My Muhasabah Diary.
to Share my Life Reflections

PBL bagi Sains Tingkatan 1


PBL atau merujuk kepada Pembelajaran Berasaskan Projek, atau Pembelajaran Berasaskan Masalah merupakan antara satu kelainan kepada KSSM Sains baharu. Bagi pelajar tingkatan 1 yang mengambil mata pelajaran Sains, murid digalakkan melakukan pembelajaran berasaskan projek sekurang-kurangnya dua kali setahun.

 
PBL bagi Sains Tingkatan 1
PBL bagi Sains Tingkatan 1



Definisi PBL
Pembelajaran berasaskan projek menjurus kepada penghasilan produk bagi menyelesaikan masalah kehidupan sebenar. Murid juga digalakkan melakukan pembelajaran berasaskan projek sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Rujuk DSKP Sains KSSM Tingkatan 2, m/s 33


Tidak seperti PBL Sains untuk Tingkatan 2, PBL bagi tingkatan 1 tidak dinyatakan dengan jelas dalam DSKP. Guru perlu merancang dan membina sendiri pembelajaran berasaskan projek mengikut kemahiran dan tahap murid.

Justeru itu, bagi menjalankan PBL dengan anak murid saya di sekolah, saya menggunakan peta minda di bawah sebagai panduan kronologi menjalankan pembelajaran berasaskan projek. 


Kitar Pembelajaran Berasaskan Projek
Kitar Pembelajaran Berasaskan Projek


Berikut adalah beberapa contoh PBL yang telah guru-guru Sains Tingkatan 1 pada tahun 2017, jalankan kepada murid mereka. Saya kumpulkan gambar dan bahan daripada pelbagai sumber internet, termasuk group telegram dan juga perkongsian di facebook. 


1) Inovasi Makanan
Projek ini adalah bagi topik "Ketumpatan". Murid diberikan tugasan untuk menginovasikan makanan atau minuman berasaskan konsep ketumpatan. Bagi PBL ini, saya kasik lagi meriah lagi dengan penganjuran Karnival Usahawan Cilik bagi menerapkan elemen keusahawanan dalam kalangan murid.







Bagi tujuan memudahkan urusan murid mendokumentasikan keseluruhan PBL mereka ini dengan baik, maka saya hasilkan Siri Buku Project Based Learning. Penggunaan buku ini membantu murid mencatatkan maklumat yang berguna sepanjang mereka menjalankan PBL. Dalam masa yang sama juga, buku ini membantu murid untuk meneroka perkara lain yang masih dalam ruang lingkup berkaitan topik yang perlu mereka pelajari. 

Saya masukkan juga elemen STEM melalui inovasi, GCED (Global Citizenship Education) melalui kajian kes bagi negara antarabangsa dan juga KBAT melalui beberapa tugasan seperti ramalan, dan apa yang mereka mahu lakukan di masa akan datang. 


Iklan Buku PBL bagi Sains Tingkatan 1
Iklan Buku PBL bagi Sains Tingkatan 1

Lebih menarik kerana semua ini adalah merujuk kepada isu setempat, yang akhirnya membantu murid untuk lebih memahami masalah yang ada dan menyelesaikan dengan pendekatan yang lebih lokal.


2) Terrarium
Ini juga satu PBL yang menarik. Pelajar membina taman kecil yang lengkap dengan ekosistem kecil dalam sebuah botol atau bekas kaca. 


PBL Membina Terrarium

3) Pencemaran Udara
Ini satu lagi PBL yang saya jalankan dengan murid saya, iaitu Pencemaran Udara, dari Bab 7. Sebelum ini saya mendapati ramai murid yang berdepan dengan masalah bila menjalankan PBL. Iaitu kebanyakan mereka hanya memfokuskan kepada produk semata-mata, tanpa memberi penekanan kepada proses. 







Justeru itu sebagai langkah membolehkan murid saya mendapat pembelajaran daripada proses mereka menghasilkan projek, maka saya sediakan Siri Buku PBL : Pencemaran Udara sebagai panduan bagi membimbing mereka menjalankan pembelajaran berasaskan projek ini. 

Hasilnya jauh lebih baik, kerana murid juga dapat mempelajari sisi lain pencemaran udara, tanpa hanya terlalu fokus pada penghasilan produk akhir. 





Mudah-mudahan perkongsian ini membantu guru-guru sains tingkatan 1 untuk menjalankan PBL di sekolah. 

http://www.cikguhailmi.com/2018/01/pbl-bagi-sains-tingkatan-1.html
cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Mesej

Abu Ad Darda lalu berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa melalui jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahnya jalan ke syurga. Sungguh, para Malaikat merendahkan sayapnya sebagai keredhaan kepada penuntut ilmu. Penduduk langit dan bumi hingga ikan yang ada di dasar laut akan mendoakan keampunan kepada orang yang menuntut ilmu. Kelebihan serang alim dibanding ahli ibadah seperti keutamaan rembulan pada malam purnama atas seluruh bintang. Para ulama adalah pewaris para nabi, dan para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanyalah mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya maka ia telah mengambil bahagian yang banyak." (HR Abu Daud No: 3157) Status: Sahih

Pilihan

Search This Blog

UPSR
Sept 2020


PT3(Geografi)
Julai 2020


PT3(Sejarah)
Mei 2020


PT3(Lisan Tutur)
April 2020

PT3(Lisan BM)
Ogos 2020

PT3(Lisan BI)
Ogos 2020

Ujian Bertulis PT3
Okt 2020


SPM
Dis 2020