My Muhasabah Diary.
to Share my Life Reflections

Dr.Cat in Science Lab

http://drcatlab.blog.fc2.com/


  •  
cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

PBL bagi Sains Tingkatan 2

PBL atau pun merujuk kepada Pembelajaran Berasaskan Projek, atau Pembelajaran Berasaskan Masalah merupakan antara satu kelainan kepada KSSM Sains baharu. Bagi pelajar tingkatan 2 yang mengambil matapelajaran Sains, murid digalakkan melakukan pembelajaran berasaskan projek sekurang-kurangnya dua kali setahun.


Definisi PBL
Pembelajaran berasaskan projek menjurus kepada penghasilan produk bagi menyelesaikan masalah kehidupan sebenar. Murid juga digalakkan melakukan pembelajaran berasaskan projek sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Rujuk DSKP Sains KSSM Tingkatan 2, m/s 33



PBL Obesiti


Bab 3 : Nutrisi
3.2 Kepentingan gizi seimbang
3.2.3 Membuat kajian dan mewajarkan kepentingan gizi seimbang, senaman dan gaya hidup yang sihat dalam mengekalkan kesihatan badan

Pembelajaran Berasaskan Projek
Obesiti dalam kalangan murid sekolah semakin meningkat di Malaysia. Ini sangat berkaitan dengan cara pemakanan yang tidak betul dan gaya hidup.
Jalankan satu kajian ke atas masalah obesiti dalam kalangan murid di sekolah masing-masing. 
Hubungkaitkan dengan pemakanan makanan diproses dan juga makanan rapu. 
Cadangkan cara untuk menyelesaikan masalah ini di peringkat sekolah.

Baca perkongsian pengalaman saya menjalankan PBL Kajian Obesiti bersama pelajar  di sekolah KLIK SINI



PBL Penyakit Berjangkit


Bab 4 : Kesihatan Manusia
4.1 Penyakit Berjangkit dan Penyakit Tidak Berjangkit

Pembelajaran Berasaskan Projek
Membuat kajian kes penyakit penduduk Malaysia berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan untuk membincangkan perkara berikut:

- Penyakit paling banyak dihidap di Malaysia
- Jenis-jenis penyakit yang boleh berjangkit, penyebab dan cara menanganinya
- Meramalkan perkembangan penyakit berdasarkan graf statistik Kementerian Kesihatan
- Cadangan langkah untuk menyelesaikan masalah ini




PBL Audit Penggunaan Air


Bab 5 : Air dan Larutan
5.3 Pembersihan dan Pembekalan air

Pembelajaran Berasaskan Projek
Menjalankan aktiviti audit air untuk mengetahui jumlah penggunaan air di rumah atau di sekolah.

Cadangkan langkah penjimatan atau melakukan inovasi kaedah mudah menjimatkan air dan kecekapan penggunaan air.




PBL Model Rumah Hijau


Bab 9 : Haba
9.4 Hubungkait jenis permukaan objek dengan penyerapan dan pembebasan haba

Pembelajaran Berasaskan Projek
Konsep Bangunan Hijau memerlukan beberapa kriteria seperti kecekapan menggunakan tenaga, kecekapan menggunakan air, tapak pembinaan yang lestari, bahan binaan, inovasi dan sebagainya.

Reka bentuk satu rumah kediaman Hijau di mana penggunaan tenaga dapat dikurangkan bagi menyejukkan rumah, atau sebaliknya. Murid boleh membuat reka bentuk atau inovasi dalam konteks tempatan atau global.




PBL Bumi Berhenti Berputar


Bab 12 : Sistem Suria
12.1 Sistem Suria

Pembelajaran Berasaskan Masalah
Berdasarkan pemahaman mengenai Sistem Suria, segala putaran, daya bertindak dan pergerakan boleh diramalkan berdasarkan data yang dikumpul. 

