How to Lead When You're Not in Charge: Leveraging Influence When You Lack Authority
September 18, 2024"Influence is not about climbing the corporate ladder; it's about climbing into the hearts of those around you. When you earn the right to be heard, you'll be amazed at the influence you can have from wherever you are."
didik anak solat
July 20, 2024a deal is sealed!
June 06, 2024Selamat Hari Guru, " Terima Kasih Cikgu"
May 15, 2024
Mukadimah
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Irsyad al-Hadith pada kali ini akan membincangkan berkaitan hadith-hadith yang menceritakan akan kelebihan guru dan juga apa yang berkaitan dengannya. Ini kerana, hari ini merupakan hari yang begitu bermakna buat para pendidik di seluruh Malaysia kerana pada hari ini bersamaan 16 Mei seluruh rakyat Malaysia akan menyambut hari guru.
Definisi Guru
Perkataan guru atau pendidik di dalam bahasa arab dinamakan al-Mu’allim (المُعَلِّم). Di dalam Lisan al-‘Arab, perkataan al-Mu’allim berasal daripada ilmu (العلم) atau fe’elnya iaitu (عَلِمَ). Ilmu adalah lawan bagi kejahilan dan orang yang berilmu digelar sebagai ulama’. Menurut kamus dewan, guru bermaksud orang yang mengajar, mendidik atau mengasuh. Pendidik atau guru di dalam Islam ialah sesiapa sahaja yang bertanggungjawab terhadap perkembangan anak didiknya. Dalam Islam juga, orang yang paling utama atau bertanggungjawab dalam mendidik adalah ibubapa. Untuk itu, ibubapa adalah pendidik yang utama dan juga yang pertama dalam diri seorang insan itu. Berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَا مِنْ مَوْلُودٍ إِلَّا يُولَدُ عَلَى الفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ، أو يُنَصِّرَانِهِ، أَوْ يُمَجِّسَانِهِ
Maksudnya: “Tidaklah dilahirkan seorang anak itu melainkan dia lahir dalam keadaan fitrah. Maka kedua ibubapanya yang bertanggugjawab meyahudikannya atau menasranikannya atau memajusikannya”. [Riwayat Muslim, no. Hadith 4805]
Hadith-Hadith Berkaitan Kelebihan Guru
Antara hadith-hadith yang diriwayatkan bertaraf sahih atau hasan berkenaan kelebihan guru atau pendidik adalah:
- Diriwayatkan oleh Abu Darda’ RA, bahawa Nabi SAW:
وَإِنَّ فَضْلَ العَالِمِ عَلَى العَابِدِ كَفَضْلِ القَمَرِ لَيْلَةَ البَدْرِ عَلَى سَائِرِ الكَوَاكِبِ
Maksudnya: “Sesungguhnya kelebihan orang yang alim dibanding dengan ahli ibadah adalah seperti bulan pada malam purnama atas seluruh bintang-bintang”. [Riwayat Abu Daud, no. Hadith 3157]
- Diriwayatkan oleh Abu Darda’ RA, bahawa Rasulullah SAW:
وَإِنَّ العُلَمَاءَ وَرَثَةُ الأَنْبِيَاءِ ، وَإِنَّ الأَنْبِيَاءَ ، لَمْ يُوَرِّثوا دِيْنَارًا ، وَلَا دِرْهَمًا ، إِنَّمَا وَرّثوا العِلْمَ ، فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya ulama’ adalah pewaris para nabi. Sungguhpun para nabi tidak mewariskan dinar atau dirham tetapi mereka telah mewariskan ilmu. Barangsiapa yang mengambil warisan tersebut maka dia telah mengambil bahagian yang banyak.”. [Riwayat Abu Daud, no. Hadith 3157]
- Diriwayatkan oleh Abu Umamah RA, bahawa Nabi SAW:
فَضْلُ العَالِمِ عَلَى العَابِدِ كَفَضْلِيْ عَلَى أَدْنَاكُمْ
Maksudnya: “Kelebihan orang yang alim dibanding dengan ahli ibadah adalah seperti kelebihanku atas orang yang paling rendah di antara kamu semua”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2609]
- Diriwayatkan oleh Abu Umamah RA, bahawa Rasulullah SAW:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكتَهُ وَأَهْلَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ حَتَّى النَّمْلَةَ فِيْ جُحْرِهَا وَحَتَّى الحُوْتَ لَيُصَلُّوْنَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الخَيْرَ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT, para Malaikat dan semua penduduk di langit dan di bumi, sehinggakan semut di sarangnya dan ikan (di lautan) pasti berselawat (mendoakan) kebaikan bagi orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2609]
- Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
