jadual waktu Sivik digunakan untuk latih tubi sains. Kelas dilaksanakan dua minggu sekali. Waktu digunakan adalah dalam waktu persekolahan. Modul digunakan berbeza mengikut kelas asal masing masing
5.       Jadual anjal Harian (20-29 September)
a.       Setiap subjek diperuntukan 2 jam setiap pertemuan. Pelajar didedahkan dnegan teknik menjawab dan soalan soalan percubaan setiap negeri.
6.       Seminar teknik menjawab PT3 di UTM (20/9/18)
a.       Semua pelajar diwajibkan menyertai seminar di UTM anjuran Panitia Sains dan Matematik. Seminar turut dihadiri peserta dari sekolah lain.
7.       Sentuhan akhir PT3 ( 27/9/18)
a.       Penceramah luar dijemput untuk memberi bengkel teknik menjawab dan soalan tudingan topik topik penting.
8.       Ulangkaji Sentuhan Akhir PT3 (Sehari sebelum PT3)
a.       Kelas dilaksanakan selepas tamat PT3 hari pertama. Kelas bermula jam 2.00 petang hingga 3.00 petang

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Hukum Cabutan Bertuah & Bentuk Peraduan, Pertandingan Moden

Apa hukum cabutan bertuah? Adakah ianya judi?. Soalan sebegini agak banyak menerjah kotak email dan sistem sms 33221 saya. Cabutan bertuah mempunyai pelbagai bentuk dan jenis, ada yang halal dan ada yang haram. Dalam tulisan ringkas ini saya cuba dedahkan beberapa bentuk dan hukum setiap satunya.

Namun sebelum kita melihat bentuk-bentuk semasa cabutan bertuah, jika dilihat dari sudut hukum kes atau isu cabutan bertuah ini tergolong dalam perbincangan ‘al-musabaqat' atau ‘pertandingan'. Namun jika tidak kena caranya, dengan mudah ia akan jatuh dalam masalah judi ataupun gharar.

Dalam masalah judi, keputusan majlis Fiqh Antarabangsa "Organization of the Islamic Conference, Islamic Fiqh Academy" dalam sidangnya ke 14 pada 8 - 13 ZulQaedah 1423 H (11-16 Jan 2003) yang lalu telah memutuskan (keputusan nombor 127 (14/1), unsur perjudian dalam sebarang peraduan, permainan dan pertandingan dalam dua bentuk seperti berikut :-

1) Disebabkan oleh jenis permainan : Iaitu apabila ia bersifat permainan yang hanya bergantung kepada tuah (game of luck) untuk menang serta memerlukan bayaran untuk menyertainya .

2) Disebabkan oleh hadiahnya : iaitu apabila hadiahnya diambil dari kumpulan wang penyertaan semua peserta.

Para ulama kontemporari dalam persidangan fiqh di atas mentakrifkan judi (al-qimar) mengandungi dua unsur utama :-

* Setiap permainan yang mensyaratkan mereka yang kalah untuk membayar sesuatu.

* Mengambil harta orang lain dalam situasi 'mukhatarah' atau risiko samada akan dapat atau tidak dapat.

* Disebutkan oleh ulama silam sebagai :-

هو كل لعب تردد بين غرم وغنم

Ertinya : "Iaitu setiap permainan, peraduan, pertandingan yang tidak pasti akan kerugian atau untung" ( Hasyiah Al-Bajuri, 2/521)

Disebutkan :-
 إذا كانت الجوائز من المتسابقين فإنها تعد حراماً لانها من باب القمار ولأن كل واحد من المتسابقين لا يخلو إما أن يغنم أو يغرم , ولا يخفى من أكل أموال الناس بالباطل وإيقاع العداوة والبغضاء

Ertinya : Dan jika hadiah pertandingan atau permainan itu datang dari kumpulan yuran peserta, maka ia adalah haram kerana ia tergolong dalam bab judi nasib "qimar", dan kerana setiap peserta tidak sunyi dari peluang untuk meraih untung atau menanggung rugi, justeru amat jelas ia dari kategori memakan harta orang lain secara salah, membenihkan permusuhan dan perengkaran" (Al-Mughni, Ibn Qudamah ) 

Berdasarkan keputusan di atas, berikut adalah bentuk cabutan bertuah yang jatuh dalam kategori judi :-

