My Muhasabah Diary.
to Share my Life Reflections

20 Aktiviti untuk Pelajar Pasca PT3

Setelah selesai Pentaksiran PT3, waktu persekolahan masih ada berbaki lagi sebulan lebih bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Nak belajar lagi? Rasanya inilah ruang dan waktu untuk mereka melepaskan tekanan selepas berusaha bersungguh-sungguh belajar dari awal tahun untuk memastikan kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka.  Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar? Aktiviti yang masih berada dalam skop pembelajaran, pdp luar bilik darjah.

Sekolah saya telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan di kawal selia oleh satu unit panitia sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan di sepanjang tempoh program pasca. Guru-guru yang terlibat akan merancang dan menjalankan aktiviti sepanjang waktu pdp sehari bersama panitia yang ditetapkan.
Berikut saya kongsikan antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar pasca pt3 2017 sekolah saya.


1. English Day Carnival

    Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari ini ialah explorace dan treasure hunt.






2. Taklimat Pakej Matapelajaran Tingkatan 4 dan Kerjaya bersama UBK

        Kaunselor sekolah cikgu Anuwad dan cikgu Ismeehan memperkenalkan pakej-pakej matapelajaran tingkatan 4 dan kerjaya yang bersesuaian dengan pakej tersebut.



3. Floating tower competition

        Pelajar membina menara dari straw dan kemudian menara itu di uji untuk melihat samada bolehkah ia terapung di air.




4. Pertandingan mereka cipta casing hp

      Dengan menggunakan kain jenis felt, pelajar membentuk dan mereka cipta sarung beg yang dapat digunakan untuk menyimpan telefon bimbit.




5. Pertandingan reka bentuk teknologi, merekabentuk laci untuk alat tulis.

        Projek ini adalah projek melengkapkan silabus kemahiran hidup yang belum selesai.




6. Rekacipta model bekas telur

   Pelajar menggunakan daya kreativiti masing-masing dengan menggunakan bahan terbuang seperti straw dan  kertas untuk membalut telur sehingga telur itu tidak pecah walaupun dibaling atau jatuh ke lantai.


7. Lawatan Sambil Belajar

       Pelajar di bawa melawat Pusat Sains di Chendering, Terengganu. Selepas sesi lawatan tersebut, pelajar bermain bowling di kompleks Paya Bunga Square, Kuala Terengganu.





8. Bengkel Asas Memanah dan Pertandingan Memanah

       Pelajar di dedahkan dengan kemahiran asas memanah dan pertandingan memanah dijalankan antara wakil setiap kelas. Aktiviti anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling ini memperkenalkan pelajar dengan permainan kesukaan nabi. Guru-guru juga diberi peluang untuk mencuba memanah dengan bayaran rm5 untuk 10 batang anak panah.







9. Bengkel asas penulisan khat dan amali. Pertandingan menulis khat

         Pelajar berpeluang untuk mempelajari teknik-teknik asas menulis khat oleh Ustaz Zawadi. Setiap pelajar dibekalkan dengan pensil khat dan di minta menulis perkataan terpilih dalam tulisan khat.





10. Membuat Pasu Seramik

          Pihak sekolah menjemput salah seorang ahli pibg yang kebetulan merupakan seorang pakar pembuat pasu tembikar untuk menunjuk ajar cara-cara membuat pasu daripada tanah liat. Pelajar dibekalkan dengan tanah liat yang sudah dicanai dan dibersihkan. Pelajar membina pasu mengikut kreativiti masing-masing.





11. Melukis kain rentang kata-kata hikmah

        Pelajar menggunakan pelbagai peribahasa arab dan kata kata hikmah yang bersesuaian untuk ditulis diatas kain rentang. Kain rentang itu kemudian diletakkan di laluan susur gajah sekolah.







12. Ceramah Keselamatan Jalan Raya dari Sekolah Memandu

              Pihak sekolah memanggil seorang guru dari sekolah memandu untuk memberi tunjuk ajar tentang keselamatan jalan raya dan keperluan mempunyai lesen untuk pemanduan berhemah. Ini kerana pelajar pasca pt3 ini akan berumur 16 tahun pada tahun hadapan dan sudah boleh memiliki lesen menunggang motosikal. Jadi secara tidak langsung ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kepekaan para pelajar tentang keselamatan di jalan raya.




