My Muhasabah Diary.
to Share my Life Reflections

Kemerdekaan Menurut Pandangan Islam

Intisari Khutbah Jumaat Negeri Johor Darul Ta’zim

Tarikh: 19 Zulhijjah 1439/31 Ogos 2018
Tajuk: Kemerdekaan Menurut Pandangan Islam

1. Firman Allah SWT dalam surah Al-A'raf ayat 172 bermaksud: "(Ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhan mu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun temurun) daripada (tulang) belakang mereka dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri (sambil Ia bertanya): bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: benar (Engkaulah Tuhan kami), kami mnjadi saksi...".

2. Keterangan ayat: Allah telah mengambil penyaksian terhadap manusia; sebelum dilahirkan ke dunia; penyaksian dalam rahim ibu lagi; kebanyakan manusia mengingkarinya; kalah oleh hasutan nafsu dan syaitan.

3. Hakikat Kemerdekaan menurut Islam: berjaya menewaskan hawa nafsu dan musuh Allah; ada ketakutan pada Allah; pengabdian hanya kepada Allah; kesempitan hidup dunia kepada keluasan dunia akhirat; kezaliman manusia kepada keadilan Islam.

4. Bersyukur atas nikmat Kemerdekaan negara: nikmat kurniaan Allah; nikmat Iman dan Islam; rahmat Allah bnyak turun ke bumi; Kita bebas bergerak; tiada sekatan berbelanja menjamu selera; tiada halangan menimba Ilmu; syukur kepada Allah atas segala nikmatNya; jauhi menjadi orang kufur.

5. Ancaman dan serangan Kemerdekaan daripada alam maya: umat diuji serangan bentuk minda; perancangan pihak musuh; agar masyarakat melupakan syariat Islam; kebebasan dari terikat dengan undang-undang dan hukum agama; membenarkan pergaulan bebas bukan mahram; penzinaan dan hubungan sama jenis; membunuh tanpa hak; bebas laksana perkara-perkara menyalahi syariat; membawa kerosakan kepada masyarakat.

6. Sempena sambutan Hari Kemerdekaan: bersama membina kekuatan agama dan umat antaranya:

6.1 Berusaha memerdekakan minda daripada fahaman yang bercanggah dengan syariat.

6.2 Beramal dengan ajaran Islam yang sebenar.

6.3 Berusaha meningkatkan ekonomi sehingga dapat membangunkan umat Islam sendiri.

6.4 Berusaha meningkatkan Ilmu dan kemahiran agar dapat menghindari perkara-perkara yang salah.

7. Firman Allah SWT dalam surah Sabak ayat 15-16 bermaksud: "...Makanlah daripada rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya, (negeri kamu Ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur). Maka mereka berpaling ingkar lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan...”.

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Mesej

Abu Ad Darda lalu berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa melalui jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahnya jalan ke syurga. Sungguh, para Malaikat merendahkan sayapnya sebagai keredhaan kepada penuntut ilmu. Penduduk langit dan bumi hingga ikan yang ada di dasar laut akan mendoakan keampunan kepada orang yang menuntut ilmu. Kelebihan serang alim dibanding ahli ibadah seperti keutamaan rembulan pada malam purnama atas seluruh bintang. Para ulama adalah pewaris para nabi, dan para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanyalah mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya maka ia telah mengambil bahagian yang banyak." (HR Abu Daud No: 3157) Status: Sahih

Pilihan

Search This Blog

UPSR
Sept 2020


PT3(Geografi)
Julai 2020


PT3(Sejarah)
Mei 2020


PT3(Lisan Tutur)
April 2020

PT3(Lisan BM)
Ogos 2020

PT3(Lisan BI)
Ogos 2020

Ujian Bertulis PT3
Okt 2020


SPM
Dis 2020