Bincangkan contoh situasi hipotetikal berikut:
- Apa akan berlaku sekiranya putaran Bumi berhenti berputar? Berputar secara perlahan?
- Mengapa terdapat planet yang mempunyai 2 bulan atau lebih?
- Sekiranya anda berada di bulan, terangkan pemerhatian anda tentang bentuk Bumi?
- Adakah Bumi kelihatan mempunyai fasa sekiranya anda berada di Bulan?

http://www.cikguhailmi.com/2018/01/pbl-bagi-sains-tingkatan-2.html
cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

PBL bagi Sains Tingkatan 1


PBL atau merujuk kepada Pembelajaran Berasaskan Projek, atau Pembelajaran Berasaskan Masalah merupakan antara satu kelainan kepada KSSM Sains baharu. Bagi pelajar tingkatan 1 yang mengambil mata pelajaran Sains, murid digalakkan melakukan pembelajaran berasaskan projek sekurang-kurangnya dua kali setahun.

 
PBL bagi Sains Tingkatan 1
PBL bagi Sains Tingkatan 1



Definisi PBL
Pembelajaran berasaskan projek menjurus kepada penghasilan produk bagi menyelesaikan masalah kehidupan sebenar. Murid juga digalakkan melakukan pembelajaran berasaskan projek sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Rujuk DSKP Sains KSSM Tingkatan 2, m/s 33


Tidak seperti PBL Sains untuk Tingkatan 2, PBL bagi tingkatan 1 tidak dinyatakan dengan jelas dalam DSKP. Guru perlu merancang dan membina sendiri pembelajaran berasaskan projek mengikut kemahiran dan tahap murid.

Justeru itu, bagi menjalankan PBL dengan anak murid saya di sekolah, saya menggunakan peta minda di bawah sebagai panduan kronologi menjalankan pembelajaran berasaskan projek. 


Kitar Pembelajaran Berasaskan Projek
Kitar Pembelajaran Berasaskan Projek


Berikut adalah beberapa contoh PBL yang telah guru-guru Sains Tingkatan 1 pada tahun 2017, jalankan kepada murid mereka. Saya kumpulkan gambar dan bahan daripada pelbagai sumber internet, termasuk group telegram dan juga perkongsian di facebook. 


1) Inovasi Makanan
Projek ini adalah bagi topik "Ketumpatan". Murid diberikan tugasan untuk menginovasikan makanan atau minuman berasaskan konsep ketumpatan. Bagi PBL ini, saya kasik lagi meriah lagi dengan penganjuran Karnival Usahawan Cilik bagi menerapkan elemen keusahawanan dalam kalangan murid.







Bagi tujuan memudahkan urusan murid mendokumentasikan keseluruhan PBL mereka ini dengan baik, maka saya hasilkan Siri Buku Project Based Learning. Penggunaan buku ini membantu murid mencatatkan maklumat yang berguna sepanjang mereka menjalankan PBL. Dalam masa yang sama juga, buku ini membantu murid untuk meneroka perkara lain yang masih dalam ruang lingkup berkaitan topik yang perlu mereka pelajari. 

Saya masukkan juga elemen STEM melalui inovasi, GCED (Global Citizenship Education) melalui kajian kes bagi negara antarabangsa dan juga KBAT melalui beberapa tugasan seperti ramalan, dan apa yang mereka mahu lakukan di masa akan datang. 


Iklan Buku PBL bagi Sains Tingkatan 1
Iklan Buku PBL bagi Sains Tingkatan 1

Lebih menarik kerana semua ini adalah merujuk kepada isu setempat, yang akhirnya membantu murid untuk lebih memahami masalah yang ada dan menyelesaikan dengan pendekatan yang lebih lokal.


2) Terrarium
Ini juga satu PBL yang menarik. Pelajar membina taman kecil yang lengkap dengan ekosistem kecil dalam sebuah botol atau bekas kaca. 


PBL Membina Terrarium

3) Pencemaran Udara
Ini satu lagi PBL yang saya jalankan dengan murid saya, iaitu Pencemaran Udara, dari Bab 7. Sebelum ini saya mendapati ramai murid yang berdepan dengan masalah bila menjalankan PBL. Iaitu kebanyakan mereka hanya memfokuskan kepada produk semata-mata, tanpa memberi penekanan kepada proses. 







Justeru itu sebagai langkah membolehkan murid saya mendapat pembelajaran daripada proses mereka menghasilkan projek, maka saya sediakan Siri Buku PBL : Pencemaran Udara sebagai panduan bagi membimbing mereka menjalankan pembelajaran berasaskan projek ini. 

Hasilnya jauh lebih baik, kerana murid juga dapat mempelajari sisi lain pencemaran udara, tanpa hanya terlalu fokus pada penghasilan produk akhir. 