أَلاَ إِنَّ الدُّنْيَا مَلْعُونَةٌ مَلْعُونٌ مَا فِيهَا إِلاَّ ذِكْرُ اللَّهِ وَمَا وَالاَهُ وَعَالِمٌ أَوْ مُتَعَلِّمٌ
Maksudnya: “Ketahuilah ! sesungguhnya dunia dan segala isinya adalah dilaknat kecuali dengan berzikir kepada Allah SWT dan apa yang terlibat dengannya, serta orang yang alim (tahu) atau orang yang belajar”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2244]
- Diriwayatkan oleh Muaz bin Anas RA, bahawa Rsulullah SAW:
مَنْ عَلَّمَ عِلْمًا فَلَهُ أَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهِ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ العَامِلِ
Maksudnya: “Barangsiapa yang mengajarkan sesuatu ilmu maka dia akan mendapat pahala orang yang mengamalkannya tanpa mengurangi pahala orang yang mengamalkannya sedikitpun”. [Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 236]
Feqah al-Hadith
Berdasarkan hadith-hadith yang kami nyatakan di atas, terdapat beberapa fiqh al-Hadith atau pengajaran daripada hadith iaitu:
- Guru adalah seorang insan yang mulia dan tinggi kedudukannya.
- Tugas guru atau mendidik adalah satu tugas yang mulia kerana ia juga adalah tugas para nabi dan rasul.
- Di dalam al-Quran dan juga hadih Nabi SAW banyak menceritakan akan galakan untuk menuntut ilmu dan salah satu wasilah atau caranya adalah dengan berguru.
- Para guru dan pendidik akan mendapat pahala yang besar dengan setiap ilmu yang diajarkannya.
- Kesemua makhluk Allah SWT samada di langit atau di bumi sentiasa mendoakan kebaikan kepada para guru dan pendidik.
- Mendidik atau mengajar akan terselamat dan bebas daripada laknat Allah SWT.
- Setiap yang diajar itu akan mendapatkan pahala sama seperti pahala orang yang beramal dengan apa yang telah diajarkannya itu.
Kriteria-Kriteria Seorang Guru
Antara ciri-ciri atau sifat-sifat yang perlu ada dalam diri setiap insan yang bergelar guru atau pendidik adalah:
- Perlu ikhlas dan jujur dalam setiap perkara yang disampaikan.
- Mestilah bersifat penyayang terhadap setiap anak didiknya.
- Menjadikan Rasulullah SAWsebagai qudwah atau ikutan.
- Hendaklah mengikut tahap yang sesuai dengan umur dan akal pelajar dengan ilmu yang disampaikan.
- Bersabar dalam setiap perkara.
- Bersifat adil dan tidak mengamalkan sikap pilih kasih.
- Amanah dan memberi komitmen dalam setiap tugas yang diberikan.
- Membuat persediaan yang secukupnya sebelum memulakan pengajaran.
- Berketrampilan menarik dan kemas.
- Sentiasa mendoakan kebaikan buat anak-anak didiknya.
Penutup
Kesimpulannya, marilah sama-sama pada hari yang penuh bermakna ini, kita mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah banyak berjasa kepada kita. Ini kerana, Allah SWT kerana telah mengangkat martabat seorang guru dan pendidik yang benar-benar ikhlas menyampai ilmu dengan kedudukan yang tinggi. Oleh itu, para guru dan pendidik perlulah melaksanakan tugas yang mulia ini dengan penuh ikhlas dan amanah sesuai dengan kemulian yang diberikan oleh Islam. Dikatakan oleh Imam Al-Mawardi di dalam Kitabnya:
وَمِنْ آدَابِهِمْ: أَنْ يَقْصِدُوا وَجْهَ اللَّهِ بِتَعْلِيمِ مَنْ عَلَّمُوا وَيَطْلُبُوا ثَوَابَهُ بِإِرْشَادِ مَنْ أَرْشَدُوا، مِنْ غَيْرِ أَنْ يَعْتَاضُوا عَلَيْهِ عِوَضًا، وَلَا يَلْتَمِسُوا عَلَيْهِ رِزْقًا
Maksudnya: “Antara adab-adab mereka (guru) adalah menjadikan matlamat mendapat keredhaan Allah dengan mengajar sesiapa yang mereka ajar, mengharapkan ganjaran Allah SWT dengan memberi tujuk ajar kepada mereka yang diberi tunjuk ajar tanpa mengharapkan gantian dan tanpa mengharapkan rezeki daripadanya”. [Lihat: Adab dunia dan agama, 83]
Akhir kata, semoga Allah SWT memberi kesihatan dan kekuatan kepada para guru dan mengampunkan dosa-dosa kepada mereka yang telah pergi. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru dan pendidik di seluruh Malaysia. Seterusnya, semoga dengan segala ilmu yang dicurahkan itu mendapat ganjaran di sisi Allah SWT serta dibalas dengan syurga di akhirat kelak. Amin.
