Ujian
August 27, 2018*16 Zulhijjah 1439H*
*28 Ogos 2018M*
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم.
*Kita tidak akan tahu bentuk ujian apakah yang akan datang kepada kita...*
Bukan kita yang memilih ujian itu...
Bukan kita yang menentukan bila ia datang dan berlaku...
Yang pasti, ujian tetap akan datang mengikut bila dan bagaimana bentuknya...
اۨلَّذِيْ خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيٰوةَ لِيَبْلُوَكُمْ اَيُّكُمْ اَحْسَنُ عَمَلًا ؕ وَهُوَ الْعَزِيْزُ الْغَفُوْرُ
"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);"(Al-Mulk: 2)
أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يُرِدْ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُصِبْ مِنْهُ
Abu Hurairah RA berkata; Rasulullah SAW bersabda:"Barangsiapa dikehendaki Allah kebaikan, maka Dia akan mengujinya."(Hadith Riwayat Al-Bukhari)
Orang yang diuji dengan suatu ujian adalah salah satu tanda Allah ingin menganugerahkan kebaikan padanya.
Yang pasti, ujian menyentap dan menghidupkan fitrah jiwa hamba terhadap penciptaNya...
كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ ؕ وَنَبْلُوْكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ؕ وَاِلَيْنَا تُرْجَعُوْنَ
"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan."
(Al-Anbiya: 35)
Bersabarlah ketika kita mendapatkan ujian, dugaan dan cubaan, kerana ia bertujuan untuk menggugurkan dosa atau mengangkat darjat kita.
وَلَـنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَـوْفِ وَالْجُـوْعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْاَمْوَالِ وَالْاَنْفُسِ وَالثَّمَرٰتِ ؕ وَبَشِّرِ الصّٰبِرِيْنَ (١٥٥)
الَّذِيْنَ اِذَآ اَصَابَتْهُمْ مُّصِيْبَةٌ ۙ قَالُوْٓا اِنَّا لِلّٰهِ وَاِنَّـآ اِلَيْهِ رٰجِعُوْنَ (١٥٦)
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:" (155)"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (156)(Al-Baqarah: 155-156)
Tidak ada satupun musibah yang menimpa seorang hamba, demikian pula musibah yang lebih besar (dan luas) darinya, kecuali kerana sebab dosa yang Allah mengampuninya hanya dengan (cara menimpakan) musibah tersebut (kepadanya) atau Allah hendak mengangkat darjatnya (kepada suatu darjat kemuliaan) hanya dengan (cara menimpakan) musibah tersebut (kepadanya)”.(Tafsir Al-Baghawi)
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يَزَالُ الْبَلَاءُ بِالْمُؤْمِنِ وَالْمُؤْمِنَةِ فِي نَفْسِهِ وَوَلَدِهِ وَمَالِهِ حَتَّى يَلْقَى اللَّهَ وَمَا عَلَيْهِ خَطِيئَةٌ
Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:"Ujian akan sentiasa menimpa orang mukmin sama ada lelaki mahupun perempuan, pada dirinya, anak dan hartanya hingga ia bertemu Allah dengan tidak membawa satu kesalahan (dosa) pun atasnya."(Hadith Riwayat Ath-Tirmidzi)
Setiap kesusahan mahupun keperitan itu sebagai penghapus dosa...
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا حُزْنٍ وَلَا أَذًى وَلَا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ
Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW baginda bersabda:"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan keletihan, kehawatiran dan kesedihan, dan tidak juga gangguan dan kesusahan bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya."(Hadith Riwayat Al-Bukhari)
Justeru, wahai sahabat yakni saudaraku yang beriman lagi dimuliakan beruntunglah mereka yang jiwanya jadi hidup dan semakin meyakini bahawa ia benar-benar akan kembali kepada penciptaNya bila ia diuji...barakallahuminalakum
Terima kasih saudaraku yang beriman lagi dimuliakan untuk penghasilan santapan jiwa ini.....
PadaMu Ya Rabb aku meminta seperti yang dipinta oleh KekasihMu....
تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّا وَمِن كُمْ
كُلُّ عَامٍّ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