1) Mereka yang ingin menyertai cabutan mestilah membayar yuran tertentu secara langsung iaitu : - 

a- Secara tunai iaitu berdepan : iaitu dengan memberikan RM xxx kepada penganjur secara tunai bagi membolehkan penyertaan. Tanpa mengira sama ada yurannya sama atau berbeza. Hukumnya tetap haram. (Al-Badai' Al-Sonai', Al-Kasani) 

b- Secara tunai melalui alat telekomunikasi : bayaran dibuat disekalikan dengan kos telefon, internet, sms dan lain-lain. Sebagai contoh kos biasa bagi satu minit bercakap di talian telefon adalah 15 sen, tetapi bagi mereka yang ingin menyertai cabutan ini, satu nombor telefon khas akan diberikan dan kos 1 minit juga lebih tinggi, iaitu RM 1. Kadar baru ini diberitahu secara jelas di awal kontrak.

c- Syarikat menganjurkan makan malam dengan bayaran RM 100 yuran bagi seseiapa yang ingin menyertai cabutan bertuah. Bagi sesiapa yang tidak ingin menyertai cabutan bertuah, yuran hanyalah RM 90. Cabutan bertuah sebegini adalah judi.

d- Menang cabutan bertuah dari Hong Kong atau Macau dan lain-lain ; Peserta menerima SMS mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang tunai mencecah RM50,000 yang diadakan di luar negara. Peserta bagaimanapun, diminta membayar yuran pemindahan wang ke dalam akaun tertentu. 

Hukum : haram kerana judi dan gharar, malah telah dilaporkan banyak kes penipuan menggunakan cara ini.

 2) Mereka yang ingin menyertai cabutan perlu membayar yuran secara tidak langsung iaitu:-

Yuran dimasukkan dalam harga pembelian barangan biasa. Ini menyebabkan harga menjadi lebih tinggi dari biasa. Sebagai contoh, pihak pasaraya mengadakan cabutan bertuah kereta MyVi. Bagi sesiapa yang ingin menyertainya mestilah membeli barangan tertentu yang telah dinaikkan harganya dari harga biasa. Ia jatuh dalam kategori judi kerana bayaran lebihan itu dianggap sebagai yuran penyertaan.

Jenis Cabutan Yang Halal 

Semua jenis cabutan bertuah yang tidak memerlukan sebarang bayaran untuk menyertainya adalah halal dan harus. Ia adalah disepakati oleh ulama kerana melihatnya sebagai pemberian hadiah biasa dari satu pihak (yang memberi dan menawarkan). Tiada sebarang pihak aakan menanggung kerugian walaupun tidak terpilih, tatkala itu tiada timbul isu memakan harta orang lain secara batil (salah) yang diharamkan oleh Allah swt. (Syarah Al-Zarkasyi Ala Mukhtasar Al-Hiraqi, 4/320 ) 

Sebagai contoh :

a- Cabutan Bertuah Khas Untuk Pekerja : Semua pekerja layak untuk memasuki peraduan yang dianjurkan syarikat, hadiah istimewa disediakan. Tiada sebarang bayaran dikenakan.

Hukum : Ia adalah halal.

 b- Cabutan di Majlis Makan Malam : Syarikat menganjurkan makan malam, dan semua kakitangan dijemput hadir tanpa sebarang bayaran. Ketika itu, cabutan bertuah dibuat sama ada cabutan bagi nombor meja, nombor kakitangan ataupun secara melekatkan tanda tertentu di bawah kerusi.

Hukum : Semuanya adalah halal dan tiada sebarang pihak menanggung kerugian.

 c- Cabutan bertuah di pasaraya : Terdapat beberapa buah pasaraya yang melaksanakan promosi dengan menawarkan mana-mana pelanggan yang membeli barangan berharga lebih dari RM100 dalam satu resit, pelanggan tersebut akan diberikan borang untuk penyertaan cabutan bertuah, HARGA BARANGAN PULA KEKAL PADA HARGA BIASA.

Hukum : Cabutan ini adalah halal dan tiada unsur perjudian kerana pelanggan tiada kerugian apa-apa dan semua wangnya bukan untuk menyertai pertadningan cabutan ini tetapi untuk membeli barangan, dan demikian juga pihak pasaraya. Pelanggan membeli barangan pada harga asal dan tiada sebarang yuran dikenakan.

