10 Sebab Kenapa Perlu Istiqamah dalam Sedekah
January 26, 202310 Sebab
Kenapa Perlu Istiqamah dalam Sedekah Dalam bahasa Arab, perkataan 'Sedekah' secara literal bermaksud 'kebenaran' dan berpunca daripada kata dasar 'sidq', yang bermaksud ikhlas; mengisyaratkan bahawa sedekah ialah keikhlasan iman dan tingkah laku yang soleh yang membawa kepada masyarakat yang sihat dan seimbang. Al-Quran dan Sunnah berulang kali menekankan kepentingan bersedekah secara berkala dan Allah telah menjanjikan banyak faedah kepada orang yang melakukannya. Inilah sebab mengapa anda perlu bersedekah secara berkala: 1. Sedekah memenuhi hajat kita “Siapa yang menyampaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menyampaikan hajatnya.” (HR Bukhari) 2. Sedekah menghapuskan kesusahan dunia dan akhirat “Berikanlah sedekah itu dengan segera, kerana ia menghalangi bala." (HR Tirmizi) 3. Saham di dunia dan akhirat “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia” (Al-hadid 57:18) 4. Sedekah Penghapus dosa2 "Sedekah menghapuskan dosa seperti air memadamkan api” (ibnu Majah) 5. Pintu Sedekah di Syurga “barang siapa dari kalangan ahli sedekah dia akan dipanggil dari pintu sedekah” (Bukhari) 6. Sedekah sebagai pelindung di akhirat "Naungan orang beriman di hari Kiamat adalah sedekahnya. (HR Ahmad) Siapa yang melapangkan kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan kesukarannya di hari kiamat, (HR Bukhari) 7. Sedekah Menyucikan Nafsu "Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” (Ali-Imran 3:92) 8. Sedekah salah satu asbab doa diterima "Tiga orang yang memasuki sebuah gua, dan sebuah batu jatuh dan menghalang jalan keluar mereka. Mereka meminta kepada Allah dengan kebaikan perbuatan terbaik mereka untuk menyelamatkan mereka. Masing-masing lelaki berdoa kepada Allah dengan menyebut kebaikan yang telah mereka lakukan dengan ikhlas untuk mencari keredhaan-Nya dan Allah menggerakkan batu itu dan membebaskan mereka dari gua." (HR Bukhari dan Muslim) 9. Sedekah bantu membangunkan mesyarakat 'Senyumanmu untuk saudaramu adalah sedekah. Membuang batu, duri atau tulang dari jalan adalah sedekah. Bimbingan kamu terhadap orang yang tersesat adalah sedekah’ (HR Bukhari) 10. Pahala mengalir walau telah mati Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Riwayat Muslim)