Bagaimana cara memasang WhatsApp pada komputer saya?
August 16, 2017Bagaimana cara memasang WhatsApp pada komputer saya?
WhatsApp terus dapat digunakan daripada desktop anda tanpa pelayar. Untuk memasang WhatsApp pada komputer anda, sila akses laman web kami daripada pelayar komputer anda atau muat turun melalui App Store Apple. WhatsApp hanya dapat dipasang pada komputer anda jika sistem operasi anda ialah Windows 8 (atau lebih baru) atau Mac OSX 10.9 (atau lebih baru). Untuk sistem operasi yang lain, anda boleh menggunakan WhatsApp pada pelayar anda di sini.
Untuk memasang pada Windows 8+
- Pada pelayar komputer anda, navigasi ke halaman muat turun untuk memuat turun fail .exe.
- Selepas proses muat turun lengkap, buka WhatsApp.exe untuk memasang WhatsApp pada komputer anda.
- Apabila proses pemasangan lengkap, lancar WhatsApp pada komputer anda dan imbas kod QR untuk log masuk.
Untuk mengimbas kod QR
- Pada Android: skrin Sembang > Menu > WhatsApp Web.
- Pada iPhone 8.1+: Tetapan > WhatsApp Web.
- Pada Windows Phone 8.0+: skrin Sembang > Menu > WhatsApp Web.