13. Membina Pohon Bahasa


         Pelajar dibekalkan dengan pasu dan ranting pokok serta kertas a4 berwarna. Dengan kreativiti masing-masing, pelajar membina pohon bahasa secara berkumpulan. Pohon pohon itu kemudian dijadikan hiasan di dalam makmal bahasa sekolah.


          



                                    

                                    


14.   Membina Kubu Pertahanan dari Plastisin

           Panitia Sejarah mengambil idea dari kubu bersejarah, untuk membuat pertandingan membina kubu pertahanan daripada plastisin. Pertandingan ini menyerlahkan kreativiti para pelajar dan menggalakkan mereka berfikir secara kritis.




15. Pertandingan Memasak Kuih Tradisional

                  Pertandingan yang diadakan oleh panitia kemahiran hidup. Aktiviti ini sangat menarik kerana menyerlahkan bakat anak-anak murid dalam kemahiran memasak serta mengetengahkan menu kuih kuih tradisional seperti tepung gomak, puteri mandi dan cek mek molek.





16. Pertandingan Permainan Tradisional

         Pertandingan anjuran Panitia Sivik ini mengetengahkan permainan-permainan tradisional yang semakin dilupakan atau tidak penah di mainkan oleh anak-anak generasi gajet. Antara permainan yang dipertandingkan adalah sepak raga, galah panjang, batu seremban, congkak dan baling tin.





17. Membina idioms

         Pelajar menulis secara kreatif peribahasa atau idioms dalam bahasa inggeris. Kata-kata itu kemudian ditampal di sekitar mak mal bahasa.
          

18. Bengkel Melukis PSV

             Panitia PSV menganjurkan bengkel teknik melukis kepada pelajar-pelajar sebagai salah satu tarikan subjek PSV di Tingkatan 4 nanti.


19. Permainan Tarsia

     Pelajar membina sendiri model jigsaw puzzle tarsia dan bermain permainan tersebut.








20. Membina Model Kestabilan

               Pelajar - pelajar membina pohon daripada polistirena yang dapat berdiri tegak walaupun banyak cabang dan ranting. Model di cat dan dapat digunapakai sebagai bahan hiasan di makmal sains.



 Ada banyak lagi aktiviti untuk memenuhi waktu pdp pelajar selepas pt3 di luar bilik darjah. Seperti pertandingan takraw, bola sepak, berlatih tarian tradisional, bermain kiub rubik, membina suatu penebat yang dapat menghalang telur dari pecah, menonton filem, gotong royong dan juga mengecat mural.  


                                 

Sesungguhnya, aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah ini juga membantu mendedahkan pelajar kepada pelbagai ilmu menarik dan di luar dari kebiasaan. Jangan kata pelajar je teruja, saya sebagai guru nya juga excited!  :)




http://cikguhawa.blogspot.com/2018/01/20-aktiviti-untuk-pelajar-pasca-pt3.html


cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Mesej

Abu Ad Darda lalu berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa melalui jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahnya jalan ke syurga. Sungguh, para Malaikat merendahkan sayapnya sebagai keredhaan kepada penuntut ilmu. Penduduk langit dan bumi hingga ikan yang ada di dasar laut akan mendoakan keampunan kepada orang yang menuntut ilmu. Kelebihan serang alim dibanding ahli ibadah seperti keutamaan rembulan pada malam purnama atas seluruh bintang. Para ulama adalah pewaris para nabi, dan para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanyalah mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya maka ia telah mengambil bahagian yang banyak." (HR Abu Daud No: 3157) Status: Sahih

Pilihan

Search This Blog

UPSR
Sept 2020


PT3(Geografi)
Julai 2020


PT3(Sejarah)
Mei 2020


PT3(Lisan Tutur)
April 2020

PT3(Lisan BM)
Ogos 2020

PT3(Lisan BI)
Ogos 2020

Ujian Bertulis PT3
Okt 2020


SPM
Dis 2020