My Muhasabah Diary.
to Share my Life Reflections

6 saluran Youtube untuk pelajar anda yang bercita-cita untuk menjadi seorang ‘filmmaker

6 saluran Youtube untuk pelajar anda yang bercita-cita untuk menjadi seorang ‘filmmaker’

Cita-cita saya sewaktu berada di Tingkatan 6 adalah untuk menjadi seorang ‘filmmaker. Minat yang mendalam dalam pembikinan filem menyebabkan saya menubuh sebuah kelab videografi di sekolah lama bersama rakan. 😸
Kelab ini dikenali sebagai SEMESTA STUDIO. Sepanjang 5 tahun penubuhan, pelbagai kejayaan dikecapi. Pencapaian terbesar bagi saya adalah pelajar sudah mampu berdikari untuk menghasilkan karya mereka sendiri.
meneruskan minat, saya sedang merancang untuk menghasilkan beberapa filem pendek sendiri serta sebuah filem dokumentari. Projek filem dokumentari saya yang pertama ialah mengenai silat pulut dan inshaallah pengambaran akan bermula pada Januari 2019. 🤳
Dokumentari pendek ini akan digarap dengan cara yang berbeza. Ia juga akan menjadi ekspeimen pertama saya mengenai bagaimana sesuatu subjek budaya yang jarang mendapat perhatian golongan muda dapat ‘menjerat’ hati mereka. 🧐🧐🧐
Kini saya dalam proses menulis storyboarddan skrip. Dalam masa terdekat saya akan mendapatkan beberapa peralatan seperti LUMIX GH5 serta beberapa aksesori tambahan.
Youtube merupakan tempat terbaik untuk belajar mengenai pembikinan filem. Berikut merupakan enam saluran tutorial dan panduan untuk anda dan pelajar anda terokai.

1.  Film Riot

Saya mengikuti Film Riot sejak 2013 lagi. Mereka amat kreatif dalam pembikinan aksesori DIY untuk videografi. Selain itu, mereka juga berkongsi teknik penghasilan filem dengan cara yang menghiburkan. Film Riot merupakan satu saluran yang wajib anda langgan sebagai permulaan.
Langgan saluran Film Riot

1. Fenchel & Janisch

Fenchel & Janisch merupakan studio filem dari Jerman. Berbeza dengan studio komersial lain, mereka berkongsi mengenai ilmu pembikinan filem mereka menerusi Youtube. Fokus mereka lebih kepada teknik menggunakan DSLR. Kandungan yang dipaparkan amat sesuai untuk pelajar anda yang baru ingin bermula.
Langgan saluran Fenchel & Janisch

3. Aputure  

Aputure bermula pada tahun 2005 apabila sekumpulan pembuat filem yang mahu menghasilkan kandungan yang berkualiti, namun mereka mempunyai masalah untuk mendapatkan peralatan yang mahal. Pasukan Aputure amat pakar dalam hal melibatkan pencahayaan di set sehinggakan mampu menghasilkan kit dengan jenama mereka sendiri dengan harga yang amat berpatutan.
Langgan saluran Aputure

4. Filmmaker IQ  

Mangendalikan peralatan seperti DSLR dan sebagainya memerlukan anda pempunyai kemahiran tertentu. Begitu juga dengan proses penyuntingan menerusi perisian. Filmmaker IQ memaparkan asas dan kemahiran teknikal yang anda perlukan untuk menghasilkan satu karya yang baik.
Langgan saluran Filmmaker IQ

4. Indy Mogul  

Indy Mogul berkongsi mengenai pelbagai teknik dalam pembikinan filem yang boleh anda lakukan sendiri. Ianya amat sesuai bagi anda yang mahu mula menghasilkan karya anda sendiri dengan kesan khas atau teknik solekan tertentu dengan kos yang randah.
Langgan saluran Indy Mogul

6. CineFix  

CineFix merupakan satu sub jenama milik Mashable, sebuah portal media terkenal. Ianya mengkaji dan mengulas teknik-teknik pengambaran yang dilakukan dalam filem-filem di ‘layar perak’ sepanjang zaman.  Saya mencadangkan CinexFix dalam 6 senarai ini untuk pelajar anda mendapatkan inspirasi serta melihat shot-shot sinematografi terbaik.
Jika anda mempunya cadangan saluran lain, sila kongsi pada ruangan komen dibawah. Sentiasa bersama kami untuk pelbagai perkongsian teknologi dalam pembelajaran abad ke-21 dan jangan lupa untuk 👍 laman Facebook kami.
http://cikgusiber.com/6-saluran-youtube-untuk-pelajar-anda-yang-bercita-cita-untuk-menjadi-seorang-filmmaker

  •  
cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Mesej

Abu Ad Darda lalu berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa melalui jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahnya jalan ke syurga. Sungguh, para Malaikat merendahkan sayapnya sebagai keredhaan kepada penuntut ilmu. Penduduk langit dan bumi hingga ikan yang ada di dasar laut akan mendoakan keampunan kepada orang yang menuntut ilmu. Kelebihan serang alim dibanding ahli ibadah seperti keutamaan rembulan pada malam purnama atas seluruh bintang. Para ulama adalah pewaris para nabi, dan para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanyalah mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya maka ia telah mengambil bahagian yang banyak." (HR Abu Daud No: 3157) Status: Sahih

Pilihan

Search This Blog

UPSR
Sept 2020


PT3(Geografi)
Julai 2020


PT3(Sejarah)
Mei 2020


PT3(Lisan Tutur)
April 2020

PT3(Lisan BM)
Ogos 2020

PT3(Lisan BI)
Ogos 2020

Ujian Bertulis PT3
Okt 2020


SPM
Dis 2020