My Muhasabah Diary.
to Share my Life Reflections

PBL bagi Sains Tingkatan 2

PBL atau pun merujuk kepada Pembelajaran Berasaskan Projek, atau Pembelajaran Berasaskan Masalah merupakan antara satu kelainan kepada KSSM Sains baharu. Bagi pelajar tingkatan 2 yang mengambil matapelajaran Sains, murid digalakkan melakukan pembelajaran berasaskan projek sekurang-kurangnya dua kali setahun.


Definisi PBL
Pembelajaran berasaskan projek menjurus kepada penghasilan produk bagi menyelesaikan masalah kehidupan sebenar. Murid juga digalakkan melakukan pembelajaran berasaskan projek sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Rujuk DSKP Sains KSSM Tingkatan 2, m/s 33



PBL Obesiti


Bab 3 : Nutrisi
3.2 Kepentingan gizi seimbang
3.2.3 Membuat kajian dan mewajarkan kepentingan gizi seimbang, senaman dan gaya hidup yang sihat dalam mengekalkan kesihatan badan

Pembelajaran Berasaskan Projek
Obesiti dalam kalangan murid sekolah semakin meningkat di Malaysia. Ini sangat berkaitan dengan cara pemakanan yang tidak betul dan gaya hidup.
Jalankan satu kajian ke atas masalah obesiti dalam kalangan murid di sekolah masing-masing. 
Hubungkaitkan dengan pemakanan makanan diproses dan juga makanan rapu. 
Cadangkan cara untuk menyelesaikan masalah ini di peringkat sekolah.

Baca perkongsian pengalaman saya menjalankan PBL Kajian Obesiti bersama pelajar  di sekolah KLIK SINI



PBL Penyakit Berjangkit


Bab 4 : Kesihatan Manusia
4.1 Penyakit Berjangkit dan Penyakit Tidak Berjangkit

Pembelajaran Berasaskan Projek
Membuat kajian kes penyakit penduduk Malaysia berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan untuk membincangkan perkara berikut:

- Penyakit paling banyak dihidap di Malaysia
- Jenis-jenis penyakit yang boleh berjangkit, penyebab dan cara menanganinya
- Meramalkan perkembangan penyakit berdasarkan graf statistik Kementerian Kesihatan
- Cadangan langkah untuk menyelesaikan masalah ini




PBL Audit Penggunaan Air


Bab 5 : Air dan Larutan
5.3 Pembersihan dan Pembekalan air

Pembelajaran Berasaskan Projek
Menjalankan aktiviti audit air untuk mengetahui jumlah penggunaan air di rumah atau di sekolah.

Cadangkan langkah penjimatan atau melakukan inovasi kaedah mudah menjimatkan air dan kecekapan penggunaan air.




PBL Model Rumah Hijau


Bab 9 : Haba
9.4 Hubungkait jenis permukaan objek dengan penyerapan dan pembebasan haba

Pembelajaran Berasaskan Projek
Konsep Bangunan Hijau memerlukan beberapa kriteria seperti kecekapan menggunakan tenaga, kecekapan menggunakan air, tapak pembinaan yang lestari, bahan binaan, inovasi dan sebagainya.

Reka bentuk satu rumah kediaman Hijau di mana penggunaan tenaga dapat dikurangkan bagi menyejukkan rumah, atau sebaliknya. Murid boleh membuat reka bentuk atau inovasi dalam konteks tempatan atau global.




PBL Bumi Berhenti Berputar


Bab 12 : Sistem Suria
12.1 Sistem Suria

Pembelajaran Berasaskan Masalah
Berdasarkan pemahaman mengenai Sistem Suria, segala putaran, daya bertindak dan pergerakan boleh diramalkan berdasarkan data yang dikumpul. 

Bincangkan contoh situasi hipotetikal berikut:
- Apa akan berlaku sekiranya putaran Bumi berhenti berputar? Berputar secara perlahan?
- Mengapa terdapat planet yang mempunyai 2 bulan atau lebih?
- Sekiranya anda berada di bulan, terangkan pemerhatian anda tentang bentuk Bumi?
- Adakah Bumi kelihatan mempunyai fasa sekiranya anda berada di Bulan?

http://www.cikguhailmi.com/2018/01/pbl-bagi-sains-tingkatan-2.html
cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Mesej

Abu Ad Darda lalu berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa melalui jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahnya jalan ke syurga. Sungguh, para Malaikat merendahkan sayapnya sebagai keredhaan kepada penuntut ilmu. Penduduk langit dan bumi hingga ikan yang ada di dasar laut akan mendoakan keampunan kepada orang yang menuntut ilmu. Kelebihan serang alim dibanding ahli ibadah seperti keutamaan rembulan pada malam purnama atas seluruh bintang. Para ulama adalah pewaris para nabi, dan para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanyalah mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya maka ia telah mengambil bahagian yang banyak." (HR Abu Daud No: 3157) Status: Sahih

Pilihan

Search This Blog

UPSR
Sept 2020


PT3(Geografi)
Julai 2020


PT3(Sejarah)
Mei 2020


PT3(Lisan Tutur)
April 2020

PT3(Lisan BM)
Ogos 2020

PT3(Lisan BI)
Ogos 2020

Ujian Bertulis PT3
Okt 2020


SPM
Dis 2020