 Permainan @ Peraduan Moden 

Sebentar tadi kita telah membicarakan perihal cabutan bertuah yang haram dan yang halal. Terdapat beberapa ulama yang cuba menganggap permainan atau pertandingan yang beserta hadiah sebagai 'Wa'd Bi Tabarru' atau janji untuk bersedeqah, namun majoriti ulama tidak bersetuju dengan pandangan ini dan mengklasfifikasikannya sebagai aqad mu'awadat atau kontrak komersial untuk meraih pemilikan dan untung. ( Al-Furusiah, Ibn Qayyim, hlm76)

Dengan berubahnya klasifikasi ini semua hukum akan berubah bentuknya. Di kesempatan ini saya akan menyentuh dengan ringkas beberapa jenis cara pemainan yang boleh dijumpai dalam masyarakat kita, ia seperti berikut :-

1) Dua orang bermain tenis, namun hanya satu pihak meletakkan hadiah sebanyak RM200. Siapa menang dia akan memiliki hadiah itu. 

Hukum : Para ulama berbeza pandangan dalam bab ini kerana hanya satu pihak yang mengeluarkan. Fatwa ulama seperti berikut ;-

a- Harus : Demikian pendapat majoriti ulama dari mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali.

b- Haram : Ia adalah pendapat mazhab Maliki kerana wang RM 200 telah keluar dari miliknya dan jika ia menang, wang itu akan kembali kepadanya atas nama 'qimar'.

Pendapat yang lebih kuat (rajih) : adalah pendapat pertama yag mengharuskannya kerana wang RM200 itu adalah miliknya dan pihak kedua tidak terlibat dalam memberi sebarang wang, dengan sebab itu pihak kedua tidak terdedah kepada sebarang risiko. Dengan demikian, wang RM200 tadi dikira seperti hadiah biasa sahaja dan bukan judi.

 2) Dua orang bermain tenis, kedua-duanya mengeluarkan wang lalu diletakkan sebagai hadiahnya. 

Para ulama terbahagi kepada tiga kumpulan dalam hal ini. Namun majoriti ulama termasuk Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali serta Majlis Fiqh Dunia memfatwakannya sebagai HARAM. Malah Ibn Rusyd Al-Hafid menyebut telah terdapat ijma' tentang pengharamannya. (Tabyin Al-Haqaiq, Az-Zaila'ie, 6/228 ; Al-Kafi, Ibn Abd Barr, 1/489 ; Al-Umm, Al-Syafie, 3/230 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 6/93; Al-Jami', Ibn Rusyd, hlm 336)

3) Dua orang sedang bermain tenis, mereka bersetuju siapa yang kalah perlu membayar harga sewaan gelanggan tenis. 

Hal seperti ini telah wujud sejak zaman dahulu kala lagi, hingga ia dicatatkan contoh sepertinya oleh ulama silam dengan kata :-

لا يجوز لأنه في معنى القمار نحو أن يقول أحدهما لصاحبه : إن سبقتني فلك عليّ كذا , وإن سبقتك فلي عليه كذا فقبل الآخر

Ertinya : "Tidak harus ( haram) kerana terdapat dalamnya erti atau unsur judi seumpama seorang berkata kepada rakannya : Sekiranya engkau tewaskan aku maka bagiku hadiah itu dariku, dan jika aku menewaskanmu, mestilah engkau memberinya kepadaku, lalu kedua-duanya bersetuju"( Badai As-Sonaie; Al-Kasani)

Hukum : Ia adalah judi walaupun ada unsur usaha dari kedua belah pihak dan bukan permainan nasib semata. Unsur judinya datang dari sudut hadiah, seolah-olah kedua-dua pihak meletakkan sejumlah wang untuk membyaar sewa gelanggang, hanya yang kalah akan terkena. Ia tetap judi walaupun kedua-dua pihak redha meredhainya. Tiada redha dalam perihal haram.

Namun jika hanya salah seorang yang menjanjikan hadiah, seorang lagi tidak, hukumnya berubah menjadi harus atau halal. Ia adalah pendapat mazhab Al-Hanafi, Syafie dan Hanbali (Tabyin Al-Haqaiq, Az-Zaila'ie, 6/227 ; Qawanin Al-Ahkam, Ibn Juzai, hlm 177 ; Hasyiah Al-Qalyubi, 4/266 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 6/93 ) 

4) Dua orang atau lebih sedang bertanding futsal, kumpulan yang kalah disyaratkan belanja makan kumpulan yang menang. 