https://www.muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/1141-irsyad-al-hadith-siri-ke-66-hari-guru-hadith-hadith-berkaitan-kelebihan-guru-dan-feqahnya
Skrip Majlis Pertunangan
December 15, 2023Skrip Majlis Pertunangan Pihak Perempuan
"AssalamualaikumBismillahirrahmannirrahim
(Selawat ke atas nabi sallallahu alayhi wassalam)"
Tuan puan yang dirahmati Allah sekaliannya, Saya bagi pihak tuan rumah dengan rasa berbesar hati mengalu-alukan kehadiran tuan puan dalam majlis pada hari ini.
"Mari kita mulai majlis dengan Ummul-Kitab, mudah-mudahandengan niat kita yang tulus ikhlas semata-mata mengharapkankeredaan-NYA, majlis ini bakal dilimpahi Barakah, Inayah,keampunan dan Rahmah Allah SWT... Al-Fatihah...
"Tanpa melengahkan masa lagi, saya mohon keizinan majlis untuk memimpin maksud perjumpaan kita seterusnya.
"Apa sebenarnya hajat rombongan saudara semua?"
(Ucapan & penerangan drpd wakil pihak lelaki)
"Kami telah bebincang sebulat suara menerima pinangan ini".
(Pihak perempuan pun menerima cincin & sirih junjung drpdpihak lelaki)Seterusnya bolehlah berbincang tentang:
1. Menentukan kadar wang hantaran atau "belanja hangus"
2. 2. Menentukan mahar atau atau mas kahwin atau "belanjatubuh"
3. 3. Menentukan tempoh pertunangan
4. 4. Tarikh cadangan perkahwinan
5. 5. Kedua2 pihak boleh juga membuat persefahaman tentang status pemberian dan pertunangan.
Skrip dan adab majlis pertunangan bagi pihak lelaki
1.Pakai baju biar beradab, baju melayu bersampin pun boleh, pakai baju batik bersongkok pun boleh. Waktu sampai rumah perempuan, juru pantun elok pegang hantaran cincin danmengetuai rombongan perjalanan.
2.Sampai sana, bersalaman dan tentu mereka jemput masuk, korang pun duduklah tempat yang dah disediakan.
3.Tuan rumah akan mulakan majlis, mereka mungkin akan bertanya tujuan datang dalambentuk pantun, atau kata-kata puitis, bila mereka izinkan pihak lelaki bercakap, mulakandengan ucapan pembukaan seperti:
“Asalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, terima kasih kepada seisi tuan rumahkerana sudi menyambut kedatangan kami dengan:Hati Yang Terbuka, Dada Yang Lapang,Wajah Yang Ceria, Kedatangan Di Raikan.Alhamdulillah, Syukur pada Allah atas segala nikmat, dapat kita berkumpul di majlisyang penuh berkat, amin.”
4.Dah habis mukadimah, Boleh mulakan dengan pantun pembuka:
“Selat Melaka di Pantai Barat,Hendak Menangkap Sekawan Ikan,Kami Datang Membawa Hajat,Hendak Menyunting Bunga Di Taman.”
5.Lepas tu taaruf (kenalkan diri):
“Sebelum itu elok saya perkenalkan diri, Saya -- mewakili --- bagi pihak adik dicintai, ---.Tujuan besar kami datang adalah untuk menyambung ikatan silaturahim antara dua keluarga. Lagipun adalah Sunnah nabi, bertanya dahulu- adakah Cik Naili sudahberpunya?
Jika belum berpunya saya secara rasmi bagi pihak tuan badan inginmasuk meminang, insyaAllah…”
6.Begitu lebih kurang takruf dan mukadimah pertunangan, bila pihak perempuan jawab, dankita anggap mereka sudah terima, maka boleh sediakan pantun terima:
"Buah kelapa pohonnya condong, baru sekarang hendak berbuahSudah lama niat kami kandung, baru sekarang dizinkan Allah."