Mudah-mudahan perkongsian ini membantu guru-guru sains tingkatan 1 untuk menjalankan PBL di sekolah. 

http://www.cikguhailmi.com/2018/01/pbl-bagi-sains-tingkatan-1.html
cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Kem Sahabat Astronomi

Kem Sahabat Astronomi


Pengenalan
Kem Sahabat Astronomi adalah lanjutan daripada kem astrophilia yang membawa maksud persahabatan astronomi. Ia adalah untuk memupuk semangat persahabatan di antara pelajar-pelajar sekolah, di samping mempelajari astronomi dan sains angkasa di dalam suasana kerjasama dan keseronokan.
Objektif
  • Untuk memberi kesedaran bahawa astronomi telah wujud di dalam kehidupan manusia sejak beribu tahun dahulu 
  • Untuk memberikan pendedahan bahawa ia boleh dipelajari dengan mudah dan menyeronokkan Untuk memberi kesedaran bahawa astronomi boleh dikongsi dengan sesiapa sahaja dan dengan santai
  • Untuk meningkatkan persahabatan sesama pelajar dan antara sekolah di bawah nama sains
  • Untuk meningkatkan kerjasama penganjuran aktiviti berkaitan astronomi dan sains angkasa pada masa akan datang
  • Untuk memberi kesedaran bahawa menguasai astronomi dan sains angkasa merupakan salah satu daripada identiti negara maju.
Ringkasan Aktiviti
  • Aktiviti astronomi yang biasa seperti taklimat berkenaan praktikal astronomi akan dijalankan sebagai pra syarat utama untuk membolehkan aktiviti cerapan astronomi dapat dilakukan. Aktiviti cerapan ini termasuk mencerap permukaan matahari dan juga cerapan bintang. Ini juga termasuk membuat carta bintang, mitos buruj dan lain-lain lagi.
  • Cerapan menggunakan carta bintang dan teleskop akan diperkenalkan kepada pelajar.
  • Kem ini akan menyerapkan kaedah kepintaran emosional (Emotional intelligence) dan kepintaran sosial (Sosial intelligence) untuk menjadikan pembelajaran astronomi dengan lebih berkesan.
  • Aktiviti akan juga diterapkan dengan dengan unsur-unsur kokologi iaitu ”permainan psikologi” berbentuk self-discovery terutamanya di dalam aktiviti yang berkaitan dengan kumpulan tanpa pengetahuan peserta.
Laporan dan Penilaian program
Penilaian akan diadakan berdasarkan trait EI (Emotional Intelligence) di dalam konteks astronomi dan sains angkasa dan ia akan diadakan berdasarkan sesi soal jawab dan skala Likert sama ada melalui secara langsung (questionnaire) dan melalui kokologi yang tidak disedari peserta.
Sasaran
Pelajar Tingkatan 1,2 dan 4
 Peralatan yang perlu disediakan oleh pelajar
 a. Pakaian sukan lengkap
 b. Alatulis, kalkulator saintifik dan set trigonometri
 c. Kamera kompak dan mengandungi ciri video(galakan)
 d. Lampu suluh + kain merah/kertas merah
 e. Payung dan topi (cap)
 f. Set mewarna seperti water colour, pensel warna, berus dsb.

cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Hari Astronomi

Hari Astronomi


Pengenalan
Hari Astronomi (dikenali dengan nama Astronomy Day) pada asalnya telah mula disambut pada tahun 1973 di oleh Astronomical Association of Northern California.Semenjak itu, ia telah disambut oleh planetarium-planetarium, pusat-pusat sains dan persatuan serta kelab astronomi di seluruh dunia.
Sejarah
Di Sarawak, Astronomy Day telah mula disambut secara kecil-kecilan oleh Persatuan Astronomi Sarawak sejak tahun 2003. Sejak 2007, ia telah mula disambut secara besar-besaran oleh Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak. Pada tahun 2008, ia telah diadakan di lokasi berbeza iaitu di SMK Matang Hilir selaku sekolah astronomi pertama. Pada tahun 2009 pula, ia telah diadakan semula di Planetarium Sultan Iskandar. Bagaimanapun pada tahun 2010, ia tidak dapat disambut kerana terdapat kerja-kerja pembaikan diadakan di bahagian Dewan Suarah Negeri Kuching. Pada tahun 2011, Hari Astronomi ini kembali diadakan di Planetarium Sultan Iskandar dengan mengetengahkan peminat astronomi muda yang digelar sebagai Sahabat Astronomi.
 Tujuan
Tujuan utama Hari Astronomi diadakan seperti Hari Astronomi lain yang diadakan di seluruh dunia untuk membolehkan idea dan kesedaran astronomi dikongsikan dengan harapan komuniti setempat terdedah kepada pengertian bahawa astronomi ini boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja dengan elemen keseronokan dan pembelajaran. 
cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Pakej Lawatan PSI

