My Muhasabah Diary.
to Share my Life Reflections

CARA DESIGN BANNER/BUNTING/BACKDROP (SETUP SAIZ,RESOLUTION & COLOR MODE) - PHOTOSHOP

CARA DESIGN BANNER/BUNTING/BACKDROP (SETUP SAIZ,RESOLUTION & COLOR MODE) - PHOTOSHOP

BY - JANUARY 19, 2017

Ingin design Banner/Bunting/backdrop tetapi tidak tahu cara setup saiz?
Ikuti tutorial ini untuk sesiapa yang guna PHOTOSHOP. Harap dapat membantu


Apa itu Bunting? Apa itu Banner ?
Bunting (Menegak). Banner (Melintang)

 


Cara Setup Saiz untuk Design Bunting/Banner

Untuk design, anda perlu ubah bahagian
1) Saiz (Width,Height dan Unit ukuran) 
2) Resolution
3) Color Mode

Sila baca nota dibawah untuk keterangan lebih lanjut


1)  SAIZ
Selalunya kita akan sebut saiz bunting/banner dalam unit kaki (feet). Tetapi dalam Photoshop, tidak ada unit feet. Jadi bagaimana untuk design? Senang saja! Photoshop ada pilihan unit Inches (inci). Tukar saja unit kaki kepada inci :

1 kaki (ft) bersamaan 12 Inci (Inches)

Contohnya,anda ingin design bunting bersaiz 2 kaki(ft) X 5 kaki(ft)
Width = 2 ft, Height= 5 ft

Tukar kepada inci :
Width : 2 x 12 = 24 Inches
Height : 5 x 12 = 60 Inches

2) RESOLUTION
Tetapkan Resolution menjadi 72
Anda tidak digalakkan untuk menggunakan resolution melebihi 72 kerana ia akan menyebabkan komputer anda menjadi ‘hang’ semasa melakukan kerja-kerja design. Kenapa? Sebab saiznya terlalu besar.

Sekiranya anda ingin design poster/sticker boleh lah guna resolution melebihi 72 . Selalunya guna resolution 300 untuk hasil yang baik.


3) COLOR MODE
Tetapkan Color Mode menjadi CMYK



Sudah selesai ubah Perkara 1,2 dan 3 . Klik butang “OK” dan mulakan kerja design anda.

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Mesej

Abu Ad Darda lalu berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa melalui jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahnya jalan ke syurga. Sungguh, para Malaikat merendahkan sayapnya sebagai keredhaan kepada penuntut ilmu. Penduduk langit dan bumi hingga ikan yang ada di dasar laut akan mendoakan keampunan kepada orang yang menuntut ilmu. Kelebihan serang alim dibanding ahli ibadah seperti keutamaan rembulan pada malam purnama atas seluruh bintang. Para ulama adalah pewaris para nabi, dan para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanyalah mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya maka ia telah mengambil bahagian yang banyak." (HR Abu Daud No: 3157) Status: Sahih

Pilihan

Search This Blog

UPSR
Sept 2020


PT3(Geografi)
Julai 2020


PT3(Sejarah)
Mei 2020


PT3(Lisan Tutur)
April 2020

PT3(Lisan BM)
Ogos 2020

PT3(Lisan BI)
Ogos 2020

Ujian Bertulis PT3
Okt 2020


SPM
Dis 2020