7.Lepas tu boleh cerita tentang tanda pertunangan.
“Alhamdulillah, pihak kami sangat bersyukur atas penerimaan pihak tuan rumah,maka pertunangan sudah tentu ada tanda-tandanya,
8.Waktu ini biasanya cincin akan di serahkan kepada pihak perempuan belah sana, bila pihakmereka dah terima cincin, boleh sambung skrip:
“Alhamdulillah, Pinangan sudah diterima, cincin tanda pinangan juga sudah di terima,maka sudah menjadi adat, setiap pertunangan ada syarat-syaratnya, jadi kami pihaklelaki ingin memaklumkan nilai hantaran dan mas kahwin telah ditetapkan sepertiyang telah dibincangkan semasa sesi merisik. Tarikh telah ditetapkan bagi
1.Hari pernikahan adalah i rumah pengantin perempuan
2.Majlis walimah belah perempuan pada
3.Majlis walimah belah lelaki pada
Negeri Terengganu di tepi pantai,
Tempat mandi ikan tembakul,
Yang kita hajat sudah tercapai,
Yang kita doakan sudah terkabul.
Negeri tuan sungguh indah,
Semua cantik tidak terperi,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati
Pekan Raub di negeri Pahang
Daerah masyhur raja durian
Dari Damansara kami datang
Nak petik bunga di taman tuan
Sepasang merpati sudah berjanji
Burung lain sudah ketepi
Menyampai hajat Putera kami
Meminang Puteri pilihan hati
Gagah hulubalang memegang panji
Dayang menari bertingkah irama
Adat bertunang meterai janji
Menanti hari disanding bersama
Adat setempat dijunjung hormat
Dulang hantaran terhias sangat
Kedua pihak menghurai hajat
Bertolak ansur membawa berkat
Cincin sebentuk sebagai tanda
Ikatan pertunangan jadi sempurna
Pihak perempuan setuju terima
Pihak lelaki syukur dan gembira
Cincin disarung bakal mertua
Keluarga gembira foto bersama
Lepas makan masa dah tiba
Janji dibawa pulang bersama
Pembinaan Item
June 24, 2023
Pembinaan Item
1. Satu teknik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkahlaku sesorang
2. Ujian - satu set atau tugasan yang memerlukan seseorang bertindak balas
TUJUAN PENGUJIAN
(a) Mengesan hasil pembelajaran yang patut dikuasai
(b) Mengesan kemajuan yang telah diperolehi
(c) Menentukan penempatan murid ikut kebolehan
(d) Tindakan susulan yang boleh diambil oleh guru dan murid dalam proses p&p
PRINSIP PEMBINAAN DAN PENTADBIRAN UJIAN
(a) Tentukan tujuan ujian
(b) Tentukan isi kandungan ujian
(c) Membentuk Jadual Penentuan Ujian
(d) Menulis item/soalan
(e) Menyemak item/soalan
(f) Tadbirkan ujian
Pembinaan Jadual Penentuan Ujian (JPU)
1. Pengukuran adalah satu proses yang penting ketika membuat sesuatu penilaian khususnya dalam proses p&p
2. Alat pengukuran yang kurang berkualiti akan menghasilkan penilaian yang meragukan
3. Pembinaan JPU untuk memastikan pembinaan alat pengukuran yang sah dan boleh dipercayai
Jadual Penentuan Ujian (JPU)
(a)Dikenali juga sebagai jadual spesifikasi ujian (JSU)
(b)Satu blue print ujian / test specification
(c)Satu matrik yang terdiri dua paksi iaitu paksi kandungan dan paksi aras kemahiran
(d)Kandungan merupakan topik dalam sukatan pelajaran manakala aras kemahiran merupakan taksonomi penguasaan
(e)Dibina setelah penguji dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian
(f)Membantu penggubal membina item soalan
Tujuan JPU
(a)Ujian tidak dibina secara sembarangan
(b)Dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian
(c)Panduan kepada penggubal soalan
(d)Menstabilakan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa
(f)Menentukan bidang dan pemberatan ujian yang seimbang
Penggubal JPU
(a)Guru-guru yang mengajar mata pelajaran
(b)Penggubal kurikulum dan sukatan pelajaran
Ciri-ciri Utama JPU
(a)Ada tajuk yang hendak diuji
(b)Senaraikan aras kemahiran yg hendak diuji
(c)Paksi menegak mengandungi tajuk yang hendak diuji dan paksi mendatar , jenis kemahiran yang diuji
(d)Gambaran tentang bilangan soalan dan aras kesukaran dalam satu ujian
(e)Merangka secara nyata bidang yang akan diuji
Langkah-langkah Pembinaan JPU
(a)Pilih hasil pembelajaran yang hendak diuji
(b)Senaraikan isi atau kandungan pembelajaran
(c)Bina carta dua hala