Pakej Lawatan PSI


Pakej Lawatan PSI

Planetarium Sultan Iskandar amat mengalu-alukan kedatangan pelawat untuk menonton pertunjukan yang ada di dalam teater.
Bagi kumpulan lawatan besar dari sekolah rendah, menengah ataupun tadika, kami turut menyediakan pakej-pakej sesuai bagi mengisi masa ketika berada di PSI.
Pakej-pakej ini melibatkan aktiviti-aktiviti tambahan selain menonton pertunjukan di dalam teater.

Pakej-pakej yang disediakan adalah seperti berikut:

Pakej 1
Murid-murid tadika, prasekolah dan ke bawah
  • Pertunjukan digital
  • Mari mengenal buruj dan melihatnya di langit
Masa: 9:00 am
Jumlah masa:  1 jam 30 minit

Pakej 2
Sekolah Rendah
  • Pertunjukan digital
  • Alat bantu mengajar menggunakan carta bintang planisfera untuk memahami dan mencari bintang sepanjang tahun (30 minit) - pelajar dibekalkan dengan carta bintang (planisfera) secara berkumpulan.
  • Konsep buruj dan simulasi  planet menggunakan Stellarium pada MirrorDome
Masa: 9:00 am
Jumlah masa:  1 jam 30 minit

Pakej 3
Sekolah Menengah
  • Pertunjukan digital
  • Membuat planisfera untuk memahami dan mencari bintang untuk sepanjang tahun - pelajar dibekalkan dengan planisfera untuk setiap seorang
Konsep-konsep astronomi seperti:
  • Gerhana, transit
  • Bulan-bulan mengelilingi planet
  • Buruj dan ilustrasi kepercayaan langit pelbagai tamadun purba
  • Simulasi rover marikh “MarsLab” dan rancangan NASA ke Bulan (projek Orion)
  • Menggunakan Stellarium pada MirrorDome
Masa: 9:00 am
Jumlah masa:  1 jam 30 minit

Pakej 4
Sekolah Menengah
  • Pertunjukan digital
  • Membuat planisfera untuk memahami dan mencari bintang untuk sepanjang tahun - pelajar dibekalkan dengan planisfera untuk setiap seorang
Konsep-konsep astronomi seperti:
  • Gerhana, transit
  • Bulan-bulan mengelilingi planet
  • Simulasi matahari dan aktiviti matahari (prominenence dan tompok matahari) di dalam pelbagai tapisan seperti sinar UV dan X-ray
  • Menggunakan Stellarium pada MirrorDome
  • Mencerap permukaan matahari untuk melihat tompok matahari menggunakan teleskop, 8” Celestron (sekiranya cuaca mengizinkan)
Masa: 9:00 am
Jumlah masa: 2 jam
cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Mesej

Abu Ad Darda lalu berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa melalui jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahnya jalan ke syurga. Sungguh, para Malaikat merendahkan sayapnya sebagai keredhaan kepada penuntut ilmu. Penduduk langit dan bumi hingga ikan yang ada di dasar laut akan mendoakan keampunan kepada orang yang menuntut ilmu. Kelebihan serang alim dibanding ahli ibadah seperti keutamaan rembulan pada malam purnama atas seluruh bintang. Para ulama adalah pewaris para nabi, dan para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanyalah mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya maka ia telah mengambil bahagian yang banyak." (HR Abu Daud No: 3157) Status: Sahih

Search This Blog

UPSR
Sept 2020


PT3(Geografi)
Julai 2020


PT3(Sejarah)
Mei 2020


PT3(Lisan Tutur)
April 2020

PT3(Lisan BM)
Ogos 2020

PT3(Lisan BI)
Ogos 2020

Ujian Bertulis PT3
Okt 2020


SPM
Dis 2020