Hukum : Ia juga perjudian dan sama bentuknya dengan bentuk nombor tiga di atas.

5) Beberapa kumpulan ingin menganjurkan pertandingan bola sepak, namun tiada sebarang sumbangan hadiah dan tiada tajaan diperoleh. Natijahnya mereka menggunakan wang terkumpul dari yuran penyertaan sebagai hadiah atau untuk membeli hadiah. 

Hukum : Ia adalah judi walaupun permainan bola sepak bukannya permainan yang bergantung kepada nasib semata-mata. Namun unsur judinya datang dari bahagian kedua iaitu hadiah yang wang terkumpul semua peserta. Ini menjadikan semua kumpulan terdedah kepada untung dan rugi. Tatkala itu Majlis Fiqh Dunia menganggapnya sebagai perjudian. Demikian juga jika ditinjau dari perspektif empat mazhab.

Tetapi jika hadiah datang dari sumbangan mana-mana pihak yang tidak menyertai pertandingan itu, permainan tadi menjadi halal secara sepakat ulama.

Ada yang bertanya, bagaimana jika semua kumpulan diberi hadiah saguhati?. Jawabnya, ia tetap judi sekiranya pemenang utama mendapat hadiah yang berbeza nilainya. Namun jika semua hadiah sama nilainya tanpa kira yang menang dan yang tewas. Ia menjadi harus dan bukan lagi judi. Tatkala itu pemenang hanya mendapat keseronokan dan kepuasan perasaan sahaja.

Ringkasnya para ulama bersepakat bahawa setiap permainan yang memerlukan penyertaan yuran untuk bermain dan hadiahnya diambil dari wang itu, semuanya adalah judi tanpa mengira sama ada permainan itu bersifat ilmiah, minda dan lain-lain.

6) Membeli surat khabar untuk menyertai pertandingan teka bola dan sebagainya.

Hukum : Majlis Fatwa ulama Mekah dan Madinah memfatwkannya sebagai harus. Demikian juga pandangan terkuat menurut beberapa ulama kontemporari seeprti Prof Dr Uthman Syabir. (Ahkam Al-Musabaqat Al-Mu'asiroh, Majma Fiqh Islami, Ke 14, tahun 2003 ) 

Keharusan ini adalah kerana si pembeli tidak rugi apa-apa kerana ia beroleh manfaat surta khabar, kecualilah jika dibelinya surat khabar sehingga 10 naskhah hanya kerana ingin menyertainya banyak-banyak. Tatkala itu hukum bertukar menjadi haram dan judi.

Keismpulannya, hadiah pertandingan yang dibenarkan dalam Islam hanyalah jika :- 

1. Hadiah di dermakan oleh pihak ketiga yang tidak memasuki pertandingan. Manakala wang yuran peserta hanya untuk kegunaan pentadbiran pertandingan.

2. Hadiah diambil daripada sebahagian yuran peserta sahaja, manakala yang lain digunakan untuk kegunaan pentadbiran pertandingan 

Semoga artikel ringkas ini dapat menyedarkan umat Islam di sekeliling akan keterlibatan mereka dalam perjudian tanpa disangka.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Senam Penguin / Penguin Dance tutorial

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Baby Shark Dance | Sing and Dance! | Animal Songs | PINKFONG Songs for C...

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Chicken Dance

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Mesej

Abu Ad Darda lalu berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa melalui jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahnya jalan ke syurga. Sungguh, para Malaikat merendahkan sayapnya sebagai keredhaan kepada penuntut ilmu. Penduduk langit dan bumi hingga ikan yang ada di dasar laut akan mendoakan keampunan kepada orang yang menuntut ilmu. Kelebihan serang alim dibanding ahli ibadah seperti keutamaan rembulan pada malam purnama atas seluruh bintang. Para ulama adalah pewaris para nabi, dan para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanyalah mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya maka ia telah mengambil bahagian yang banyak." (HR Abu Daud No: 3157) Status: Sahih

Search This Blog

UPSR
Sept 2020


PT3(Geografi)
Julai 2020


PT3(Sejarah)
Mei 2020


PT3(Lisan Tutur)
April 2020

PT3(Lisan BM)
Ogos 2020

PT3(Lisan BI)
Ogos 2020

Ujian Bertulis PT3
Okt 2020


SPM
Dis 2020