(d)Tentukan nombor item yang akan dibina mengikut aras kemahiran
(e)Tentukan bilangan item soalan mencukupi untuk mengukur pencapaian murid
(f)Semak semula jenis item/soalan yang telah ditetapkan samada menepati kehendak objektif kurikulum
DIMENSI DALAM JPU
1. Kandungan ujian – berdasarkan sukatan pelajaran atau huraian sukatan pelajaran dan buku teks yang digunakan, meliputi
i – skop atau kedalamannya
ii – bilangan item untuk setiap tajuk
iii – wajaran
2. Kemahiran – meliputi aras kemahiran yang diuji ( selalunya menggunakan teksonomi Bloom)
3. Jenis dan jumlah item – berdasarkan tujuan ujian, kegunaan ujian, siapa yang mengambil ujian, jenis soalan ( samada item objektif, struktur atau esei ) dan aras kesukaran
4. Wajaran – peratusan item ikut bahagian atau tajuk berdasarkan masa pengajaran bagi setiap tajuk
5.Dalam konteks pendidikan di Malaysia kebanyakan ujian bilik darjah adalah berbentuk pencapaian iaitu ujian untuk menentukan setakat mana murid telah menguasai apa yang telah diajar. Oleh itu ujian mestilah bersifat ‘representative’ kurikulum sekolah
6. Aktiviti - Berdasarkan mata pelajaran tertentu bina JPU untuk ujian bulanan, ujian akhir semester dan ujian akhir tahun
Jenis Item Ujian
(a)Ujian objektif
(b)Ujian subjektif / esei
Item Ujian Objektif
(a)Calon dibekalkan dengan satu tugasan berstruktur yang menghadkan tindak balas dengan cara menanda, membulat atau menggaris gerak balas (respons) yang tepat
(b)Jawapan pendek berbentuk perkataan, angka atau frasa.
(c)Hanya satu jawapan yang betul
(d)Mengikut Gronlund ujian terbahagi kepada item yang memerlukan calon membuat pilihan yang diberi dan memberi jawapan yang diperlukan
Jenis-jenis item ujian objektif
(a)Item pilihan jawapan bebas
(b)Item pilihan jawapan tetap
Item pilihan jawapan bebas
(a)Memerlukan murid memberi jawapan bukan memilih jawapan yang diberikan
(b)Soalan boleh berbentuk soalan atau pernyataan tergantung
(c)Soalan berbentuk item jawapan pendek atau item melengkapkan
(d)Arahan yang diberi seperti isikan tempat kosong dengan …lengkapkan pernyataan berikut
contoh
Item jawapan pendek
i. Tuliskan dengan perkataan nombor 23
ii. Siapakah empat golongan yang dikecualikan daripada kewajipan
menunaikan solat Jumaat?
i. ____________
ii. ____________
iii. ____________
iv. ____________
Item jawapan melengkapkan
i. Haiwan yang memakan daging dinamakan __________
ii Tuliskan nama tarian tradisional negeri berikut
a. Johor __________
b. Perlis __________
Item pilihan Jawapan Tetap
(a)Item betul/salah
(b)Item memadankan
(c)Item pengelasan
(d)Item susun semula
(e)Item aneka pilihan
Item Aneka Pilihan
(a)Bentuk soalan
(b)Ayat tidak lengkap
(c)Jenis jawapan terbaik
(d)Jenis negatif
(e)Interpretif
(f)Cantuman
Soalan Objektif Aneka Pilihan
Mengandungi dua bahagian
- Stem – pokok soalan / tugasan soalan
- Opsyen - pilihan jawapan yg diberi
Pilihan mengandungi :
Kunci – jawapan yang betul
Pengganggu (distracktor) – bukan jawapan
Contoh: Air boleh diuraikan kepada unsur-unsur melalui proses
A pemeluwapan
B penyulingan
C pendidihan
D elektrolsis
Air boleh diuraikan kepada unsur-unsur melalui proses – stem
A,B,C,dan D – opsyen
A,B, dan C – pengganggu
D - jawapan
Stem Soalan
(a)Mungkin dalam bentuk soalan atau ayat tidak lengkap
(b)Jelas tugasan yang diperlukan/yang perlu dijawab oleh calon
(c)Tidak mengandungi sebarang bayangan (clues) jawapan
(d)Tidak mengandungi maklumat yang tidak berkaitan dengan tugasan soalan
Opsyen, Pengganggu dan Kunci
(a)Pilihan jawapan sama dengan stem soalan
(b)Tiap pengganggu mempunyai hubungan atau seragam
(c)Elakan memberi bayangan
(d)Elakan guna perkataan seperti semua di atas, tiada satu pun
(e)Elak mengulang maklumat yang sama
(f)Pastikan satu sahaja jawapan
(g)Susun kunci secara rawak dan bilangan seimbang untuk tentukan A,B,C/D
Jenis soalan Aneka pilihan - Bentuk soalan
Setiap pokok soalan berbentuk soalan diikuti dengan beberapa pilihan jawapan hanya satu daripada pilihan itu betul
Contoh:
Apakah alat yang digunakan untuk menentukan pH tanah?
