GERHANA BULAN PENUH PALING LAMA
July 27, 2018
Gerhana penuh bulan pada bulan julai ini adalah gerhana penuh kali kedua pada tahun 2018. Gerhana pertama pada tahun 2018 berlaku pada 31 Jnaurai 2018. Gerhana bulan kali ini berlaku dalam tempoh yang lebih lama berbanding dengan gerhana bulan januari 2018.
oleh hal yang demikian , banyak orang berpeluang melihat pada kali ini dengan lebih lama berbanding gerhana bulan sebelumnya. tempoh gerhana bergantung pada laluan bulan yang melintasi atau memasuki kawasan bayang bumi. bentuk bayang bumi seperti satu bulatan gelap yang sangat besar di angkasa kerana mengikut bentuk sfera bumi. tempoh gerhana penuh lebih panjang jika laluan bulan berada di tengah tengah bulatan berbanding dengan laluan yang berada di tepi bulatan bayang.
fenomena gerhana bulan belaku apabila seluruh atau sebahagian daripada bulan memasuki bayang bumi. bayang bumi terhasil disebabkan oleh cahaya matahari yang dihalang oleh bumi yang menyebabkan bayang bumi mengunjur ke angkasa. ada dua bahagian bayang bumi, iaitu bahagian dalam dan luar bayang. bayang yang berada di bahagian dalam dikenali sebagai umbra, manakala bayangdi bahagian luar dikenali sebagai penumbra.
umbra kelihatan lebih gelap berbanding dengan penumbra. ketika bulan purnama , bumi memasuki kawasan bayang, seterusnya gerhana berlaku. jika seluruh bulan memasuki umbra, gerhana penuh berlaku. jika hanya sebahagian bulan memasuki umbra, gerhana separa pula yang berlaku. jika bulan hanya memasuki penumbra, gerhana penumbra berlaku.
gerhana penuh bulan mengalami beberapa fasa bermula daripada fasa penumbra . ada tujuh fasa kejadian gerhana. setiap fasa berlaku apabila bulan mula menyentuh, memasuki atau meninggalkan kawasan bayang penumbra atau umbra.
gerhana bulan penuh berlaku pada 27 julai 2018 selepas waktu tengah malam dan dapat dilihat di seluruh negara. gerhana ini juga boleh dilihat di sebahagian besar Asia, Afrika dan Australia. Gerhana penuh ini menempuh semua fasa gerhana bulan bermula daripada fasa penumbra P1 , kecuali fasa akhir P2 apabila bulan keluar dari kawasan bayang penumbra yang tidak dapat dilihat.
gerhana bulan penuh ini boleh mula dilihat di langit barat pada pukul 1.14 pagi apabila bulan mula memasuki kawasan bayang penumbra. bulan melintasi bayang penumbra dalam tempoh 70 minit sebelum menyentuh bayang umbra. bulan mula menyentuh bayang umbra pada pukul 2.24 pagi.
sebaik-baik sahaja bulan menyentuh bayang umbra, sebahagiab bulan mula kelihatan gelap. saiz bahagian yang kelihatan gelap adalah kecil pada mulanya dan bertambah gelap sehingga seluruh permukaan bulan menjadi gelap. gerhana penuh bermula pada pukul 3.30 pagi sebaik-baik sahaja seluruh bulan memasuki bayang umbra, seterusnya seluruh bulan menjadi gelap. Fasa gerhana penuh berlangsung dalam tempoh 103 minit. Tempoh gerhana ini lebih lama berbanding dengan gerhana penuh sebelumnya. Tempoh gerhana penuh pada 31 januari hanya 76 minit.
tempoh gerhana pada kali ini adalah antara tempoh gerhana yang paling panjang pada abad ke 20 dan 21. dalam kedua dua abad ini, tempoh gerhana penuh yang paling lama adalah 107 minit, iaitu pada tahun 1982 dan tahun 2000.
ketika kemuncak gerhana penuh bulan, permukaan bulan tidak gelap sepenuhnya, tetapi kelihatan kemerah-merahan . hal ini disebabkan oleh pembiasan cahaya dalam atmosfera bumi. cahaya yang dibiaskan berwarna merah dan jatuh pada permukaan bulan. kenampakan warna cahaya ini bergantung kepada keadaan cuaca. jika cuaca baik, warna cahaya merah mudah dilihat di permukaan bulan.
gerhana penuh berakhir sebaik sahaja bulan mula menyentuh bayang penumbra pada pukul 5.13 pagi. permukaan bulan mula kelihatan bercahaya sedikit demi sedikit sehingga seluruh bulan kelihatan bercahaya pada pukul 6.19 pagi. keseluruhan gerhana tamat apabila bulan meninggalkan bayang penumbra pada pukul 7.28 pagi. walaubagaimanapun, fasa terakhir ini tidak dapat dilihat kerana bulan terbenam pada pukul 7.19 pagi.
langit malam pada bulan julai ini dihiasi buruj yang menarik pada waktu malam. di langit utara, pada awal bulan ini, buruj Hercules dan Pegasus dapat dilihat di meridian pada waktu tengah malam. ada dua bintang cerah di dalam buruj ini iaitu Ras-Al-Gethi (magnitud 2.5) dan Rutilicus (magnitud 2.8)
Buruj Pegasus mudah dikenali kerana bentuknya seperti segi empat yang besar dengan empat bintang yang terang di setiap penjuru. empat bintang yang terang ini adalah Alpheratz (magnitud 2.06), Scheat (magnitud 2.44), markab (magnitud 2.49) dan Algenib (magnitud 2.83).
di langit selatan, buruj Scorpio dapat dilihat pada waktu sepanjang malam, begitu juga dengan Virgo, Centaurus dan Libra. Libra ialah buruj yang mempunyai lima bintang yang terletak di hujung kepala scorpius. dalam bahasa arab, libra dikenali sebagai Mizan yang bermaksud dacing. dua bintang cerah di dalam buruj ini dikenali sebagai Zuber-el-Gemal dan Zuber-el-Genubi.
diaslin daripada majalah KOSMIK bil 7 2018 oleh Kassim Bahali (felo akademi Falak Malaysia)