A Ammeter
B Voltmeter
C Meter pH
D Multi meter
Ayat tidak lengkap
Setiap ayat yang tidak lengkap diikuti dengan beberapa pilihan. Satu sahaja pilihan yang betul.
Contoh :
Pembinaan jalan raya dan jalan kereta api di Tanah Melayu pada zaman
penjajahan British memberi kesan terhadap
A kemasukan buruh asing beramai-ramai
B industri membuat kereta berkembang pesat
C migrasi penduduk dari luar bandar ke badar
D industri perlombongan bijih timah berkembang pesat
Jenis Jawapan Terbaik
Setiap pokok soalan diikuti dengan beberapa pilihan. Semua pilihan ada kebenarannya tetapi bukan semuanya tepat. Hanya satu sahaja pilihan yang paling tepat atau terbaik
Contoh:
Apakah cara pemarkahan yang paling sesuai untuk memastikan ujian tersebut
mempunyai unsur keobjektifan yang tinggi?
A. Memeriksa soalan demi soalan
B Menanda kertas jawapan dengan berhati-hati
C memeriksa kertas jawapan demi kertas jawapan
D Menanda kertas jawapan berdasarkan Peraturan Memberi Markah
Soalan Item Negatif
Kesemua pilihan adalah betul keuali satu yang salah. Yang salah inilah yang tidak dikehendaki. Pokok soalan biasanya mengandungi perkataan seperti ‘kecuali’, ‘yang tidak benar’, ‘bukan’, dan ‘tidak’
Contoh:
Kelebihan ujian bentuk objektif adalah seperti berikut kecuali
A sesuai digunakan untuk ujian sumatif
B dapat menguji bidang kognitif yang lebih tinggi
C jawapan dapat diterima dengan cepat, tepat dan objektif
D boleh menguji bidang kognitif di peringkat pengetahuan dan fahaman
dengan berkesan
Soalan Item Interpretif
Soalan adalah berdasarkan rangsangan yang mungkin berupa peta, gambar rajah, jadual, graf atau petikan karangan
Contoh:
Berdasarkan rajah1 di atas, X adalah merujuk kepada
A internet
B perdagangan
C telekomunikasi
D pengangkutan
Jenis Cantuman/Gabungan
Soalan jenis ini mengandungi lebih daripada satu jawapan yang betul. Murid dikehendaki mencantumkan jawapan menjadi satu sahaja jawapan yang betul
Contoh:
Antara berikut, manakah alat pengangkutan jalan air pada zaman dahulu?
I. Jong
II. Rakit
III. Perahu
IV. Kapal layar
A. I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
Cara Menulis item Aneka Pilihan
(a)Pokok soalan boleh ditulis dalam bentuk pertanyaan, atau ayat tidak lengkap
(b)Soalan hendaklah ringkas tetapi padat
(c)Pilihan jawapan juga perlu ringkas
(d)Pilihan jawapan hendaklah dinyatakan dalam struktur atau bentuk yang sama
(e)Pilihan jawapan tidak bertindih atau diulang
(f)Elakkan daripada menggunakan pilihan jawapan, semua di atas, tiada satu pun yg betul
(g)Pokok soalan tidak membayangkan jawapan
Aras Item Objektif
1. Item-item objektif boleh dibentuk mengikut aras-aras kognitif yang berbeza
2. Mengikut Bloom Teksonomi ada 6 aras, iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintisis dan penilaian.